Mengapa Kucing Selalu Kena Penyakit Sporo

Banyak Pertanyaan Pasal Sakit Sporo Kucing

Saya sering ditanya tentang penyakit kucing sporo atau sprotrichosis. Antaranya soalan, tentang adakah kucing sahaja yang kena penyakit ini. Bolehkah penyakit sporo berjangkit kepada manusia. Bahayakah penyakit ini. Jadi saya tulis sikit tentang persoalan ini.  Mudah-mudahan bermanfaat.

Punca Penyakit

Penyakit sporo atau penyakit sporotrichosis adalah penyakit yang disebabkan oleh serangan fungus. Fungus ini adalah sejenis organisma seni. Nama dia “Sporothrix schenckii”. Penyakit yang disebabkan oleh fungus ini di panggil Sporotrichosis. Biasa orang panggil sakit sporo sahaja.

Macam mana boleh dijangkiti?

Fungus ini mudah berjangkit. Sebab organisma ini ada di mana-mana. Pada pokok, kayu atau rumput buruk. Bila kulit terguris atau terluka atau nelas disebabkan oleh gurisan objek yang ada fungus itu, jangkitan pun berlaku. 

Atau kulit yang sudah sedia  terbuka (luka atau terguris), bila kontak dengan fungus ini, maka jangkitan berlaku. Kontak boleh berlaku ditempat asal fungus atau kontak dengan haiwan yang telah dijangkiti. 

Cara jangkitan kepada haiwan atau manusia sama. Ada juga melalui pernafasan. Haiwan yang saling grooming boleh berjangkit jika kawan dia ada penyakit sporo.

Adakah kucing sahaja yang kena Penyakit ini?

Haiwan lain pun kena

Tidak. 

Bukan sahaja kucing, haiwan lain seperti anjing, tikus, lembu, kambing, burung dan lain-lain juga boleh dijangkiti. 

Manusia juga boleh dijangkiti.  

Mengapa Kucing Selalu Kena?

Senang kena kerana sifat semula jadi kucing.

  • Suka bergurau,
  • Suka berkeliaran dan merayau-rayau,
  • Berlari dan berkejar-kejaran
  • suka bergaduh, terutama kucing jantan mencari pasangan.
  • Saling grooming 

Cara jangkitan

Bergurau, berkejar-kejar atau memburu

Semasa bergurau, berkejaran atau memburu kulitnya mungkin terkoyak tersangkut duri/dahan tumbuhan. Kulit yang terkoyak terkontak objek yang ada fungus sporothrix schenckii. Ini memberi peluang kepada fungus tersebut memasuki badannya.

Bergaduh

Semasa bergaduh, kulitnya mungkin tersangkut duri/dahan tumbuhan, terkena cakaran dan gigitan. Jika kucing lawannya ada berpenyakit sporo, kemungkinan besar akan berjangkit kepadanya.

Penyakit sporo kucing juga boleh berlaku juga kucing bergaduh dengan kucing yang telah berpenyakit sporo

Berkawan atau saling grooming

Jika kucing sakit sporo dibiarkan bergaul dengan kucing lain, maka jangkitan boleh berlaku. Ini kerana tabiatnya saling grooming atau bersentuhan kulit yang terbuka/luka atau juga melalui pernafasan. Jika dibiarkan, mungkin seluruh kucing yang bersamanya akan dijangkiti.

kucing saling bersinggulan

Bolehkan penyakit sporo menjangkiti manusia?

Ya, penyakit sporo boleh menjangkiti manusia. 

Boleh melalui, cakaran atau gigitan haiwan yang telah dijangkiti.

Atau bila kulit terbuka kerana luka atau kudis tiba-tiba terkontak dengan objek atau haiwan yang ada fungus sporo. 

Boleh juga terkena jangkitan semasa berkebun atau menjalankan aktiviti harian. Tiada kaitan dengan haiwan.

Adakah penyakit sporo merbahaya

Ya. Penyakit ini merbahaya kepada manusia dan haiwan. Penyakit sporo bukan kudis biasa. Ia jenis sistemik. Iaitu menular keseleruh badan melalui saluran limforma. Boleh merosakkan anggota dalaman seperti hati, paru-paru dan lain-lain.

Sejauh mana bahayanya

Penyakit sporo boleh membawa maut kepada haiwan atau manusia jika tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

Scroll to Top