pokok
Kepala Sari

pokok kepala sari

Pokok kepala sari sungguh luar biasa. Banyak gunanya untuk perubatan dan kesihatan. Bahagian yang berlainan pokok ada gunanya yang tersendiri.

Orang Melayu gunakan pokok ini untuk merawat penyakit kudis, panau dan kurap. Di Thailand dan beberapa negara lain, gunakan untuk merawat darah tinggi, eczema, psoriasis, gigitan berbisa (ular). 

Pokok palasari juga boleh dijadikan teh untuk diminum untuk merawat demam, gigitan beracun dan penyakit kulit.

Klasifikasi

Family: Acanthanceae

Genus: Rhinacanthus

Species: R. nasutus

Jumlah species: 25

Nama Saintifik

Rhinacanthus nasutus (L.) Kurz

Nama lain

Palasari, pulosari, cabai mas, akar teriba, snake jasmin, white crane herb

habitat

Tumbuh di kawasan terbuka di kawasan tropika dan sub-tropika. Di Malaysia, banyak tumbuh di utara semenjanjung.

sifat

Tiggi boleh mencapai 2 meter. Batang berbentuk segi empat, berwarna hijau dan berbulu. daunnya bujur dan bertepi licin berwarna hijau kekuningan.

perennial shrub growing to 60-76 cm in height with tender stem.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih.

pokok kepala sari

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian sains ada menyatakan bahawa mengubat penyakit secara tradisional dengan pokok ini ada benarnya. Penemuan kajian sepadan dengan praktis perubatan indigenus.

Ingredien Aktif

Mengandungi kompaun kimia: flavonoids, benzenoids, coumarin, anthraquinone, quinone, glycosides, carbohydrate, triterpenes, sterols, anthraquinones, napthoquinones.
Terdapat aktiviti anti-inflammatory and analgesic, antibacterial and antihelmintic, anti-fungus, antioksidan dan anti-viral. 

Farmakologi Tradisional

Orang indigenus menggunakan bahagian-bahagian pokok untuk rawatan penyakit. Misalnya panau, kurap, kudis, maalah hati, bengkak, kegemukan, eczema, gastrik, tekanan darah, membaiki blood circulation (Thailand), rawat bisa ular (Thailand dan India)

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat kurap

Cara 1

Ikat beberapa helai daun kepala sari dan celup dalam minyak tanah. Gosok dengan kuat (gahar) pada kurap. Gahar hingga hancur daun. Buatlah dua kali sehari sehingga kurap sembuh (Kelantan)

Kurap atau ringworm mudah dirawat dengan ubat herba Cream S3 keluaran PS Herbs. 

Cara 2

Ambil keseluruhan pokok dan dicampurkan dengan sedikit minya kelapa. Sapu pada kurap dua kali sehari sehingga sembuh (Kelantan)

Cara 2

Ambil daun segar dan bersihkan. Tumbuk hingga hancur. Tempek pada kawasan infeksyen. Ulang buat hingga sembuh.

Merawat Panau

Ikat beberapa helai daun kepala sari dan celup dalam minyak tanah. Gosok dengan kuat (gahar) pada kurap. Gahar hingga hancur daun. Buatlah dua kali sehari sehingga kurap sembuh (Kelantan).

Merawat kudis

Campurkan daun kepala sari dengan sedikit belerang. Kisar atau tumbuk hingga lumat dan campurkan dengan jeli petroleum. Sapu pada tempat berkudis tiga kali sehari (Kelantan).

Anda mungkin ingin guna Cream S3 atau Spray H2 keluaran PS Herbs untuk merawat pelbagai kudis. 

Merawat darah tinggi

Rendam daun snake jasmin dalam secawan air dan minum.

Merawat eczema dan psoriasis

Campur daun neem, daun kepala sari dan kunyit hidup sama banyak. Tumbuk dan sapu pada kawasan infeksi. Ulang buat hari-hari sehingga kesan hilang.

merawat gititan beracun, demam dan penyakit kulit

cara 1

Rebus 10 gram daun segar dalam  200 ml air. Rebus sehingga 100 ml dan minum. Buatlah dua kali sehari.

 

he leaf decoction made by boiling 10 grams in a cup of water (200 ml) till it is reduced to half it’s quantity can be given twice a day for treating poison bites, skin infections and even for fever. You can also use dried leaves or the powder of the whole plant for making the tea which is very very effective for treating poison bites….

cara 2

Buat teh daripada daun yang dikeringkan atau serbuk campuran seluruh pokok.

Kesan sampingan

Tahap toksid rendah dan selamat dimakan pada jumalah sederhana. Mungkin menyebabkan loya dan sakit perut bagi orang yang sensitif kepada herba,

Sumber Rujukan

Khazanah perubatan Melayu – Tumbuhan Ubatan, Jilid 1; FRIM, Nil Musa’adah etl.

Wikipedia

Research Gate 

Scroll to Top