Pada 9 haribulan Mac 2019, Cik Nor Aini dari Jertih, Terengganu menghubungi kami. Beliau beritahu bahawa kucingnya yang bernama Uteh ada penyakit kudis fungus di tengkuk. Keadaan ini terjadi selepas melahirkan anak. Semenjak kena fungal infection, Badan Uteh juga semakin kurus. Kudis sentiasa berair dan berdarah bila digaru. Beliau telah bawa Uteh berjumpa Dr Veterinar dan Vet kata penyakit ini berpunca daripada alergi makanan.
Ubat untuk kudis fungus
Memandangkan jenis kudis ini adalah jenis Fungal Infection, maka kami mencadangkan ubat Spray F7. Oleh sebab kudis besar dan berair, maka kami menyarankan juga ubat Serbuk FP1. Tujuannya supaya kudis cepat kering dan berkuping.
Rawat dengan ikut panduan
Nor Aini memang berdisiplin. Sentiasa ikut cara rawatan walaupun dalam keraguan. Misalnya apabila kudis semakin besar pada beberapa hari pertama, beliau teruskan juga apabila diminta berbuat demikian. ( Nota: Ada pelanggan kami akan terperanjat dan tidak mahu teruskan rawatan bila hadapi situasi begini ).
Sememangnya, mengikut rekod dan pengalaman kami, kudis fungus kucing nampak kecil di luar, tetapi sebenarnya sudah serius di bawa kulit. Bila kena Spray dengan ubat spray F7, kudis akan timbul dan nampak seolah-olah semakin serius. Tetapi keadaan ini hanya sementara sahaja dan akan surut apabila rawatan diteruskan.
Kudis fungus sembuh
Kudis mula surut selepas seminggu rawatan. Selepas sebulan kudis kering sepenuhnya dan serbuk FP1 tidak perlu lagi digunakan. Rawatan hanya diteruskan dengan Spray F7 sekali sehari. Uteh sembuh selepas dua bulan lebih dirawat.
"Terima kasih Cik Nor Aini kerana memberi kebenaran kepada kami untuk masukkan pengalaman ini dalam webpage dan media sosial"