Pokok letup letup adalah tumbuhan menjalar dan memanjat. Daunnya boleh dimakan sebagai sayur dan pucuk boleh dijadikan ulam. Buah yang masak boleh dimakan. Daun dikeringkan boleh dibuat teh.
Selain itu, pokok Passiflora foeftida juga mempunyai pelbagai khasiat kesihatan dan mengubati pelbagai penyakit.
Perhatian: Buah belum masak, beracun. tidak boleh dimakan.
Nama Saintifik
Passiflora foeftida
Klasifikasi
Family: Passifloraceae
Genus: Passflora L
Species: Passiflora foetida
Nama lain
Pokok ulat bulu (Kelantan), timun padang, leletup, anggur hutan, bush passion fruit, wild water lemon, kurombot (Philipina)
Sifat
Tumbuhan memanjat. Jalarnya mboleh mencapai 5 meter panjang. Daun bercabang tiga. Baunya keras dan tak menyenangkan jika diramas.
Buahnya hijau semasa mud. Warna kuning atau oren bila masak, bulat bersais 2 cm.
habitat
Tumbuhan liar di semak samun, di tepi2 pagar. Berasal dari Amerika selatan dan Barat India, Mexico, Amerika Tengah. Banyak tumbuh di belukar terbuka di Malaysia.
cara pembiakan
Biji benih; keratan batang
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kajian sains menemui bahan antidiarra, anti-inflammation, anti-hipertension, anticancer, antibacterial. Mengandungi pelbagai flavonoids yang boleh sembuhkan penyakit.
Kajian sains juga menunjukkan potensi untuk merawat anxiety, insomnia, mati pucuk, inflammation dan barah.
Ingredien Aktif
Kompaun: fatty acids, steroids. phenol
Mineral: phosphorus, magnesium, sulfur, potassium Mengandungi bahan antioksidan.
Mikroorganisme: penghalang Gram-positive dan Gram-negative.
cara guna (perubatan tradisional)
Asma (asthma)
Rebus daun dan batang. Minum air rebusan daun dan batang.
Kencing manis
Batang dan akarnya direbus, minum sehari 3x, amalkan selalu.
Kurap
Gosok daun kuat-kuat pada kurap sehingga daun hancur.
Saluran jantung tersumbat
Ambilkan empat 40 helai blander dijadikan jus dan minum. Atau makan daunnya sebagai ulam.
Darah TInggi
Minum air rebusan daun, buah dan akarnya.
Sukar tidur
Keringkan daun dan buat teh minuman (Diamalkan di Vietnam)
Kencing kotor semasa mengandung
Minum air rebusan pokok. (Akar, batang, dayn dan buah).
Jerawat
Tumbuk daun dan tepek pada tempat jerawat.
Sakit sendi lutut (Athritis)
Gumpal daun dengan kapur makan, tampalkan pada lutut.
Kencing tidak lawas
Minum air rebusan daun.