Rawat kucing tua luka bedah
Seekor kucing tua sakit leukemia dibedah untuk keluarkan ketumbuhan dalam perut. Jahitan tak lekat. Sentiasa terbuka, Tiga kali cuba ulang jahit, tapi tetap terbuka. Rawat dengan ubat PS Herbs. Seminggu sembuh.
Saya terkena penyakit sporo setelah digigit oleh kucing kesayangan. Gigitan hanya sikit saja di hujung jari telunjuk tetapi selepas itu merebak ke sepanjang lengan hingga ketiak. Sangat sakit dan kudisnya pulak sungguh menggerunkan.
Oleh sebab rawatan moden tidak berkesan, saya cuba guna daun-daun herba. Tak sangka pulak, penyakit sembuh dan dari sinilah saya dapat idea buat ubat herba untuk manfaat ramai.
Sejak kecil saya bela kucing tetapi tidak pernah kenal penyakit sporo. Namun tahun 2016, seekor kucing saya berkudis dan saya bawa jumpa doktor verterinar.
Doktor kata penyakit kudis sporo dan beri ubat tanpa keterangan lanjut. Saya tidak kenal penyakit sporo kucing, maka saya anggap ia kudis biasa yang tidak bahaya. Jadi saya merawatnya tanpa langkah keselamatan diri.
Saya tidak kesah bila kucing gigit hujung jari semasa merwatnya kerana itu perkara biasa. Memang sudah selalu pun kena gigit. Saya hanya picit keluarkan darah dan cuci.
Seminggu kemudian terasa gatal-gatal pada tempat digigit. Orang kampung kata penyakit “mata ikan” yang tidak mudarat dan akan sembuh sendiri, lalu saya abaikan.
Kira-kira sebulan, timbul benjol dan mula sakit. Semakin hari semakin besar berwarna kemerahan dan bernanah. Beberapa hari lepas itu benjol pecah dan isi terjonjol keluar. Sakitnya ya amat.
Saya tidak ambil gambar kudis pada peringkat awal kerana tidak jangka pengalaman ini berguna untuk dikongsi ramai.
Saya dapatkan rawatan klinik. Mulanya doktor cadang potong isi yang terjonjol keluar tetapi dia tukar fikiran. Doktor beri antibiotik dan krim sapu. Namun tidak rasi.
Nak jadikan cerita, En. Lukman pegawai kredit Maybank minta Penyata Kewangan perniagaan dalam tempoh seminggu. Jika tidak, kemudahan kewangan mungkin akan ditarik balik. Adoi kerja sebulan nak disiapkan dalam masa seminggu!!.
Tiga minggu saya berkurung pulun untuk siapkan kerja dalam keadaan menahan sakit kudis sporo. Nasib baik pihak bank boleh bertolak ansur.
Rupanya penyakit sporo manusia sangat cepat merebak. Masa dok pulun siapkan akaun, benjolan mula timbul pada tangan, sepanjang lengan hingga ke ketiak. Sebahagiannya pecah, keluar darah dan dan berkawah.
Suatu malam, akibat terlampau sakit, saya nekad masuk belukar cari ubat herba. Berbekalkan ingatan samar-samar tentang ramuan orang kampung masa dulu-dulu, saya pungut, tumbuk dan tempek ramuan di tempat sakit.
Keesokannya, saya sungguh terperanjat. Isi yang terjonjol di hujung jari mula surut. Hari-hari berikutnya saya teruskan rawatan dengan menempek herba tumbuk.
Selepas hampir 3 bulan rawatan, kudis sporo kelihatan sembuh. Tetapi masih ada sedikit-sedikit gatal. Saya teruskan untuk pastikan kudis benar-benar sembuh.
Mulanya, saya hanya tempek herba yang ditumbuk. Tetapi bermasalah kerana kawasan ketiak tidak boleh dibalut. Masalah kedua, bahan dalam bentuk raw tak tahan lama. Susah dibawa ke mana mana, khususnya bertugas luar kawasan. Lagipun pada waktu siang, segan untuk keluar dengan tangan berbalut. Serabut orang tanya apa kena dengn tangan. Jadi untuk mengatasinya, saya buat krim supaya senang guna dan tahan lebih lama.
Setelah enam bulan, saya hantar gambar kudis sporo ke dalam Grup WhatsApp. Doktor Che Wil, abang senior di sekolah Jenan (SMSAH) marah kepada saya. Saya ingat lagi dia kata, “Mat Min, Mu nok mapuh ko. Tu penyakit sporo. Penyakit sistemik tu. Boleh mati tau dok. Mu pergi cepat ke hospital buat check-up”. Dr Che Wel arah saya jumpa doktor dengan segera.
Note: Pertama kali dengar perkataan penyakit sistemik (Systemic disease).
Bila Doktor Che Wil kata begitu, saya jadi kelam kabut dan takut. Terus pergi jumpa doktor di klinik bandar Kota Bharu. Saya beri tahu masalah kepada doktor. Doktor kata, “kalau tengok kepada parut, memang seratus peratus sembuh. Jadi tak perlu ubat”.
Saya maklumkan hal ini kepada doktor Che Wil. Beliau arahkan pergi sekali lagi dan minta doktor buat ujian makmal. Atas nasihat itu, saya sekali lagi ke klinik. Kali ini jumpa doktor lain dan merayu untuk buat ujian makmal. Tetapi doktor suruh saya balik tidur lena dan jangan fikir hal kudis sporo lagi dah. Saya cuba insist, dengan kata Dr Che Wel yang suruh. Dr tu kata, “Ya, Dr Che Well tu bos saya, tapi saya tak mahu buat”. Yakinnya dia.
Kucing yang gigit saya mati sebelum saya tergerak hati untuk guna ubat herba yang saya gunakan. Saya hanya merawat dengan ubat yang diberikan oleh Dr Veterinar.
Sebelum mati, dia sempat jangkitkan penyakit sporo kepada 6 ekor lagi kucing. Ini terjadi kerana saya tidak asingkan kucing yang sakit. Bukan sengaja, tetapi sebab tak tahu penyakit sporo boleh berjangkit.
Daripada pengalaman ini, saya berusaha mencari jalan untuk mudahkan cara guna, cara simpan dan tahan lama. Juga membuat uji kaji dos rawatan. Setelah dua tahun membuat ujikaji, maka pada tahun 2018 terhasillah ubat untuk merawat penyakit sporo kucing (haiwan) dan ubat untuk merawat penyakit sporo manusia.
Selain penyakit sporo, kemudiannya didapati ubat ini berupaya merawat pelbagai jenis penyakit kulit manusia dan haiwan. Nama ubat ini ialah Spray H2, F7 untuk spray dan S3 untuk jenis krim.
Syukur Alhamdullillah, walaupun saya mendapat kesukaran dan kesakitan, tetapi saya juga diberi idea dan ilmu menghasilkan ubat.
Ubat ini dapat merawat orang atau haiwan yang kena penyakit sporo. Ubat ini kemudiannya didapati berkesan untuk merawat selsema berpanjangan, kudis, luka, kudis buta, kurap dan lain-lain jangkitan fungus dan bakteria samada haiwan atau manusia.
Dari peristiwa inilah juga syarikat PS Herbs Natural Remedies tertubuh.
Hi, nak jadi stokis/pemasar PS Herbs?
Seekor kucing tua sakit leukemia dibedah untuk keluarkan ketumbuhan dalam perut. Jahitan tak lekat. Sentiasa terbuka, Tiga kali cuba ulang jahit, tapi tetap terbuka. Rawat dengan ubat PS Herbs. Seminggu sembuh.
Kucing pyometra telah dua kali dibedah tetapi tidak sembuh kerana ada jangkitan kuman. Pemilik kucing telah rawat dengan ubat PS Herbs. Dua bulan sembuh. Kini kucing telah gemuk dan bulu pun gebu.
Anak Pn Nore terkena racun semut charlie pada muka, tangan dan lengan. Kudis cepat merebak dan bernanah. Tiga hari rawat dengan ubat PS Herbs, terus sembuh.
Kulat air memang sukar sembuh. Wan telah bertahun mengidap penyakit ini. Puas cari ubat , sehingga tidak tahu apa nak buat lagi dah. Akhirnya, beliau pasrah. Nasib baik terjumoa ubat PS Herbs. Seminggu rawat dengan ubat Sprah H2 dan Cream S3, terus sembuh.
Kucing sporo Pn Nor sudah agak serius. Muka, telinga dan badan berkudis. Hanya dua bulan rawat dengan ubat PS Herbs, kudis sporotrichosis sembuh sepenuhnya.
Seluruh badan En Bani berkudis jenis merah-merah dan berair. Sebulan rawat dengn ubat Spray H2 keluaran PS Herbs, terus sembuh. Doktor kata, penyakit alergik ubat gout. Berbulan cuba rawat tetapi tidak Sembuh.