PS Herbs
Natural Remedies
Manusia bertemurun mengguna bahan alami untuk rawatan. Kami sempurnakan untuk manfaat sejagat. Kami Yakin Bahan Alami Menyembuhkan dan Kami Istiqamah Dengannya
(We Believe Natural Remedies Cures Illness, We Are Committed To What We Believed).
Hari Kelahiran PS Herbs
PS Herbs didaftarkan secara rasmi pada 15 Mac 2017. Bertujuan mengkaji dan mengeluar ubat daripada bahan alami bagi manfaat sejagat.
Kumpulan Pengurusan
Kami sentiasa komited untuk mengeluarkan produk remedi yang berasaskan bahan semula jadi untuk haiwan dan manusia demi kesejahteraan sejagat.
Mohd Amin
Pelopor dan Penyelidik
(Founder and Researcher)
Muhammad Alif
Pemilik dan Pengurus Perolehan
(Procurement Manager)
Rdila Zeete
Pengurus Pemasaran
(Marketing Manager)
Muhammad Hanzalah
Penyelidik Bioteknologi
(Biotechnology Researcher)
Rosnani Harun
Pengurus
(Manager)
Anis Najihah
Penyelidik Teknologi Makanan
(Food Technology Researcher)
Sejarah Permulaan PS Herbs
Hikmah Dugaan
Syarikat ini telah terlahir secara tidak sengaja apabila saya terkena tiga jenis penyakit yang tidak sembuh dengan ubat moden tetapi akirnya sembuh dengan ubat tradisional yang saya formulasi sendiri . Dahulunya saya sangat anti perubatan tradisional sehingga sentiasa menasihati orang ramai agar tidak menggunakan ubat kampung. Bagi saya ubat tradisional hanya mengarut dan merbahaya kerana tiada kajian saintifik dan ujian klinikal.
Walaupun masa zaman kanak dan remaja, sebagai orang kampung, ayah saya menggunakan ubat kampung untuk merawat saya dan saya sendiri pun tahu beberapa jenis pokok herba yang digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit namun setelah mendapat pendidikan akademik, saya jadi tidak boleh terima ubat tradisional.
Takdir sakit tak sembuh
Ditakdirkan saya telah terkena tiga jenis penyakit dan telah berusaha merawat dengan kaedah konvensional dengan mendapat rawatan pakar di hospital, tetapi tidak juga sembuh. Anehnya, penyakit ini sembuh dengan ubat kampung. Dari sinilah bermula keyakinan terhadap keistimewaan “ubat kampung” dan berusaha serius mengkaji lebih lanjut sehingga sanggup melepaskan perniagaan kilang roti yang sudah 12 tahun saya bina dan telah menjadi sumber pendapatan selama ini. Berikut saya perturunkan kesahnya.
Beku Bahu Yang teruk
Tahun 2014 saya mendapat penyakit beku bahu akut (severe frozen shoulder). Tangan (arm) tidak boleh digerakkan, sangat sakit, aktiviti terganggu, susah pakai baju, bawa kereta pun sebelah tangan.
Berbulan-bulan menerima rawatan pakar orthopedic di HPPZ II Kota Bharu. Saya diberi ubat tahan sakit dan membuat fisioterapi. Saya juga mengguna khidmat tukang urut Melayu dan Cina. Namun tidak berkurang.
Suatu hari, saya ternampak makjun di kaunter kedai Kopi Che Wel. Label ada tertulis untuk sakit urat. Walaupun saya anti ubat kampung, tetapi entah kenapa hari itu tergerak hati untuk mencuba. Harganya hanya RM1.20 dua biji untuk sekali makan. Macam magik, lima hari sahaja sembuh dan saya teruskan dua hari lagi untuk habiskan ubat yang saya beli. Sehingga kini masih tidak sakit (kemaskini terakhir: September 2025).
Nota: Saya ada buat kajian kepustakaan melalui internet, didapati penyakit beku bahu belum ada ubat berkesan. Penyakit ini boleh kena sesiapa sahaja pada bila-bila masa tanpa sebab, dan hilang pun tidak bersebab.
Penyakit Sporotrichosis (Sporo)
Pada awal tahun 2016, saya terkena penyakit sporo (sporotrichosis) akibat digigit kucing yang saya rawat. Walaupun sudah mendapat rawatan klinik, tetapi kudis semakin marak. Tumbuh biji-biji dalam daging sepanjang lengan hingga ke dalam ketiak. Ada yang pecah dan berdarah. Sungguh gerun dan sangat sakit.
Kerana takut dan terdesak, saya telah mencari tumbuhan herba merawat kudis yang saya ingat sikit-sikit semasa hidup sebagai budak kampung dulu. Pokok herba ini saya guna untuk merawat kudis saya.
Selepas enam bulan merawat, kudis sporo sembuh. Doktor perubatan telah sahkan bahawa fungus sudah hilang sepenuhnya.
Penyakit Fungus Pada Muka
Pada tahun 2016 juga, saya terkena pula penyakit kulit di muka. Doktor pakar kulit di HPPZII Kota Bharu kata penyakit akibat fungus. Muka saya gatal, kering dan berhabuk. Bila nak keluar rumah, saya terpaksa letak minyak agar tidak kelihatan.
Doktor beri saya 4 jenis ubat. Tiga krim dan satu ubat makan tahan gatal. Siang letak dua jenis dan malam satu jenis, tetapi tidak sembuh. Sebaliknya semakin melarat hingga ke kepala. Namun begitu, saya sekali lagi bersyukur kerana penyakit ini pun sembuh dengan ramuan herba yang saya buat sendiri.
Keyakinan Terhadap Ubat Alami
Ketiga-tiga kes ini telah meyakinkan saya bahawa sumber alami berupaya menyembuh penyakit. Atas keyakinan ini, saya membuat kajian lanjut dan menghasilkan ubat herba.
Setelah dua tahun membaiki teknik penyediaan ubat dan ujian penggunaan, maka pada tahun 2018, keluarlah ubat 100% herba pertama untuk pasaran dan seterusnya menubuhkan perniagaan PS Herbs.
Terima Kasih Sukarelawan
PS Herbs terhutang budi kepada sukarelawan yang sudi menguji produk kami. Ada yang cuba pada diri sendiri dan ada yang merawat haiwan peliharaan.