Kudis Sprorotrichosis
Anak Diana
Anak Puan Diana kena panyakit Sporotrichosis daripada kucing. Puas rawat, tetapi tidak sembuh, malah semakin merebak.
Suatu hari, seorang staf sebuah di klinik cadangkan guna Ubat PS Herbs. Kerana suaminya pernah kena penyakit itu dan sembuh dengan ubat PS Herbs.
Puan Diana mencuba ubat PS Herbs. Alhamdullilah, anak Puan Diana sembuh dalam tempoh yang singkat.
Mula kena Penyakit Sporo
Rawatan tak sembuh
Pn Diana dapati pergelangan tangan anaknya berkudis. Walaupun telah merawatnya dengan ubat daripada klinik, tetapi tidak juga sembuh, malah semakin semakin merebak.
Mulanya kudis dipergelangan tangan kemudian tumbuh di sepanjang lengan. Akhirnya klinik merujuk kepada hospital pakar kulit.
Khidmat Doktor pakar
Doktor pakar sahkan penyakit yang dihidapi ialah penyakit sporotrichosis dan memberi ubat makan. Kata Doktor, rawatan penyakit yang sudah tahap ini ambil masa lama. Anggaran tempoh rawatan antara 6 hingga 12 bulan.
Jodoh dengan Ubat PS Herbs
Kudis Pecah
Suatu hari semasa di sekolah, tiba tiba kudis pecah. Dalam keadaan cemas, Pn Diana membawa anaknya ke sebuah klinik untuk rawatan.
Syor guna ubat PS Herbs
Semasa di klinik, seorang staf syor cuba ubat PS Herbs. Katanya, suaminya pun terkena penyakit yang sama dan sembuh dengan ubat PS Herbs. Atas pandangan itu, Pn. Diana datang sendiri ke Pejabat PS Herbs dan beli ubat.
Proses Rawatan Kudis Sprorotrichosis Anak Diana
Ubat yang digunakan
Selepas mendapat maklumat semasa di Klinik, Pn Diana telah membeli tiga jenis ubat. Ubat tersebut ialah:
Nota: Sekarang ubat Spray F7 telah digantikan dengan ubat Spray H2. Spray H2 diperkuatkan ubatnya dan mengandungi bahan untuk cepatkan parut hilang. Ini lebih sesuai untuk kegunaan manusia.
Cara guna
Siang sapu krim S3 dan malam sembur dengan Spray F7. Pada kudis besar dipergelangan tangan diletak serbuk FP1.
Kesan Rawatan
Seminggu Pertama
Dalam minggu pertama rawatan, kudis sporo kelihatan semakin merah. Puan Diana risau lalu membawa anak berjumpa doktor. Doktor kata, ini menunjukkan isi baru telah tumbuh dan petanda kudis sudah mula sembuh.
Nota: Memang ini simptom biasa. Bila dah spray dengan ubat PS Herbs, isi baru akan muncul. Warna kemerahan. Ramai pelanggan terkejut. Kami terpaksa meyakinkan mereka untuk teruskan rawatan. Kesan rawatan pada haiwan pun sama.
Tiga bulan sembuh
Pn Diana teruskan rawatan dengan ubat PS Herbs. Dalam masa yang sama, ubat makan hospital juga digunakan.
Setelah tiga bulan rawat, Pn Diana menghantar gambar-gambar kudis sporo anaknya telah sembuh. Hanya tunggu parut hilang sepenuhnya. Tempoh ini jauh lebih cepat daripada jangkaan pakar kulit 6 hingga 12 bulan untuk sembuh.
Dalam tempoh rawatan, sebanyak tiga botol ubat Spray F7, dua pek krim S3 dan dua botol serbuk FP1 telah digunakan.
Nota:
Ubat Spray F7 telah digantikan dengan ubat Spray H2. Densiti ubat lebih tinggi dan mengandungi bahan hilangkan parut kudis. Lebih sesuai untuk kegunaan manusia.PS Herbs
Progres rawatan
Dalam masa tiga bulan sembuh. Berbanding dengan jika rawat cara konvensional, jangkaan rawatan 6 hingga 12 bulan.
Terima kasih Pn Diana kerana benarkan kami siarkan perkara ini dalam media sosial.
Mohd Amin, Founder PS Herbs
Share