Nona

Buah nona agak sukar didapati di pasaran kerana ia bukanlah buah yang popular. Segelintir masyarakat mengamalkan pengambilan buah nona secara rutin atas kepercayaan bahawa buah nona dikatakan mampu untuk meredakan demam panas, merawat gout dan juga sawan. Ia berwarna hijau sebelum masak dan bertukar ungu apabila masak. Ia mempunyai persamaan yang agak dekat dengan durian belanda kerana permukaan kulit buahnya berbongggol.

Klasifikasi

Family: Annonaceae

Genus: Annona

Species: Squamosa

Nama Saintifik

Annona squamosa

Nama lain

Nona (Kelantan, Perak, Kedah, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu), Seri kaya

habitat

Sering dijumpai di kawasan kampung dan ditanam

sifat

Pokok sederhana kecil dan boleh mencapai ketinggian sehingga 7 m. Batang kebiasaannya licin, sedikit merekah dan bercabang apabila matang.

Daun ringkas, tersusun secara berselang seli pada percabangan, bersaiz kecil, berbentuk oblong, tiada stipul, daun yang gugur berwarna kuning atau coklat, apeks daun bulat hingga obtus, glaucus pada daun bawah.

Jambak bunga pada aksilari, tunggal atau dalam kelompok, tumbuh bertentangan dengan daun, mempunyai tiga petal. Bunga berwana kuning kehijauan.

Buah menonjol, berbentuk bulat berkelompok, tidak berduri, berwarna hijau kekelabuan atau glaucus. Setiap buah mempunyai banyak biji.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

buah nina berwarna hijau sebelum masak
buah nona digunakan untuk merawat gout dan sawan

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian yang dijalankan, akar nona didakwa memiliki banyak kandungan unsur seperti borneol, flavonoid, camphor, alkaloid dan lainnya. Perkara ini juga akan menyebabkan akar tumbuhan ini sesuai digunakan sebagai anti radang, mampu untuk mengurangkan tekanan (anti depresion), mengatasi masaalah sembelit dan penyakit sakit dalam tulang.

Isi buah nona atau buah sri kaya yang masih muda didakwa kaya dengan zat dikenali sebagai tannin yang mana ia adalah zat sangat sesuai untuk digunakan sebagai bahan untuk mengubati masalah cirit birit. Buah ini juga mampu untuk meningkatkan sistem pencernaan seseorang yang mengambilnya

Kulit buah nona biasanya di gunakan sebagai ubat cirit birit dan juga mampu mengubati bekas luka. Ini kerana didalam kulit kayu ini ia memiliki bahan berguna iaitu Borneol, Flavonoid, Camphor dan lainnya.

Buah nona didakwa mampu untuk menurunkan kadar kolesterol sebab bahan niasin yang terdapat dalam buah ini. Niasin adalah bahan yang dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, borneol, tannin.

 

Farmakologi Tradisional Pokok Nona

Dalam rawatan tradisional, terdapat banyak kegunaan buah nona. Buah nona didakwa sangat bagus diambil oleh wanita hamil. Ini disebabkan kandungan zat permakanan atau nutrisi yang tinggi vitamin ternyata mampu membantu pertumbuhan janin pada fasa iaitu perkembangan proses bayi. Apa yang berlaku dimana buah nona mampu mempertahankan tubuh badan dan sistem kekebalan pada janin.

Di India, buah nya digunakan untuk membuat tonik rambut. Ia juga berfungsi sebagai racun serangga, antikulat. Biji benih boleh digunakan pada rambut untuk menghilangkan kutu. Selain itu, daun yang dilumatkan digunakan untuk merawat histeria dan jampi.

Buahnya turut dikatakan boleh merawat pedih luka akibat melecur kerana ia adalah penyejuk yang berkesan. Di samping itu, ia digunakan untuk rawatan ulser, disentri melalu ekstrak daun.

Mereka yang makan buah nona secara rutin amat kurang akan risiko mendapat serangan sakit jantung.

Merawat sawan

Meredakan demam panas

Cara 1

Secekak daun nona diramas dengan durian belanda dan sedikit beras di dalam air sejuk. Air ramasan dijaram di atas kepala dan hendaklah sentiasa dibasahkan sehingga demam beransur reda (Melaka).

Cara 2

Segenggam daun nona diramas di dalam air dan dijadikan mandian dia kali sehari pada waktu pagi dan petang sehingga sembuh (Kedah).

Cara 3

Lima atau tujuh helai setiap jenis daun nona, durian belanda, dan bunga raya putih diramas di dalam air dan dijadikan mandian sekali sehari sehingga sembuh (Perak, Negeri Sembilan).

Merawat sawan

Tujuh helai daun nona diramas di dalam air dan dijadikan mandian sekali sehari sehingga sembuh (Kedah).

Merawat gout

Segenggam daun nona diramas di dalam air dan dijadikan mandian dua kali.

Rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan

Akar buah nona diasah bersama-sama kemenyan dan ditambahkan dengan sedikit air. Sediaan diminum tiga atau empat kali sehari selama seminggu (Kelantan).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top