Tunjuk langit
(Swietenia macrophylla)

buah tunjuk langit atau Swietenia macrophylla

Buah pokok tunjuk langit banyak khasiat perubatan dan kesihatan. Telah lama digunakan oleh indegenus bagi tujuan tersebut. Telah diakui doktor dan pakar perubatan akan khasiatnya. Disahkan melalui kajian dan penemuan sains.

Tunjuk langit sering digunakan untuk perbaik saliran darah, diebetis dan lemah tenaga batin.

Klasifikasi

Family: Meliaceae

Genus: Swietenia; Mahogani; mahoni

Species: Swietenia macrophylla. King

(Ada 3 iaitu: Swietenia macrophylla, Swietenia humilis, Swietenia mahagoni)

Nama Saintifik

Swietenia macrophylla.

Nama lain

Mahogani Daun Besar, Broad-leaved mahogany, sky fruit, brazilian mahogany, large-leaved mahogany, genuine mahogany, big leaf mahogany

habitat

Tumbuh di kawasan hutan hujan tropika yang mempunyai suhu kering dan lembap terutama di Amerika Selatan, barat India, Kepulauan Indonesia, Fiji, Honduras, Kepulauan Solomon dan Malaysia.

sifat

Pokok mohagani adalah pokok balak berkayu keras. Sesuai untuk buat perabot, kapal, pintu dan sebagainya.

Daunnya besar sehingga 45cm panjang. Sebab itu nama diberi Macrophylla (macro=besar, phylla=daun). Nama tunjuk langit atau sky fruit diberi sempena buahnya yang menegak ke atas. Sais kira-kira 40cm. 

batang pokok buah tunjuk langit

cara pembiakan

Biji benih

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Buah pokok tunjuk langit diakui pakar perubatan dan doktor mempunyai nilai perubatan dan kesihatan. Ini kerana ia mengandungi pelbagai nutrisi seperti protein, mineral, pelbagai vitamin, karbohidrat dan sebagainya

Pakar bioteknologi berpendapat, biji buah ini mengandungi banyak khasiat semula jadi yang boleh dijadikan penawar bagi membantu dan meningkatkan sistem peredaran darah dan merawat penyakit.

Kajian saintifik membuktikan terdapat kandungan flavonoid dan saponin yang tinggi antioksida serta mampu membantu meredakan penyakit kencing manis, gout, sakit sendi dan darah tinggi .

Saponin membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. dan dapat mengurangkan lemak dan kolesterol.

Ingredien Aktif

Flavonoids, saponins and alkaloid yang boleh membantu pengaliran darah. Vitamin seperti vitamin A, D, E, B6, B1, dan B selain protein, kalsium dan magnesium, 

Farmakologi Tradisional

Mengikut rekod, indigenus telah lama guna buah mahagani untuk merawat gout, sakit sendi, darah tinggi, melancarkan perjalanan darah, meningkatkan kecergasan badan, mengeuatkan tenaga batin, kebas-kebas, senggugut (sakit datang bulan), sakit urat, penyakit kulit. 

Juga untuk  kencing manis (menurunkan kadar gula dalam darah), kuruskan badan (obesiti), migrain, menurunkan paras kolestrol, sakit dan lemah jantung.

Di Indonesia dan Malaysia, ia digunakan untuk merawat hypertension, diabetes, and malaria.

Edibel?

Ya, edible -Bijinya boleh direbus dan dimakan. Lihat tajuk kesan sampingan di bawah.

Cara guna (perubatan traditional)

Buah tunjuk langit terkenal di Nusantara. Cara gunanya konvensional dengan menghiris buah (Biji), dikeringkan dan direndam dengan air panas untuk diminum bagi mendapat manfaatnya.

Kaedah lain termasuklah menumbuk buah berkenaan bagi mendapatkan khasiat herba. Di Malaysia, amalan tradisional ialah makan sebiji biji (seed) sahaja sehari. Perhatian: Bukan sebiji buah sehari.

 

Kurangkan sakit masa datang bulan

Makan biji buat tunjuk langit.

Melawas buang air besar

Minum air rebusan biji.

Diebetik

Ambil dua biji (biji dalam, bukan dua biji buah), makan dua jam sebelum sarapan atau makan malam. Makan untuk tempoh 40 hari. 

Nota: Tanya doktor jika juga sedang guna ubat diebetis.

Kesan sampingan

Ada beberapa kes kesan sampingan terhadap hati kerana memakan biji samada raw atau serbuk dalam kapsul. tetapi dilaporkan pulih setelah berhenti makan. Tetapi tidak diketahui apa makanisme terjadi demikian. Mungkin terlebih dos atau kerana biji tercemar.

Sumber Rujukan

Scroll to Top