Mek Ti kena penyakit sporo

Kucing saya nama Mek Ti rupanya telah terkena penyakit sporo. Terjangkit daripada kakaknya yang sakit sporo. 

Doktor veterinar Tegur

Saya bawa Mek Ti jumpa Doktor Veterinar kerana demam. Kena cucuk sejarum. Dr Vet perasan hidung dan kaki Mek Ti berkudis. Jadi Vet tegur. Vet, “Ini kudis sporo, selalunya beraor, tapi dah kering dan hampir sembuh, rawat dengan apa”.  

Kata saya, “Spray ubat yang saya buat sendiri” . Sambil saya keluarkan dua botol dari dalam beg dan tunjukkan kepadanya.

Saya, “saya buat daripada campuran ekstrak herba tumbuhan segar tempatan yang boleh dimakan”.

Dr Vet, “Oo hanya spray, tak perlu makan?. Elok tu, sebab ubat makan sporo sekarang bermasalah sikit kerana ubat tu merosakkan hati dan buah pinggang kucing. Elok promosikan ubat ini”

Kata-kata doktor veterinar ini memberi keyakinan kepada saya bahawa ubat ini ada nilai komesial dan memberi motivasi untuk saya untuk buat kajian lanjut bagi sempurnakan ubat ini.

Mek Ti Kena Penyakit sporo kucing. Dirawat denga ubat PS Herbs

Jangkit dari kakak

Mek Ti kena sporo kerana jangkit daripada kakak dia. Masa tu saya tidak tahu penyakit ini boleh jangkit. Semasa saya bawa kakak dia jumpa doktor Vet, doktor cakap kakak dia kena sakit sporo. Doktor tak beritahu lebih lanjut. Saya tidak diberitahu bahawa penyakit ini bahaya dan boleh berjangkit kepada kucing lain. Malah penyakit sporo boleh berjangkit kepada manusia juga.

Kerana tidak tahu, saya biarkan kakaknya terus bergaul dan tidur bersama yang lain sehingga selain Mek Ti, ada lima ekor lagi kucing turut dijangkiti.

Semasa merawat kakaknya, saya terkena gigit dan seperti biasa, bila kena gigit kucing, saya akan picit keluarkan darah dan cuci. tetapi rupa-rupanya, tidak cukup dengan cara itu, jadi saya juga turut dijangkiti penyakit sporo

Penyakit sporo boleh berjangkit kepada kucing jika dibiarkan kucing yang sakit berkawan atau tidur bersama
Kakak Mek Ti tidur bersama kucing lain.

Rawatan

Ini kisah tahun 2016. Pada masa ini, ubat PS Herbs masih dalam peringkat percubaan klinikal. Nama pun belum ada, kod formula pada masa itu ialah F5. Maksudnya pertukaran formula yang major kali ke lima sebelum akhirnya formula terakhir yang diberi kod F7 dan terus dijadikan sebagai nama ubat.

Daripada Enam ekor keluarga Mek Ti, hanya empat sahaja yang survive dan dua tidak dapat diselamatkan. Kini, ubat telah banyak mengalami pembaikan dan kadar penyembuhan jauh lebih tinggi.

Selain itu, didapati juga ubat topikal (luaran) keluaran PS Herbs boleh diguna bersama ubat oral seperti itraconazole atau ketoconazole. Jika merawat kucing sporo bersama ubat makan dan ubat PS Herbs, didapati kudis sporo lebih cepat sembuh.

Share

Berminat jadi stokis PS Herbs? - Kami ada skim perniagaan menarik

Maklumat tambahan

Penyakit sporo kucing

Penyakit sporo kucing adalah penyakit jangkitan fungus yang mudah merebak dan boleh jangkiti manusia. Penyakit ini bahaya kepada haiwan dan manusia. Elak risiko jangkitan. Kenal pasti simptom dari awal dan segera rawat. Penyakit sporotrichosis ada ubat dan mudah sembuh.

Read More »

Tanda penyakit sporo pada manusia

Sporotrichosis adalah penyakit disebabkan fungus sporothrix schenckii. Penyakit bahaya ini bersifat sistemik. Ia menular ke anggota melalui kelenjar limfa ke anggota dalaman seperti hati, paru-paru, otak dll. .

Read More »

Ubat sporo kucing dan cara merawat

Ubat sporo kucing keluaran PS Herbs sangat mujarab untuk merawat penyakit sporo kucing. Tempoh rawatan hanya 14 hingga 90 hari. Kos rawatan juga murah. Berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa 3 hingga 12 bulan dan kos rawatan terlalu tinggi.

Read More »
Scroll to Top