Pokok Bunga Raya

Ia merupakan pokok bunga kebangsaan. Berwarna kemerahan dan menarik bagi serangga untuk melakukan pendebungan. Ia mempunyai pelbagai jenis warna bunga selain dari merah. Dipanggil kembang sepatu atau bunga sepatu kerana bunganya digunakan untuk mengilatkan kasut. Bunga raya juga boleh dimakan dan boleh dijadikan jem. Selain itu ia juga mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Cirinya bersifat anti-demam (antipyretic) dapat digunakan untuk merawat demam panas. Daunnya di tumbuk dan lendir yang terhasil digunakan untuk melebatkan dan mempercepatkan pertumbuhan rambut. Ia juga digunakan untuk menghitamkan rambut.

Klasifikasi

Family: Malvaceae

Genus: Hibiscus

Species: Rosa-sinensis

Nama Saintifik

Hibiscus rosa-sinensis

Nama lain

Bunga raya (Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Perak), bunga raya putih (Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Perlis, Perak, Terengganu), bunga raya merah (Pahang).

habitat

Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini biasanya ditanam di halaman rumah sebagai pokok hiasan atau dijadikan pagar rumah.

sifat

Tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5 m. Batangnya tumbuh menegak, berbentuk hampir silinder, permukaan glabrus hingga sedikit pubesen.

Daun tersusun secara berselang, berbentuk ovat, hujung daun akuminat, pangkal daun berbentuk kordat-obtusm tepi daun jenis serat bergigi, glabrus pada permukaan atas dan bawah. Tangkal daun panjang, berbentuk hampir silinder.

Jambak bunga pada aksilari, jenis bunga tunggal. Bunga berbentuk kampanulat, berwarna putih atau merah, petal lima, berbentuk obovat dann kaliks berbentuk tubular.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

bunga raya mempunyai pelbagai warna
Bunga raya boleh digunakan untuk melegakan sakit kepala

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian yang dilakukan, pokok bunga raya mengandungi β-sitosterol, stigmasterol, taraxeryl acetate, cyanidin glucoside, flavonoids, vitamins, thiamine, riboflavin, niacin, ascorbic acid.

Kajian farmakologi sebelum ini mendedahkan bahawa pokok bunga raya mempunyai pembiakan, antidiabetic, hipolipidemik, antioksidan, anti radang, antipiretik, analgesic, antidepresan, peningkatan ingatan, antiparasit, antimicrobial dermatologi neuroprotektif dan banyak kesan lain.

Hanya bunga menunjukkan aktiviti anti-kesuburan.  tindakan antifertiliti bergantung pada musim.Semasa musim sejuk tindakan antifertiliti adalah maksimum dan minimum pada musim panas.

Pokok bunga raya menunjukkan kesan ke atas kedua-duanya, pembiakan wanita dan juga pada lelaki. Ekstrak bunga meningkatkan fungsi endokrin serta penjanaan sperma. Dengan memberikan bunga itu ekstrak kepada tikus terdapat beberapa perubahan berlaku seperti pengurangan berat testis, organ pembiakan dan kelenjar pituitari.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti β-sitosterol, stigmasterol, taraxeryl acetate, cyanidin glucoside, flavonoids, vitamins, thiamine, riboflavin, niacin, ascorbic acid.

Farmakologi Tradisional Pokok Bunga Raya

Dalam rawatan tradisional, , pokok bunga raya termasuk akar, daun dan bunganya dipercayai mempunyai khasiat perubatan dan digunakan dalam penyembuhan tradisional Melayu di Tanah Melayu dan di Hindia Belanda.

Sebagai contoh, air rebusan akar telah ditawarkan untuk melegakan penyakit kelamin, demam dan sakit mata. Juga, rebusan akar tumbuhan berbunga merah dan putih berfungsi sebagai penawar racun.

Jus bunga putih itu diberikan kepada mereka yang menghidap seriawan, sejenis penyakit yang mempunyai gejala serupa dengan seriawan, sprue atau difteria. Penyerapan bunga digunakan sebagai ekspektoran untuk bronkitis. Daunnya disapu pada bisul dan kudis dan sebagai tuam untuk melegakan sakit kepala dan bengkak. Pucuk bunga berwarna putih itu ditelan untuk merawat hipertensi.

Jus kelopak bunga raya dan bunga digunakan sebagai pewarna oleh orang Cina dan India untuk menghitamkan kening dan rambut.

Cara guna (perubatan traditional)

Menyegarkan badan

Daun bunga raya dicampurkan dengan serai wangi, puding pulai, jambu batu, serai makan, dan pandan di dalam sebesen air. Segenggam garam dimasukkan dan dijadikan mandian selama seminggu (Selangor).

Melegakan sakit kepala

Cara 1

Bunga raya putih diramas bersama-sama rumput sejuk, jintan hitam dan asam jawa. Jaramkan di seluruh bahagian kepala tiga atau empat kali sehari sehingga sembuh (Kedah).

Cara 2

Daun bunga raya putih dan bunga cina diramas dan ditempel atau dijaram pada kepala sekerap yang boleh (Kedah).

Cara 3

Daun bunga raya putih diramas dengan sedikit air sehingga menjadi pekat. Pupukkan pada kepala dan dibiarkan sehingga kering. Kemudian, dibilas dengan air biasa (Selangor).

Cara 4

Secekak daun bunga raya putih diramas dan dicampurkan air kemudian dipupuk pada kepala (Pahang).

Meredakan demam panas

Cara 1

Sebanyak 3-7 helai daun bunga raya diramas dan ditapis menggunakan kain. Lendir yang terhasil dipupuk pada kepala (Kelantan, Kedah).

Cara 2

Segenggam daun bunga raya direbus dan jaram pada kepala. Kemudian bunga raya diramas dalam air dan ditapis untuk dijadikan minuman sekali sehari (Kedah).

Cara 3

Bunga raya dicampurkan dengan ros merah, melur, keembung, santan cina, orkid dan kenanga. Kesemua bahan direbus selama dua jam. Air rebusan dijadikan sebagai mandian dua kali sehari (Johor)

Merawat rambut gugur dan berkelemumur

Cara 1

Daun bunga raya dicampurkan dengan biji betik, daun mullberi, daun durian belanda dikisar dan dicampurkan dengan santan, putih telur dan ketumbar hitam. Sediaan dilumurkan pada kepala dan dibiarkan selama sejam sebelum dibilas (Johor).

Cara 2

Beberapa helai daun bunga raya, diramas dengan air dan dilumurkan pada kepala sehari sekali dan boleh diamalkan selalu (Kedah, Pulau Pinang).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top