Famili
Famili: Euphorblaceae
Nama lain
Gelan susu, Susu nabi, asthma-plant, Hairy Spurge, Asthma Weed, snake weed, tawa-tawa (filipina)
Nama Saintifik
Euphorbia hirta. L.; Chamaescye hirta (L.)
habitat
Tumbuh di kawasan tanah terbuka dan ditepi halaman rumah, tepi jalan, taman dan kawasan lapang.
sifat
Boleh mencapai ketinggian 20mm. Berbunga dan berbuah dicelah daun Batang berbulu, mengeluarkan getah berwarna putih jika dipatahkan. Warnanya berbeza, bergantung kepada tempat dan suasana tempat tumbuh.
cara pembiakan
Biji benih, keratan batang
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kajian saintifik mendapati bahawa pokok susu kambing mengandungi bahan yang boleh menyembuhkan penyakit. Ini menunjukkan bahawa praktis dalam prubatan tradisional ada kebenarannya.
Mengikut satu kajian, pokok ini juga meningkatkan/merangsang antibody atau sistem imun ikan. Artikel penuh boleh didapati di sini.
Ingredien Aktif
Phenol, sugars, quercetine, flavanoid, triterpenoids, alkanes, amino acids, and alkaloids. Mengandungi properti anti bakteria, anthelmintic, antiasthmatic, sedative, antispasmodic, antifertility, antifungal, antimalarial dan anti inflammatory
Farmakologi Tradisional
Pokok ara tanah banyak kegunaannya dalam perubatan trasional di negara-negara tropika.
Digunakan untuk masalah gastrointestinal seperti diarrhea, dysentery, intestinal parasitosis.
Mengatasi bronchial and masalah pernafasan seperti batuk, asma, bronchitis.
Digunakan juga untuk kanak-kanak kecacingan, penyakit kuning, jerawat, gonorrhea, masalah penghadhaman, tumors, sakit mata, sakit gigi, lebam, sakit kulit, mencegah hamil, serawan mulut, sakit tekak dan gout.
cara guna (perubatan tradisional)
Kaki gatal (itchy sole)
Tumbuk daunnya bersama-sama kunyit dan minya kelapa. Gosok di tempat gatal.
Penyakit kulit dan lebam
Tumbuk keseluruhan pokok. Sapu pada bahagian yang lebam. Sapu ditempat luka menghentikan pendarahan dan sakit kulit.
Asma, mencegah kehamilan dan gout
Minum air rebusan
Merawat kemandulan
Makan bunganya (Nota: ambil perhatian, bahagian lain pokok susu kambing juga boleh mencegah hamil. Jadi elok diberi perhatian kesannya)
Untuk mata lebam (eye sores)
Letak getah pokok ara tanah pada kelopak mata bawah (lower eyelids).
fungus dan ulcer mulut:
Rebus pokok segar dan gunakan untuk berkumur.
Merawat Demam Denggi:
Minum sebagai tea (dipraktis difilipina)
Amoeba dysentery, Urinary tract infection,
kidney infection, intestinal cramps:
Rebus antara 15-30 gram herba segar (fresh) dengan satu liter air selama 15 minit untuk sehari minum. Ulangi 8 hari berturut-turut. Jika teruk, ambil segenggam (anggaran 15-30g) pokok segar, semua bahagian pokok, tetapi tidak termasuk akarnya. Campur daun jambu dan daun manggo muda. Rebus dengan sat liter air sehingga mula mendidih dan biarkan sejuk selama 30 minit. Tapis dan minum sikit2 untuk satu hari. Ulang untuk 8 hari.
Diarrhea (Cerah perut)
Ambil satu sudu teh daun susu nabi yang kering, rendam dalam air panas selama 5-10 minit. Minum dua hingga tiga cawan sehari.
Kecacingan dalam perut
Ambil segenggam (15-30 gram) seluruh pokok (tidak akarnya), dicampur dengan daun betik. Rebus dengan satu liter air selama 15 minit. Minumlah sikit2 dalam satu hari. Ulang tidak lebih daripada lapan hari.
Asthma
Letak kepala atas kira-kira dalam 15 gram daun waktu tidur malam
Ketuat (Warts)
Letak getah poko pada ketuat.
Sebaai antibacterial, anti-ameba, and anti-fungal
Rebus 50 gram daun segar dengan 4 cawan air selama tiga atau empat minit. Minum secawan sekali minum. Tiga atau empat cawan sehari. (dipraktis oleh org filipina)
Menghilangkan stress dan anxiety
Rebus 50 gram daun segar dalam empat cawan air selama 3 atau 4 minit. Minum tiga atau empat cawan sehari. (dipraktis oleh org filipina)
Menambahkan keluaran Platelet
Masukkan satu sudu teh daun kering dalam secawan selama 10 minit. Minum dua atau tiga kali sehari. Cara yang sama digunakan untuk demam denggi. Tetapi tidak boleh diguna dua atau tiga hari pada permulaan demam denggi. Untuk daun segar, ambilah kira-kira 15 pokok (tidak termasuk akar), basuh dan rebus dengan 3 cawah airpada api rendah. Setelah mendidih selama 10 minit. Biarkan sejuk dan minum untuk sehari. Ulangi hingga simtom hilang (dipraktis di filipina)
Luka, terkena air panas, fungus atau merah2 (rashes)
Letak getah pokok pada tempat infeksi. Serbuk daunnya juga boleh digunakan untuk luka luaran (dipraktis di Filipina).
Nota:
Pokok susu kambing ada banyak jenis. Sebahagiannya beracun. Jadi kena benar benar tahu memilih jenis yang sesuai.
Rujukan
Herba ubatan Negeri terenggani, Edisi 1. Jabatan Hutan Negeri terengganu, 2006.
Vijayakumari Pratheepa, NatarajaPillai Sukumaran
National Park, Flora and Fauna (Singapura)