Setawar Hutan

Pokok setawar hutan cantik dan sesuai ditanam di halaman rumah tetapi juga mempunyai banyak khasiat perubatan.Rizomnya digunakan sebagai penawar bagi penyakit kulit,asma,bronkitis,anemia,sembelit dan kusta. Ianya juga digunakan untuk merawat luka terbakar,menghilangkan rasa loya, pening dan muntah dan baik untuk meningkatkan tenaga batin lelaki.

 

Klasifikasi

Family: Commelinaceae

Genus: Amischotolype

Species: Griffithii(C.B.Clarke) I.M.Turner

Nama Saintifik

Amischotolype griffithii(C.B.Clarke) I.M.Turner

Nama lain

Tepus tanah (Pahang), setawar hutan, setawar jantan, pokok sampu landak

habitat

Tumbuh meliar di kawasan hutan tanah pamah.

sifat

Sejenis herba, mencapai ketinggian hingga 1 m. Ia mempunyai batang keras, tumbuh tegak dari rizom, mempunyai ruas. Sarung batang glabrus, margin sarung berbulu vilus, dan kekal pada batang walaupun selepas daun gugur.

Daun tersusun berselang, berbentuk oblong-lanseolat,hujung daun akuminat. pangkal menirus ke tangkai daun, berbulu pada kedua-dua permukaan daun, permukaan bawah berbulu lebih tebal dan panjang, berwarna kekuning-kuningan.

Jambak bunga pada aksilari,jenis panikel, dan tidak bertangkai. Bunga bersaiz kecil dan berwarna putih. Mempunyai tiga sepal, berbentuk oblong, dan berbulu. Petal berbentuk lanseolat atau obovat,stamen enam, filamen pendek, ovari terbahagi kepada tiga sel(ruang), dan mempunyai 1-2 ovul pada setiap sel.

Buah jenis kapsul berbentuk pir, berwarna putih hingga ungu apabila masak. berbulu. Biji 1-2, berbentuk tiub atau bentuk ginjal.

cara pembiakan

Rizom

Setawar hutan mempunyai banyak khasiat kepada kesihatan
Setawar hutan juga dikenali sebagai setawar putih

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian yang dijalankan,  Kajian keatas ekstrak mentah rizom Costus speciosus merendahkan glukosa plasma dalam tikus STZ – diabetik yang disebabkan dari kesan sinergi dua ubat insulin dari sel-B diberikan serentak

Kajian keatas ekstrak etanol rizom pada tikus daripada C.speciosus menunjukkan dengan ketara kesan anti-radang dan kesan antipiretik dengan dos minimum hanya 800 mg / kg.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti eremanthin, alkaloid, diosgenin

Farmakologi Tradisional Setawar Hutan

Setawar hutan juga dikatakan dapat meningkatkan tenaga batin lelaki. Caranya sulur atau tunasnya yang muda dijadikan sup,boleh dicampur bersama bahan lain untuk menyedapkannya. Di Malaysia, jus rizom digunakan sebagai julab dan pernah di gunakan ubat merawat penyakit cacar.

Di Jawa, rizomnya digunakan untuk merawat sifilis, radang buah pinggang, pembengkakan dari pengumpulan berlebihan cecair berair dalam sel-sel, tisu, atau rongga serous (edema) disebabkan dari pengerasan (sklerosis) hati, kesukaran dalam membuang air kecil, sakit tusukan dalam saluran kencing.

Selain itu, ia turut digunakan bagi masalah kulit gatal berserta bintik berisi air biasanya disebabkan daripada tindak balas alahan kepada gigitan serangga, makanan atau ubat-ubatan (Nettle rash). Tumbuhan ini tidak aromatik, tetapi mengandungi steroid diosgenin, yang boleh diguna-pakai sebagai bahan mentah dalam pengeluaran hormon seks sintetik.

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat berak berdarah

Keseluruhan pokok setawar hutan direbus dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan petang, selama seminggu (Pahang).

Demam panas

Air rebusan pokok ini dibuat mandian dan daunnya dilumatkan untuk dijadikan penuam di kepala

Pencuci perut

Air perahan dari isinya (rizome) yang segar dijadikan julap. Boleh juga untuk menghilangkan rasa loya, pening dan muntah

rawatan demam tinggi dan cacar

Tumbuhan direbus, digunakan untuk memandikan pesakit demam tinggi Tumbuhan direbus digunakan sebagai sapuan ke badan pesakit cacar

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top