kudis sporo
pak haji sidek
Kudis sporo Pak Haji Sidek telah lama. Mulanya kecil sahaja pada jari. Sudah dapatkan rawatan klinik dan hospital tetapi tak sembuh. Semakin lama semakin banyak tumbuh berderet hingga lengan atas. Alhamadullillah, tak sampai sebulan rawat dengan ubat PS Herbs, terus sembuh.
Terjumpa secara tidak sengaja
Kebetulah di kaunter bayaran
Saya singgah makan di Restoran Salor, Kota Bharu. Semasa di kaunter bayaran, saya nampak orang sebelah saya berkudis di tangan. Kudis ini seakan kudis sporo yang saya kena empat tahun dulu.
Saya bertanya. Katanya, kudis sudah lama. Sudah cuba rawat, tapi tak sembuh sembuh. Selesai hal bayaran, kami ke meja untuk habiskan bualan.
Asal dapat penyakit
Pak Haji bercerita. Dia tidak tahu dari mana dapat kudis. Dia syak jangkitan kuman kerana sentiasa berkebun.
Saya tanya adakah beliau bela kucing. Katanya beberapa bulan lepas, ada kucing datang rumah. Dia tak pernah ada kucing, tapi sebab kucing ini manja, maka dia tertarik dan pelihara. Kucing tu ada kudis, tapi sikit sahaja.
Saya jangka, kudis sporo itu diperoleh samada melalui aktiviti berkebun atau daripada kucing.
Nota: Penyakit Sporo dinamakan juga rose gardener’s disease. Ini kerana ia sering jangkit kepada pekebun ros. Boleh lihat artikel ini.
keadaan sakit dan usaha rawatan
Keadaan kudis sporo Pak Haji
Kudis sporotrichosis Pak Haji Sidek sudah mula merebak. Biji-biji tumbuh berjujukan di bawah pada lengan. Keadaan kudis merupakan simptom penyakit sporo pada manusia. Kudis merebak melalui lymph nodes.
Penyakit jenis sistemik ini, jika dibiarkan boleh merebak ke anggota dalaman. Ia boleh datangkan kecacatan kekal atau boleh membawa maut. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.
Usaha rawatan
Sejak berkudis, Pak Haji sudah beberapa kali mendapatkan rawatan di klinik. Kerana kudis semakin melarat, pihak kelinik telah merujuk kes Pak Haji kepada klinik pakar kulit di HPPZ2 Kota Bharu. Tarikh temu janji kira-kira sebulan kemudian
Setuju cuba ubat PS Herbs
Pak Haji tanya, adakah boleh ubat PS Herbs diguna bersama ubat hospital bila doktor pakar beri ubat nanti. Saya beri kepastian bahawa tiada masalah. Beliau bersetuju. Saya tidak bawa ubat pada hari tu. Jadi kami bersetuju berjumpa kemudian.
Nota:
Mengikut pengalaman kami, biasanya doktor pakar akan beri ubat kulat itraconazole seperti inox atau sporanox untuk sakit sporo.PS Herbs
Jumpa kali kedua
Pada 14 Oktober 2019 kami berjumpa lagi.
Beliau ada beritahu, sudah dapat tarikh jumpa doktor pakar HPPZII. Beliau mahu kepastian bahawa ubat PS Herbs tak ganggu ubat hospital.
Saya beri ubat PS Herbs. Krim S3 dan Spray F7. Sekali lagi saya yakinkan Pak Haji bahawa ubat makan Hopital dan ubat PS Herbs tidak berlawan (clash) dan selamat.
Nota:
Ubat Spray F7 telah digantikan dengan ubat Spray H2. Densiti ubat lebih tinggi dan mengandungi bahan hilangkan parut kudis. Lebih sesuai untuk kegunaan manusia.PS Herbs
Keadaan kudis Pak Haji sidek sebelum rawat dengan PS Herbs
Semasa jumpa pada kali kedua ini, keadaan kudis sporo Pak Haji Sidek kelihatan semakin serius. Biji-biji pada tangan semakin besar dan bernanah. Selain itu, tumbuh biji di sepanjang lengan hingga celah ketiak. Sebahagian telah timbul dan sebahagian lagi masih dalam daging. Fungus sporo bergerak melalui nod limforma.
Kudis sporo Sembuh
Jumpa kali ketiga
Pada 20 Nov. iaitu 35 hari kemudian, kami terserempak di restoran yang sama. Wah, Pak Haji Sidik begitu gembira tunjukkan tangan sudah cantik. Kudis sporo sudah sembuh. Hanya tinggal sedikit parut sahaja lagi. Katanya, kudis sembuh tak sampai sebulan rawatan. Saya turut gembira.
Beliau beritahu, sudah jumpa doktor pakar. Doktor sahkan penyakit sporo dan mungkin jangkit daripada kucing. Doktor beri ubat intraconazole dan belum pun satu bulan makan ubat.
Doktor beritahu, rawatan ambil masa panjang. Setiap tiga bulan kena ke hospital untuk pereksa darah.
Cepat sembuh
Saya sangat gembira kudis Pak Haji cepat sembuh. Sangat menakjubkan kerana tak sampai sebulan sudah sembuh. Tambahan pula, Pak Haji sudah berumur 70an dan berpenyakit diabetes.
Kalau ikut kajian sains kedoktoran, tempoh rawatan dengan ubat fungus antara antara 3 hingga 12 bulan. Boleh rujuk laporan di sini untuk maklumat lanjut.
Nota:
Purata tempoh rawatan penyakit sporo dengan ubat PS Herbs ialah antara 14 hingga 90 hari. Purata rawatan dengan ubat oral sahaja seperti inox atau sporanox ialah 3 hingga 12 bulan. Jika serius, antara 6 hingga 12 bulan.
Jika rawat dengan ubat PS Herbs bersama ubat oral, tempoh rawatan jauh lebih singkat.PS Herbs
Kredit:
Terima kasih Tuan Haji Sidek kerana sudi berkongsi pengalaman dan benar kan kami upload ke media sosial PS Herbs. Semoga dapat manfaat.PS Herbs
Share