Panduan guna ubat
inox atau sporanox
untuk Rawat Kucing Sporo

Ubat itraconazole adalah ubat fungus untuk rawat penyakit sporo manusia dan haiwan. Namun ia ada kesan sampingan yang tinggi. Antaranya, keracunan hati (liver toxicity). Jadi, perlu diguna ikut dos yang sesuai. Artikel ini memberi panduan dos ubat itraconazole apabila diguna bersama ubat PS Herbs untuk merawat kucing sporo

Jenama Ubat - Inox dan sporanox

Inox dan sporanox ialah dua jenama ubat itraconazole yang dikenali ramai. Panduan ini merujuk kepada dua jenama ini yang kandungan kapsulnya 100mg . 

inox - ubat itraconazole untuk rawat kucing sporo
Ubat Inox
Spranox - ubat itraconazole untuk rawat kucing sporo
Ubat Sporanox

Ubat PS Herbs untuk rawat kucing sporo

PS Herbs keluarkan tiga jenis ubat untuk merawat penyakit sporo. Iaitu Spray F7, Krim S3 dan Serbuk FP1 Tidak semua diperlukan. Ia bergantung kepada tahap jangkitan. Kami cadangkan dos ubat inox atau sporanox dikurangkan bila rawat bersama dengan ubat PS Herbs.

Ubat PS Herbs - spray F7 untuk merawat haiwan
Cream S3 - ubat kudis buta
Serbuk FP1 adalah campuran herba untuk kudis berair

Dos ubat iteraconazole untuk rawat kucing sporo

Pengkaji penyakit sporo kucing mencadangkan dos ubat itraconazole boleh diberi pada kadar julat antara 5mg – 10mg setiap kilogram berat kucing. Dos ini tidak rigid. Boleh saja beri dos berlainan, asalkan dalam julat 5mg-10mg perkilogram. Misalnya, 7mg/kg atau 9mg/kg.

Berikut adalah contoh dos minimum, medium (sederhana) atau maksimum untuk berat kucing 2kg .

Dos minimum – 5mg/kg

Sekali beri               : 2kg x 5mg = 10mg

Beri dua kali sehari : 10mg x 2 kali = 20mg

Maka satu biji         : boleh guna untuk 5 hari (100mg/20)

Keperluan 1 bulan  : 6 biji (estimat)

Dos midium – 8mg/kg

Sekali beri               : 2kg x 8mg = 16mg

Beri dua kali sehari : 16mg x 2 kali = 32mg

Maka satu biji         : boleh guna untuk 3 hari (100mg/32mg)

Keperluan 1 bulan  : 10 biji (estimat)

Dos Maksimum – 10mg/kg

Sekali beri        : 2kg x 10mg = 20mg

Beri dua kali sehari : 20mg x 2 kali = 40mg

Maka satu biji         : boleh guna untuk 2.5 hari (100mg/40mg)

Keperluan 1 bulan  : 12 biji (estimat)

Cadangan Dos Bila guna dengan ubat PS Herbs

Beri dos antara 5mg hingga 8mg apabila guna ubat inox atau sporanox bersama dengan ubat PS Herbs.  Misalnya beri 8mg/kg atau 7mg/kg sekali beri. Beri dua kali sehari. Dapatkan nasihat doktor veterinar jika mahu menggunakan ubat makan sahaja tanpa menggunakan ubat PS Herbs. 

Mengikut rekod kami, dos dalam jeda minimum dan midium (sederhara) sudah memadai untuk sembuhkan penyakit sporo kucing dalam tempoh yang singkat. Lagipun sebenarnya, ubat makan tidak perlu. Cukup dengan ubat PS Herbs sahaja. Sila lihat panduan merawat kucing sporo untuk maklumat lanjut.

cara bahagi dos ubat iteraconazole

Satu kapsul ubat ada 100mg. Oleh itu, kapsul perlu dibuka dan isinya dibahagikan mengikut dos yang dikehendaki. Ambil contoh di atas: Untuk kucing berat 2kg dan dos akan diberi (katakan) 8mg/kg. Satu biji boleh 6 kali beri. Buka kapsul, letak atas kertas dan bahagilah agak sama banyak kepada 6 bahagian. 

Capsule ubat dibuka dan kandungan dibahagi mengikut dos.
Contoh: Sebiji kapsul dibahagi enam

Cara beri ubat Itraconazole

Gaulkan dalam makanan basah. Pastikan kucing makan semuanya. Elok beri masa kucing lapar. Beri sedikit sahaja makanan. Lepas makan habis, baru tambah makanan :-).

Berapa lama patut diberikan

Kami sarankan ubat itraconazole diberikan sekurang-kurangnya satu bulan. Boleh diteruskan 3 bulan lagi jika kudis tidak benar-benar sembuh.

Ubat hati tidak perlu

Mengikut rekod kami, tempoh rawatan kucing sporo dengan ubat PS Herb sahaja, iaitu tanpa ubat makan, ialah antara 14 hari hingga 90 hari. Tempoh rawatan lebih singkat jika ubat makan turut diberikan. Sila rujuk panduan merawat kucing sporo.

Tempoh makan ubat yang singkat pada dos yang rendah tidak merosakkan hati. Namun jika ubat makan diberikan melebihi 3 bukan, maka disarankan ubat hati diberi.

Share artikel

Maklumat tambahan

Kucing sporo perlu dikurung

Cara Kurung Kucing Sporo

Kucing berpenyakit sporo perlu dikurung mengikut kaedah tertentu. Ini sangat penting kerana ada kaitan dengan tempoh rawatan. Juga untuk keselamatan orang dan kucing lain.

Read More »
merawat kucing sporo dengan ubat PS Herbs

Ubat sporo kucing dan cara merawat

Ubat sporo kucing keluaran PS Herbs sangat mujarab untuk merawat penyakit sporo kucing. Tempoh rawatan hanya 14 hingga 90 hari. Kos rawatan juga murah. Berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa 3 hingga 12 bulan dan kos rawatan terlalu tinggi.

Read More »
Scroll to Top