
UBAT SPORO KUCING
&
CARA MERAWAT
Ramai beranggapan ubat sporo kucing tidak ada atau jika ada pun mahal. Akibatnya ada yang sanggup matikan kucing yang terkena penyakit sporo. Tetapi percayalah ubat untuk penyakit ini ada dan kucing sporo boleh sembuh. Cara merawat kucing sporo mudah sahaja dan kos rawatan juga sangat murah.
Ubat kucing sporo PS Herbs
PS Herbs keluarkan tiga jenis ubat herba tradisional untuk merawat kucing sporo. Iaitu Spray F7, Krim S3 dan Serbuk FP1.
Cara Merawat Sporo kucing dengan ubat ps herbs
Langkah awal - kurung
Kurung dan asingkan daripada kucing lain. Jika dilepas bebas, rawatan lambat berkesan. Kaedah kurung juga penting, sila rujuk cara kurung kucing sporo.
Kudis basah dan berair


Jika kudis sporo basah dan berair, rawat dengan ubat Spray F7. Spray pada kudis satu atau dua kali sehari. Rapatkan moncong spray pada haiwan agar dia tidak terkejut atau takut.
Jika kudis berair berhampiran mata, spray di tempat berdekatan, kemudian gunakan putik kapas untuk letak ubat pada kudis.
Kudis pada kelopak mata
Guna Krim S3 jika kudis pada keliling kelopak mata atau dalam mata. Lumur atas kelopak mata dan sekitar satu atau dua kali sehari. Pastikan kucing tutup mata semasa sapu krim. Sapu nipis sahaja.


Kudis sporo dalam hidung
Gunakan krim S3 untuk jangkitan sporo dalam saluran pernafasan. Tanda-tandanya seperti kerap bersin, hidung bengkak atau isi terjonjol dalam lubang hidung. Rujuk simptom kucing sporo untuk maklumat lanjut.
Masukkan krim S3 ke dalam lubang hidung dengan tisu dapur (tisu keras), gulung kecil, sesuai dengan sais lubang hidung. Keluarkan dulu lendir dan kemudian masukkan krim. Sapu juga pada dan sekitar hidung. Rawatlah satu atau dua kali sehari.
Boleh juga spray ke dalam hidung dengan ubat F7. Tetapi kucing akan terkejut, tetapi tiada masalah.
Kudis dalam telinga
Jika ada kudis dalam telinga, spray dua hari sekali sahaja. Spray dua kali press ke dalam telinga dan usap pangkat telinga supaya ubat rata. Jangan pakaikan corong kepala jika letak ubat dalam telinga.
Nota:
Krim S3 dan Spray F7 boleh diguna serentak, tetapi bukan pada tempat yang sama. Tempat Spray tak perlu letak Krim. Begitu juga sebaliknya. Guna Spray F7 untuk tempat kudis sporo yang berair.
Cara guna Serbuk FP1
Penggunaan Serbuk FP1 adalah opsyenal (Tak mesti guna). Tujuannya ialah supaya kudis cepat berkuping. Disarankan pada kudis besar dan berair, tetapi boleh saja diguna untuk sebarang kudir berair.
Spray ubat F7 pada kudis, kemudian tabur serbuk. Apabila kudis sporo sudah kering, teruskan rawatan dengan spray F7 sahaja tanpa letak serbuk.


Jika letak Serbuk FP1 berdekatan mata, letak nipis sahaja. Pastikan kucing dipakaikan corong kepala untuk elakkan serbuk masuk mata.


Jika ada ulat
Ulat perlu dikeluarkan. Buang sendiri atau minta khidmat Doktor Veterinar. Ada ubat topikal yang dikatakan dapat keluarkan ulat, tetapi elok dapatkan pandangan Doktor.
Mengikut rekod kami, ada pengguna melaporkan ulat keluar selepas ubat Spray F7 dispray direk ke dalam lubang ulat. Namun ada yang kata tidak.
Keadaan semasa proses merawat sporo kucing
kelihatan seolah semakin serius
Dalam beberapa hari pertama rawatan dengan ubat sporo kucing PS Herbs, kudis sporo kelihatan seolah semakin teruk. Keadaan ini adalah normal dan kena teruskan rawatan. Kudis sporo akan beransur kering kemudian.
Bolehkah kucing jilat?
Ubat kucing sporo PS Herbs diperbuat daripada herba yang boleh dimakan. Jadi tidak perlu risau jika kucing jilat atau memakannya. Namun untuk lebih berkesan, elok pakaikan e-collar untuk beberapa jam selepas letak ubat. Tak pakaikan corong pun tidak apa, cuma lambat sikit sembuh.
berdarah kerana jilat atau garu
Kucing mungkin akan garu atau jilat pada kudis yang diletak ubat sehingga berdarah. Biasanya terjadi untuk beberapa hari pertama. Teruskan rawatan. Nanti kudis akan kering.
Bolehkah guna bersama ubat lain?
Ubat sporo kucing PS Herbs sahaja sudah cukup untuk merawat kucing sporo. Tidak perlu guna ubatan lain. Namun begitu, ubat tertentu boleh diberikan sebagai tambahan, khususnya jika jangkitan sudah tahap serius.
Ubat makan (oral)
Semua ubat sporo kucing jenis oral boleh diberi. Contohnya ubat itraconazole atau itrazole seperti inox, sporanox, ketaconazole atau ubat fungus yang lain.


Dos ubat makan
Ubat sporo kucing seperti itraconazole ada kesan sampingan yang serius, khusunys kerosakan pada hati. Ubat hati tidak menjamin tiada kerosakan. Oleh itu, jika nak guna bersama ubat PS Herbs, beri pada dos rendah.
Kami sarankan 7mg bagi setiap kilogram berat kucing dan diberi dua kali sehari. Sila rujuk panduan dos ubat iteraconazole bila guna bersama ubat PS Herbs. Jika nak beri ubat makan, berilah untuk tempoh sekurang-kurangnya satu bulan berterusan
Ubat hati
Ubat hati tidak diperlukan, dengan syarat ubat makan diberi mengikut dos yang disarankan. Jika atas sebab tertentu, ubat makan terpaksa diguna melebihi tempoh 3 bulan, maka ubat hati disarankan diberi.
Ubat topikal (luaran) lain
Jangan guna ubat PS Herbs bersama dengan ubat topikal lain. Misalnya pagi sapu cream antiseptik atau minyak goreng ikan, petang letak ubat PS Herbs.
Merawat kucing sporo hendaklah berterusan
Rawatan kucing sporo hendaklah berterusan tanpa henti. Tidak boleh cerlang-cerlut (off and on). Ini kerana fungus sporo sangat agresif dan sangat cepat tular jika putus ubat.
Tempoh rawatan kucing sporo
Mengikut rekod kami, purata tempoh rawatan kucing sporo dengan ubat PS Herbs sahaja, iaitu tanpa ubat lain, ialah antara 14 hingga 90 hari. Tempoh ini lebih singkat jika disekalikan dengan ubat sporo kucing jenis oral.
Mengikut kajian ilmiah, tempoh rawatan dengan ubat makan sahaja seperti inox atau sporanox ialah antara antara 4 hingga 9 bulan (Kajian yang dibuat di Brazil, seperti yang dilaporkan oleh Oxford Academic ). Ada juga mengatakan mengambil masa antara 4 hingga 12 bulan untuk sembuh.
Tempoh rawatan bergantung kepada tahap penyakit semasa rawatan dimulakan dan kekuatan imun haiwan. Sekiranya kebetulan kucing yang sakit sporo juga berpenyakit lain seperti fiv, Leukimia atau diabetik, maka peluang sembuh sangat kecil atau tidak sembuh.
Jika kucing sporo tak mahu makan
Kucing yang tidak mahu makan, perlu disuap makanan supaya tidak mati kelaparan. Kebiasannya kucing tidak makan kerana ada jangkitan dalam hidung sehingga hidungnya tersumbat. Jadi lendir hidung hendaklah dikeluarkan supaya ia mudah bernafas, terutama semasa makan.
Jangan suap makanan lembik seperti makanan dalam tin kerana takut lelangitnya tertutup dan dia kelemasan. Seeloknya beri ikan atau daging mentah segar yang dipotong kecil supaya kucing boleh terus telan.
Pantangan makan
Pelanggan kami yang guna ubat PS Herbs untuk merawat jangkitan sporo pada orang malaporkan bahawa ikan tongkol (ikan aya atau ikan tuna) dan ayam menyebabkan kudis menjadi marak. Jadi, sebagai langkah berjaga jaga, eloklah kedua-dua jenis makanan ini tidak diberikan sehinggalah kucing sembuh.
Bolehkah kucing sporo dimandikan
Boleh dimandikan tetapi jangan lama dan segera dikeringkan. Mandikan pada hari panas. Jika tidak kotor, tidak perlu mandikan. Ambil perhatian, jika kucing telah kurus, ada kemungkinan kucing akan kesejukan dan kejang sehingga boleh mati.
Bila Rawatan patut dihentikan
Rawatan hendaklah diteruskan sebulan lagi selepas sembuh klinikal bagi memastikan fungus benar-benar terhapus. Satu lagi cara untuk ketahui fungus telah tiada ialah dengan membuat ujian makmal.
Nota:
Sembuh klinikal bermaksud kudis kelihatan sudah sembuh sepenuhnya. Bulu sudah tumbuh dan kudis sudah tidak kelihatan.
Berminat jadi stokis PS Herbs? - Kami ada skim perniagaan menarik
