tanda penyakit sporo pada manusia

Penyakit sporo atau sporotrichosis adalah penyakit akibat infeksi fungus sporothrix schenckii. Ia bersifat sistemik, yakni boleh menular ke anggota lain seperti hati, paru-paru, otak dan lain-lain. Fungus Sporo merebak melalui Lymph nodes (kelenjar limfa).

Selain sporotrichosis, ia juga dikenali sebagai rose gardeners disease kerana ia sering terkena pekebun ros. Orang awam di Malaysia, khususnya pencinta kucing, merujuknya sebagai kudis sporo.

Tanda tanda penyakit sporo agak mengelirukan, terutama pada peringkat awal. Akibatnya, kerap terjadi kesilapan dalam penggunaan ubat.

Ramai orang tidak sedar bahawa penyakit ini merbahaya pada manusia. Jika diabaikan, ia boleh menyebabkan kecacatan kekal dan boleh mengancam nyawa

Berita baik:

Kudis sporo cepat sembuh bila dirawat dengan ubat herba PS Herbs. Sila rujuk cara merawat penyakit sporo manusia.

Bagaimana Penyakit Sporo Terkena Manusia

Ramai menganggap bahawa penyakit sporo berasal daripada kucing. Ini tidak benar kerana penyakit ini sebenarnya berpunca daripada fungus sporothrix. Fungus ini ada dalam persekitaran di seluruh dunia, terutama di kawasan tropika dan suhu sederhana. Habitatnya dalam tanah, tumbuhan, rumput reput dan kayu buruk. Jadi mudahlah ia menjangkiti manusia atau haiwan. 

Jangkitan kerana Aktiviti Luar

Jangkitan berlaku akibat kulit yang terluka atau terguris bersentuh fungus sporo daripada alam sekitar. Sebab itu petani atau pekebun sering mendapat kudis sporo. Pekebun ros paling kerap mendapat jangkitan kerana kulit sering luka terkena duri sehingga memudahkan fungus sporo masuk.

Jangkitan Daripada Haiwan

Penyakit sporo bersifat zoonotik, iaitu boleh berjangkit daripada haiwan kepada manusia. Ramai pemilik haiwan, terutama pemilik kucing tak ambil kesah walaupun pet mereka ada simptom penyakit ini. Akibatnya ramai yang terkena jangkitan daripada kucing. Walhal risiko jangkitan boleh dihindari jika langkah mengelakkan jangkitan diambil.

Banyak jangkitan berlaku daripada kucing kerana kucing paling banyak terkena penyakit sporo dan rapat dengan manusia. 

Jangkit kerana Cakaran atau gigitan

Haiwan yang berpenyakit sporo boleh jangkitkan kepada manusia melalui cakaran atau gigitan.

Jangkit melalui sentuhan

Jangkitan boleh berlaku jika kulit yang terbuka terkena fungus sporo. Misalnya kulit yang sudah luka tersentuh haiwan yang berpenyakit sporo. 

Langkah keselamatan:
Sebolehnya ambil langkah keselamatan bila mengendali kucing sporo. Rujuk panduan mengelakkan jangkitan sporo kucing

Jangkitan Melalui Pernafasan Atau Udara

Jangkitan melalui udara atau pernafasan sangat jarang berlaku. Walaupun jarang, tetapi boleh berlaku. Jadi sebaiknya, jangan mencium, bermain atau tidur bersama haiwan berpenyakit sporotrichosis. 

Nota:
Belum ada laporan kes penyakit sporo berjangkit daripada manusia kepada manusia. Mungkin selamat untuk kata tidak berjangkit antara manusia. Tetapi elok ambil langkah berjaga-jaga.

Jenis dan simptom Penyakit Sporo

Sporotrichosis adalah penyakit polymorphic, iaitu ciri dan simptom berbagai sehingga sukar dibezakan dengan penyakit lain, terutama diperingkat awal. Secara kasarnya, penyakit sporo boleh dibahagikan kepada tiga jenis. 

Cutaneouse (Skin) Sporotrichosis

Jenis ini yang paling kerap dijangkiti. Kudis sporo tumbuh dan berkembang ditempat asal terkena jangkitan. Bilangannya mungkin lebih daripada satu tempat. Walaupun semakin besar, tetapi ia tidak merebak ke bahagian lain anggota. 

Kudis sporotrichosis pada jari. Ini jenis kudis sporo yang tidak merebak.
Kudis pada jari
kudis sporo pada kuo tangan
Kudis kuo tangan
kudis sporo pada lengan. Jenis setempat.
Kudis pada lengan

Disseminated Sporotrichosis (Tular)

Jenis ini sering terjadi pada orang yang ada masalah kesihatan atau lemah antibody. Pada mulanya kudis sporo tumbuh di tempat di tempat jangkitan awal, tetapi kemudiannya merebak ke bahagian badan melalui lymph node. 

Mulanya ada biji-biji di dalam daging berjujukan di sepanjang nod limfa. Biji-biji kemudian semakin besar dan berbenjol. Seterusnya benjol pecah menjadi kudis sporo.

Kudis sporo asalnya satu. Kemudian merebak sepanjang lengan.
Mulanya satu kemudian merebak
Kudis sporo pada peha
Kena cakar kucing pada peha
Kudis sporotrichosis yang telah merebak melalui kelenjar limfa
Benjol pecah - jadi kudis baru

Pulmonary (Lung) Sporotrichosis

Jenis ini terjadi kerana spora fungus sporotrichosis masuk ke dalam paru-paru melalui pernafasan. Simptom penyakit sporo jenis ini tidak berkudis, sebaliknya ada tanda penyakit paru-paru kronik dan pneumonia.

Anggota yang kerap kena Penyakit sporo

Tempat yang lazim kena sakit sporo ialah jari, tangan, lengan dan kaki. Ini kerana bahagian ini sering terluka dan tersentuh fungus sporo semasa berkebun, atau dicakar atau digigit haiwan pet.

Anggota lain juga boleh terkena. Antaranya pada kelopak mata, kening, pipi, dahi, kepala, kaki, dalam mata dan lain-lain. Biasanya jangkitan ini terjadi kerana terkena cakaran atau gigitan atau terkena terpias cecair kudis haiwan berpenyakit sporo.  

penyakit sporo pada hidung. Kudis sporo berhanpiran mata
Kudis sporo kena berhampiran mata
Ini juga tanda penyakit sporo - kudis di bahagian kepala
pipijangkitan penyakit sporo dibahagian b
kudis sporo pada dahi. Simptomnya jelas menunjukkan tanda penyakit sporo

Tanda dan tahap penyakit sporo

PS Herbs bahagikan penyakit sporo pada manusia kepada lima tahap. Pecahan tahap ini adalah untuk sesuaikan dengan cara merawat kudis sporo dengan ubat PS Herbs.

Tahap 1: kontak awal

Pada peringkat awal terkena fungus sporo, pengidap tidak perasan. Ini kerana fungus diam beberapa hari seolah tiada apa berlaku. Ramai yang tidak ambil kesah, sehingga kudis telah besar.
kesan cakaran oleh kucing atau terkena duri
Kesan cakaran kucing
Satu gigitan kecil boleh menyebabkan jangkitan sporo kepada manusia.
Kesan gigitan kucing

Perhatian:
Jika anda syak kulit yang terbuka telah terkena fungus sporo,  sapu krim S3 keluaran PS Herbs dua kali sehari. Biasanya sembuh dalam masa 3 hingga 5 hari. Untuk panduan lanjut, sila rujuk cara merawat penyakit sporo manusia.

tahap 2: tahap pengeraman (incubation)

Selepas kontak awal, fungus berada dalam tempoh pengeraman atau incubation period. Pada masa ini, simptom penyakit sporo tidak jelas. Ia kelihatan seperti biji kecil berwarna pink atau merah. Kulit terasa sedikit gatal tetapi tak sakit dan sedikit perit bila ditekan. Selalunya, orang tersilap anggap sebagai kesan gigitan nyamuk atau serangga. 

Ini ialah contoh tanda jangkitan sporotrichosis peringlat awal
tanda sporotrichosis dalam tempoh pengeraman. Kelihatan seolah tidak bahaya.

Cara rawat: Sapu cream S3 dua kali sehari. Sapu pada dan sekitar. Luaskan kawasan sapuan.

Tahap 3: tahap matang

Selepas kira-kira tiga minggu, penyakit sporo mula tunjukkan kerekter sebenar. Biji keras semakin besar. Warnanya kemerahan (pink) dan ada nanah berwarna warna kuning di puncak. Jika dicungkil, sedikit nanah akan keluar dan berdarah. Infeksi yang pada mulanya gatal-gatal telah mula sakit.
Tanda sporotrichosis - kudis warna pink dan ada warna kekuningan di puncaknya.
Biji warna pink dan kuning
Tanda jangkitan sporo - merah disekitar dan kuning dipuncaknya
Biji warna pink
simtom sporotrichosis pada kuku
Jangkitan pada kuku

Tahap 4: tahap berkembang

Selepas kira-kira 4 hingga 6 minggu, biji pecah dan keluar nanah, darah dan air jernih.  Bentuknya berkawah dan kelihatan biji-biji di sekitarnya.

Simptom yang mengelirukan ialah kadang kadang kudis kelihatan kering macam nak sembuh. Jadi ramai yang abaikan kerana menyangka kudis akan sembuh. Akibatnya kudis sporo menjadi tular dan semakin besar. Pada tahap ini, biji-biji baru tumbuh di sekitar kudis asal seolah anak kudis.

Tahap 5: Tahap tular

Antara simptom penyakit sporotrichosis yang telah menular ialah tumbuh biji berjujukan dalam daging pada kelenjar limfa. Mulanya tidak kelihatan, tetapi diam diam ia semakin besar dan timbul ke permukaan. Seterusnya pecah dan menjadi kudis sporo yang baru.

Oleh sebab biji kecil berada dalam daging, maka ramai yang tidak sedar sehinggalah biji itu hampir capai peringkat matang dan timbul.

Penularan kudis sporo tidak berlaku pada semua orang. Sebaliknya kerap berlaku pada orang yang sistem imunnya bermasalah (compromised immune system)

Cara merawat sporotrichosis yang belum pecah. Gunakan Cream S3
tanda jangkitan sporo sudah merebak. Penyakit tumbuh berjujukan
tanda jangkitan sporo sudah merebak. Penyakit tumbuh berjujukan

Cara semak biji dalam daging:
Tekan perlahan-lahan pada kulit dan rasa ada tak biji-biji dalam daging. Saiznya berbeza.
Biji berjujukan sepanjang kelenjar limfa. Contoh: Jika kudis permulaan pada jari atau pergelangan tangan, biji dalam daging mungkin tumbuh sepanjang lengan bawah atau jika kudis sporo sudah lama, tumbuh juga pada lengan atas hingga ke ketiak.

Tanda penyakit sporo (bukan fizikal)

Selain tanda yang boleh dilihat, terdapat juga tanda yang tidak kelihatan. Antaranya:

  • Sakit-sakit sendi dan lemah badan.
  • Rasa macam nak demam.
  • Tidak respons terhadap ubat antibiotik atau antisptik (tidak berkesan).
  • Jika jenis Pulmonary (lung) sporotrichosis, ada simptom seperti batuk atau sesak nafas.

Tidak semua orang yang kena penyakit sporo mengalami sakit sendi, lemah badan atau rasa nak demam. Simtom ini lazimnya hanya terjadi pada orang yang ada penyakit lain atau masalah sistem imun badan.

rawatan

Jangan bertangguh jika ada tanda-tanda penyakit sporo. Rawat segera kerana kudis sporo peringkat awal lebih cepat sembuh.

Rawat dengan ubat pS herbs

Rawat penyakit sporo dengan ubat PS Herbs sangat mudah dan cepat sembuh. Hanya spray dan sapu. Purata tempoh rawatan antara 14 hingga 90 hari sahaja.

Untuk tahap satu dan dua, guna ubat Cream S3. Jika kudis sporo sudah sampai tahap tiga hingga lima, guna spray H2 dan Cream s3. Sila ikuti panduan cara merawat sporo dengan ubat PS Herbs.

Dapatkan Ubat PS Herbs daripada agen PS Herbs berdekatan atau WhatsApp PS Herbs

Rawatan konvesional

Selain ubat PS Herbs, penyakit sporotrichosis boleh juga dirawat dengan ubat konvensional (Ubat hospital) seperti ubat itraconazole (contoh jenama inox atai sporanox). 

Ubat itraconazole ada kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang terutama terhadap orang tua atau pengidap penyakit kronik. Dengan itu, pengambilan ubat ini hendaklah dengan nasihat doktor. Tempoh rawatan biasanya antara 3 hingga 12 bulan.

Hi, nak jadi stokis/pemasar PS Herbs?

Scroll to Top