PS Herbs mengeluarkan 3 Jenis ubat herba untuk Penyakit kulit haiwan.
- Ubat Spray F7 untuk Anti fungus/ anti bakteria
- Krim S3 Anti fungus/ anti bakteria
- Serbuk FP1 Anti fungus / anti bakteria
Tidak semua ubat ini perlu digunakan untuk semua jenis penyakit. Keperluannya bergantung kepada keadaan dan jenis penyakit.
Jika kucing berpenyakit sporo (Sporotrichosis)
Gunakan Spray F7 untuk kudis yang berair. Spray semua bahagian kudis, kecuali lubang hidung atau mata. satu atau dua kali sehari.
Gunakan Krim S3 untuk kudis di bahagian hidung, muka dan mata. Sapu satu atau dua kali sehari. Spray tidak sesuai digunakan.
Gunakan Serbuk FP1 untuk kudis sporo yang besar dan berair, atau kudis sudah terkopak kulit dan menampakkan isi. Tujuannya supaya cepat berkuping. Fungsi serbuk ini adalah untuk melindungi kudis yang besar dan berair agar cepat kering. Tidak digunakan secara bersendirian, tetapi hendaklah digunakan bersama dengan spray F7. Penggunaan serbuk ini adalah optional untuk mencepatkan penyembuhan. Jika kudis kecil, walaupun banyak tempat, serbuk tidak diperlukan.
Rawat kucing sporo dengan hati-hati. Lihat panduan di sini.
Penyakit kulit yang lain
Masalah lain seperti luka, infeksi selepas bedah (luka tidak mahu sembuh), kudis biasa, serangan bakteria, serangan fungus (seperti kulit merah2 dan bulu tanggal), kurap atau puru, hanya gunakan Spray F7. Spray dua kali sehari atau sekurang-kurangnya sekali sehari.