Pokok lerek banyak tumbuh meliar di kawasan redup di Malaysia. Ia senang untuk dikenali kerana daunnya berbentuk oblong besar dan tumbuh berumpun. Sangat berguna untuk penyediaan makanan tradisi. Ramai tidak tahu, pokok ini juga mempunyai banyak khasiat perubatan.
Orang Melayu mengguna daunnya untuk membungkus makanan kerana bentuknya lebar dan mudah lentur. Seringkali digunakan untuk masak lemang atau nasi dalam buluh. Sangat baik untuk membungkus makanan kerana ia mempunyai properti awet semulajadi. Daunnya yang tidak beracun dan mempunyai khasiat perubatan seperti buasair dan melegakan batuk.
Klasifikasi
Family: Marantaceae
Genus: Phrynium
Species: Pubinerve blume
Nama sinonim
- Narukila ovata (L.) Farw.
- Phrynium capitatum Willd.
- Phrynium laoticum Gagnep.
- Phrynium malaccense Ridl.
- Phrynium philippinense Ridl.
- Phrynium pubigerum Blume
- Phrynium rheedei Suresh & Nicolson
- Phrynium thorelii Gagnep.
- Phyllodes capitata Kuntze
- Phyllodes pubigera (Blume) Kuntze
- Phyllodes pubinervis (Blume) Kuntze
- Pontederia ovata L.
Nama Saintifik
Phrynium pubinerve blume
Nama lain
Lirek (Perak)
habitat
Pokok lerek tumbuh merata di Malaysia dan sebahagian besar Asia. Banyak tumbuh meliar di tempat redup di kawasan tanah rendah, bukit yang lembap.
sifat pokok lerek
Mempunyai akar rizom yang mudah merayap. Ia tumbuh berumpun dengan ketinggian antara 1-2 meter. Daun bujur panjang atau oblong, licin, bertangkai panjang dan bulat di pangkalnya. Bunga berbentuk globus dan berwarna kuning atau putih kemerahan. Buah bewarna merah dan biji bewarna kelabu.
cara pembiakan
Biji benih dan rizom
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kandungan utama alkaloids digunakan dalam rawatan anti-diabetes. Tindakan alkaloids dapat menurunkan kandungan glukosa darah dengan cara meningkatkan penghasilan insulin (hormon bagi menurunkan glukosa). Ia turut meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu otot dan tisu adipos. Bagi terpenoid, ia mempunyai kesan kandungan yang sama seperti alkaloid bagi aktiviti anti-diabetes.
Kajian sains menunjukkan pokok ini mengandungi aktiviti antimicrobial yang sesuai untuk mengawet makanan dan dengan itu, sangat berpotensi digunakan dalam industri makanan , pembungkusan dan perubatan.
Ingredien Aktif pokok lerek
Daunnya mempunyai kandungan alkaloids dan terpenoids yang sesuai untuk antidiebetic
Perubatan etno (ethnomedicinal)
Orang di Sulawesi utara menggunakan jus daunya digunakan sebagai penyembuh luka dan bagi keradangan atau jangkitan pada mata.
Daun juga digunakan sebagai pembungkus makanan supaya tahan lebih lama dan ini konfom dengan dapatan sains yang daun ini ada bahan pengawet semulajadi.
Cara guna (perubatan traditional)
Merawat buasir
Pokok dibasuh, direbus dan dibiarkan suam sebelum diminum. Proses dilakukan boleh digunakan sehingga tiga kali air rebusan.
Rebusan pertama menggunakan 10 cawan air, 8 cawan air bagi rebusan kedua manakala 6 cawan air bagi rebusan terakhir. Secawan air rebusan diminum bagi setiap kali rebusan.
Sakit telinga
Ambil semua bahagian pokok. Bersihkan dan suamkan (warmed) atas api. Ambil air (sap) yang keluar daripada pokok. Titik ke dalam telinga dua atau tiga titik sekali sehari (pagi)
Pembungkusan - natural preservative
Bungkus makanan dengan daun lerek untuk tahan lebih lama. Daunnya berfungsi sebagai bahan natural food packaging. Mengelak daraipada keracunan makanan
Kesan sampingan
Tiada laporan mengatakan pokok ini toksid atau bahaya kepada manusia atau haiwan.
Sumber Rujukan
Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 1, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
Share