Panduan Guna Spray F7

Maklumat ringkas tentang Spray F7

Spray F7 adalah ubat traditonal yang diperbuat daripada ekstraks herba 100%.  Tidak toksid dan selamat untuk manusia atau haiwan. Maklumat tentang kegunan ubat boleh dirujuk di sini

Ubat untuk kegunaan luaran. Namun ia tidak mudarat jika termakan atau dijilat oleh haiwan atau manusia.

Hanya goncang botol dan terus spray. Tidak perlu dicampur dengan bahan lain. Spray sekurang-kurangnya satu kali sehari di kawasan infeksi.

F7- Spray Herba

Spray F7
Spray F7

Cara Mencuci Kudis atau Luka

Cuci kudis atau luka berair dengan menggunakan air masak suam. Masukkan setengah sudu teh garam bagi setiap cawan air. Cuci luka dengan menggunakan kain kasa atau kain linen (Jangan gunakan kapas mentah).

Bersihkan infeksi. Buang keruping dan kotoran dengan lemah lembut. Siram luka dengan air dengan menggunakan syringe atau seumpamanya. Biasanya keruping pada kulit atau bulu kelihatan keras semacam sembuh, tetapi sebenarnya ada nanah atau infeksi di bawahnya. Jadi elok buang dan bersihkan sebelum menggunakan Ubat Spray F7.

Selain air, boleh saja menggunakan larutan antiseptik, misalnya povidone-iodine. Jika menggunakan larutan berkenaan, pastikan arahan penggunaan dipatuhi. Jika ragu, rujuk orang berkelayakan untuk ,mendapat panduan.

Tidak semua antiseptik sesuai untuk haiwan. Dettol misalnya memudaratkan kucing. Jadi jangan guna dettol.  Tanya doktor veterinar jika ada keraguan.

Lap dan biarkan kering. Jangan balut bila menggunakan spray F7 atau Serbuk FP1.

Merawat Kudis, Luka atau Kudis Sporo

  • Cuci infeksi  dan keringkan. (Lihat cara di atas). Tidak perlu sentiasa cuci, kecuali infeksi didapati kotor.
  • Spraylah F7 dua kali sehari atau sekurang-kurangnya satu kali sehari pada dan sekitar infeksi. 
  • Pastikan cecair mengenai kulit dengan meratakan/genyeh cecair pada kulit, juga celah-celah tapak kaki dan jari. Elok jika bulu di kawasan infeksi dicukur.
  • Jika kudis pada hidung atau berdekatan mata, spray di tempat lain dan lumurkan, (Kalau infeksi terlalu dekat dengan mata pada hidung atau lubat hidung, elok guna Krim S3)
  • Pastikan kudis dan haiwan sentiasa kering (Boleh mandikan, tetapi segera keringkan).
  • Tidak perlu balut. Tiada masalah jika haiwan menjilatnya.
  • Biarkan keruping. Spray apa keruping dan keruping nanti akan luruh sendiri.
Kudis berdekatan mata. Spray rapat pada kulit jauh daipada mata, dan lumurkan
Cucu Luka dan biarkan kering sebelum Spray F7

Kurap, Puru dan Fungus (bukan sporo)

  • Spray satu atau dua kali sehari
  • Ratakan/genyeh supaya cecair mengenai kulit dan meresap ke bawah bulu. Jika boleh cukur bulu supay cecair senang kena pada kulit.
  • Raba atau usap kulit haiwan, ada kemungkinan ada berbiji atau kerasak. Jika ada, spray dan pastikan kena kulit.
  • Teruskan rawatan sehingga sehingga infeksi hilang sepnuhnya
  • Nota: Kucing boleh dimandikan.
Contoh serangan Fungus - bulu luruh

Penggunaan E-Collar (Corong kepala)

Elok pakaikan e-collar atau corong kepala selepas spray supaya kucing tidak terus jilat dan buang ubat yang menyebabkan kesan ubat minimum. Pakaikan untuk tempoh dua atau tiga jam agar ubat sempat menyerap dan kering. 

Namun penggunaan penggunaan e-collar bukan kemestian. Penggunaannya hanya supaya kesan ubat lebih berkesan.

Pemakaian corong kepala digalakkan supaya penyembuhan lebih cepat

Ingatan:

Jangan terus spray lenjun sekaligus pada permulaan guna. 
Jika infeksi seluruh badan, jangan terus spray lenjun sekali gus, spray nipis dan perhatikan kalau-kalau ada tindakbalas negatif. Selepas sehari, jika tiada tenda-tanda negatif, bolehlah spray. Setakat ini tiada tanda-tanda kes sebegini, tetapi elok untuk langkah berjaga-jaga.

Ambil Perhatian: 
Beberapa hari pertama spray, ada jenis-jenis kudis akan kelihatan seolah olah semakin teruk. Jangan risau, ini fenomena biasa. Teruskan rawatan. 

Scroll to Top