ubat kudis buta
Ambil perhatian, penyakit kudis buta adalah penyakit infestation yang senang merebak, mudah berjangkit dan senang dijangkiti bakteria. Jadi rawatan perlu disegerakan.
Berikut adalah panduan merawat kudis buta dengan ubat scabies keluaran PS Herbs.
Ubat Scabies PS Herbs
Cara merawat dengan ubat Kudis buta PS Herbs
Spray kawasan kudis dengan ubat Spray H2 dua kali sehari. Pagi dan malam. Boleh juga spray lebih kerap.
Tidak perlu spray tebal, tetapi hendaklah kena pada keseluruhan kawasan infeksi. Selepas spray, gosok untuk pastikan ubat rata pada kulit.
Bagi kudis di kepala, pastikan kulit kepala terkena ubat. Lebih baik rambut dicukur agar ubat mudah rata.
Selepas satu atau dua hari spray, kulit mungkin kelihatan berhabuk, tetapi ini normal. Teruskan rawatan. Habuk akan gugur sendiri.
Ada kalanya kudis telah sembuh, tetapi kulit belum licin, sapu krim S3 dua kali sehari sehingga kulit licin. Biasanya ini terjadi pada penyakit kudis buta telah lama sehingga dijangkiti bakteria dan berparut atau kudis buta jenis nodular.
Lazimnya Spray H2 boleh diguna pada tempat sulit seperti celah kelangkang atau kemaluan tanpa masalah. Jika kulit terlalu sensitif, guna krim S3, tetapi kesannya sedikit lambat berbanding dengan Spray H2.
Adakah Ubat Kudis buta PS Herbs beracun?
Ubat tradisional kudis buta PS Herbs dibuat daripada 100% bahan herba edibel (boleh dimakan). Tidak toksid dan selamat jika terkena tangan dan tidak dibasuh semasa menjamah makanan.
Adakah pedih bila rawat?
Ubat kudis buta konvensional
Antara ubat yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan, untuk merawat scabies ialah;
- Losyen permethrin.
- Krim gamma benzene hexachloride.
- Losyen benzyl benzoate.
- Losyen malathion.
- Losyen atau krim crotamiton.
Bergantung kepada keadaan, doktor juga mungkin memberi antibiotik dan ubat tahan gatal.
Nota: Anda dinasihati mendapat khidmat doktor perubatan untuk dapatkan ubat yang sesuai.
Tempoh rawatan
Mengikut rekod kami, tempoh rawatan scabies dengan ubat kudis buta PS Herbs hanya antara 3 hingga 7 hari. Jika jangkitan telah dijangkiti kuman, tempoh rawatan antara 1 hingga 2 minggu.
Tempoh ini jauh lebih cepat berbanding ubat konvensional (ubat hospital) yang memakan masa hingga 6 minggu untuk sembuh sepenuhnya.
Nota:
Mengikut kajian pakar kulit, rawatan dengan ubat kudis buta konvensional seperti krim atau losyen, mengabil masa sehingga 6 minggu untuk pulih sepenuhnya.
Mengendali penyakit kudis buta
Selain merawat dengan ubat kudis buta PS Herbs, perkara berikut perlu diberi perhatian:
Elak kontak lansung
Elak kontak langsung kulit ke kulit seperti bepegangan tangan, berhimpit atau tidur bersama dengan orang yang ada penyakit kudis buta.
Elak perkonsian barang
Elak berkongsi barang seperti pakaian, tuala, cadar, gajet, permainan, tempat duduk, tilam yang digunakan oleh pengidap skabies yang belum dibasuh atau disyaki ada hama.
Guna Pencuci hampa gas
Benda yang tak boleh dibasuh, seperti tempat tidur dan perabut perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas. Bag pencuci terus dibuang selepas guna dan alat vacuum hendaklah dicuci dengan bleach dan air panas. Bleach dan air panas juga boleh digunakan untuk cuci permulaan yang disyaki ada hama skabis.
Rawat serentak
Ahli keluarga atau kontak rapat yang tinggal sebumbung dan bergejala perlu dirawat serentak. Jika tidak, kemungkinan belaku jangkitan silang sehingga hama sentiasa ada dan penyakit tidak sembuh.
Simpan dalam plastik
Masukkan barang yang tidak boleh dicuci, seperti alat permainan, gajet dan seumpamanya ke dalam beg plastik dan diikat (cetung) selama sekurang-kurangnya tiga hari agar hama dan telurnya mati.
Hama skabis boleh hidup kira kira 2 hingga 3 hari selepas terjatuh dari badan. Jadi elok ambil langkah untuk elak diri daripada jangkitan kembali.
Basuh dengan air panas
Basuh semua cadar, sarung bantal, selimut, tuala serta pakaian yang dipakai orang dijangkiti dengan air panas 60 darjah Celsius atau keringkan dengan pengering pakaian (udara panas).
Hi, nak jadi stokis PS Herbs?