Belum sembuh betul, tapi telah buat laporan. Cik Zuraida seronok sangat-sangat. Apa tidaknya. Kucing kesayangan teruk kena Sporo (Sporotrichosis) yang boleh mebawa maut . Kini sudah sudah hampir sembuh. (Sila klik di sini untuk maklumat tentang penyakit kucing sporo)
Mengikut cerita Cik Zuraida, kucingnya bergaduh. Luka sikit sahaja. Letak ubat tapi tak sembuh. Mula-mula kecil sahaja. Kudis cepat merebak. Dalam masa tiga minggu sahaja kudis membesar dan kawasan infeksi semakin luas.
Beliau membawa jumpa Vet dan Vet mengesahkan sudah terkena jangkitan fungus sporo. Beliau berikan ubat makan jenis ubat fungus (intraconazole). Setelah seminggu, kudis semakin merebak. Nampak jelas di bahagian badan, pipi dan telinga.
Dalam pada risau keadaan kucing semakin teruk, beliau mendapat khabar tentang ubat keluaran PS HERBS. Tanpa lengah, pada 15 Jan 2018, beliau menghubungi wakil PS Herbs, Rdila Zeete.
Setelah mendapat keterangan daripada PS HERBS, beliau terus membuat pesanan. Ubat yang dipesan ialah Cecair spray F7 dan Serbuk anti bakteria/anti fungus. Serbuk ini sesuai digunakan bersama F7 sekiranya kudis besar dan berair.
Ubat segera dihantar dari Kota Bharu, Kelantan ke Kluang, Johor dengan Pos Laju. Ubat sampai pada 18 Jan 2018. Tanpa lengah, beliau terus guna sebagaimana panduan. Meletakkan serbuk dan spray F7. Di samping itu, ubat makan juga diteruskan.
Setelah sebulan membuat rawatan. Beliau membuat laporan gembira. Kudis sudah hampir sembuh. Sambil membuat pesanan tambahan ubat serbuk anti fungus.
Pengajaran daripada kes:
- Kudis sporo sangat cepat merebak.
- Bersegera rawat, peluang sembuh lebih cerah.
- Semakin cepat tindakan rawatan, semakin cepat sembuh.
- Cecair Spray F7, Serbuk dan ubat makan boleh digunakan bersama.
- Semakin singkat tempoh rawatan, semakin kecil kesan sampinan ubat makan.
- Lazimnya, ramai yang berpendapat kucing sporo tidak boleh diubati. Kini BOLEH!
- Tindakan segera menjimatkan kos. Berapa Kos Rawatan ?:
- Cecair F7 RM35.00,
- Serbuk RM7.00.
- Ubat makan RM45.00 (RM1.50 sehari untuk sebulan. Saya anggar, berasaskan jenama ubat yang digunakan).
- Total: RM87.
Tambah kos untuk satu bulan lagi sebab rawatan ssporo perlu diteruskan sekurang kurangnya satu bulan selepas sembuh.
** Kos rawatan sporo dengan kaedah ubat fungus makan sangat mahal. Mencecah ribuan ringgit. Ini yang menyebabkan ramai pemilik kucing tidak berupaya menanggungnya. Misalnya kos yang ditanggung oleh Sri Herdawati merawat Jack, kucing kesayangannya. Klik di sini untuk ikuti kisahnya.
Kepada sesiapa yang ingin merawat sendiri kucing seporo, boleh merujuk di sini untuk panduan asas. Rujuk Vet untuk mendapat menjelasan lanjut.