Penyakit ear mite atau penyakit kutu telinga adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit. Parasit ini sering menjangkiti haiwan seperti kucing, anjing dan arnab. Saiznya sangat kecil, tidak nampak dengan mata kasar. Namun, kita boleh cam dengan melihat simtom penyakitnya.
Ear mite hidup pada kulit saluran telinga dan memakan tahi telinga (wax). Akibatnya, kucing gatal telinga dan tidak selesa. Perlu segera dirawat kerana ia sangat cepat membiak dan mudah jangkit kepada haiwan lain. Juga kucing akan berkudis kerana kerap menggaru. Ini boleh menyebabkan komplikasi lain yang lebih teruk.
Sentiasa menggaru
Kudis di di bawah telinga
Apakah Tanda penyakit Ear Mite
Kita boleh cam penyakit ear mite dengan melihat kombinasi simtomnya berikut:
Dalam telinga ada kotoran berminyak berwarna coklat tua atau kehitaman.
Kerap menggeleng kepala.
Kerap menggaru kepala, dagu, telinga, bawah telinga atau muka sehingga luka.
Kadang-kadang, kepala kucing senget semasa berjalan atau duduk.
Telinga sedikit merah dan jatuh (rebeh) masa duduk atau berjalan kerana menahan gatal.
Ada kes, telinga berair dan berbau busuk.
Kucing murung dan keletihan.
Telinga kotor warna coklat tua kehitaman
kotoran sehingga ke luar
Luka dekat mata kerana menggaru
kotoran sehingga ke luar
Kudis di belakang telinga
Kudis bahagian atas cuping telinga
Bagaimana Kucing Terkena Ear Mites
Ear mite mudah berpindah daripada haiwan hos melalui sentuhan langsung. Kucing sangat mudah dijangkiti kerana cara hidupnya yang suka berkawan (duduk bersama), Jika satu ekor dapat penyakit, maka kawannya juga berkemungkinan besar dapat penyakit ini. Jangkitan juga boleh diperoleh daripada alam sekitar, terutama kucing yang bebas.
Ear mite boleh berjangkit melalui berkawan
Kucing bebas di luar rumah boleh dijangkiti ea rmites
Jangkit Kepada Manusia Tak?
Kutu telinga kucing berbeza dengan kutu manusia. Jadi ia tidak boleh hidup dalam telinga manusia. Dengan itu penyakit ear mite atau kutu telinga kucing bukan penyakit zoonotik, yakni tidak berjangkit kepada manusia.
Rawatan
Biasanya ubat rawatan ear mite berbentuk topikal (luaran), contohnya ubat titis antiparasit atau ubat titisan telinga (eardrop). Tempoh rawatan sekurang-kurangnya tiga minggu. Ini kerana eardrop tidak dapat membunuh telur kutu. Jadi rawatan hendaklah berterusan atau mengikut tempoh yang ditetapkan. Ada ubat yang lebih kuat dan mengambil masa 14 hari untuk sembuh.
Merawat Dengan Ubat Herba PS Herbs
PS Herbs keluarkan ubat organik (100% herba) untuk merawat ear mite. Ubat ini berbentuk spray, namanya Spray F9. Cara rawatan mudah sahaja. Hanya sembur ke dalam telinga dua atau tiga hari sekali. Tempoh rawatan hanya satu minggu. Kesan rawatan boleh dilihat dalam masa tiga hari. Lihat panduan rawatan di sini.
Adakah Jangkitan Boleh Berulang
Ya boleh berulang kerana rawatan parasit bukan vaksin. Maka penyakit boleh berulang. Ulangan terjadi mungkin kerana haiwan atau kawan dia masih ada penyakit. Jadi eloklah rawat semua kucing yang ada agar semuanya bebas penyakit itu. Ulangan juga boleh berlaku jika rawatan tidak lengkap sehingga kutu masih ada untuk membiak. Kucing yang bebas juga boleh sentiasa dapat jangkitan daripada persekitaran.