Penyakit sporo pada hidung muka dan telinga kucing

Jack Kucing Kurap Terbuang

Suatu hari di satu pasar di Kuala Terengganu, ada seekor kucing yang sakit teruk tidak berdaya. Manusia yang tidak ada perasaan belas kasihan menyepaknya apabila kucing yang kotor dan berkudis mendekati.

Kucing mendekati manusia yang berada di pasar itu barangkali ingin meminta belas kasihan. Atau barangkali meminta makanan. Mungkin juga dia dahulunya seekor kucing yang manja, masih teringat akan kehidupan semasa sihatnya. Dimanja dan disayangi tuan. Dia yang tidak menyedari bahawa dia sudah terbuang, masih ingin bermanja dengan manusia. Tidak diketahuinya bahawa manusia bukan semuanya sama.

Insan Penyayang

Takdirnya, ada seorang insan penyayang, Seri Herdawati namanya, lalu di situ. Dia belas melihat anak kucing itu disepak sebegitu rupa. Atas sifatnya yang sayang dan cintakan kucing, tidak dipandangnya rupanya ketika itu. Kotornya ketika itu. Dan kudis yang tidak akan sudinya insan biasa menyentuhnya. Diambilnya bulus kecil daif yang kotor dan berpenyakit itu dan di bawa balik ke rumah. Sikecil terus diberi nama. Jack namanya. Entah bagaimana nama Jack boleh timbul pun tak tahu. Mungkin kerana sudah kehabisan nama untuk dipilih. Maklumlah Seri sudah ada banyak kucing yang diselamatkannya dan diberikan nama.

Memandangkan penyakit Jack yang berbahaya. Penyakit Sporo peringkat lanjutan (tahap 4), Seri membawanya ke klinik veterinar. Sebulan di situ. Jack tidak juga ada perubahan kecuali Bil. Dan bil penyelesaian Jack di klinik lebih daripada RM1300. Besar jugalah ukuran orang biasa. Vet menyarankan agar Jack ditidurkan (bahasa lembut untuk dimatikan). Ini kerana harapan untuk sembuh sangat tipis. Lagipun kos rawatannya amat mahal. Tetapi Seri degil. Dia degil untuk terima Jacknya mati. Dia mengambil dan membawa Jack ke rumah. Macam mana pun dia mahu cuba selamatkan Jack.

Pengguna Awal Spray F7

Artikel ini saya tulis pada Mohd Amin 17 Mei 2017. Inilah kucing pertama dirawat dengan ubat Spray F7 kes sporo di luar daripada Kelantan. Pada masa itu, ubat ini masih belum ada label.

Sebelum Jack, ada seorang pemilik kucing dari Tangkak, Johor yang bernama En Zaidi menggunakan ubat Spray F7. En. Zaidi gunakan ubat F7 untuk kucingnya yang kena jangkitan bakteria. Kucingnya sembuh selepas dua minggu.

Kedua-dua kes ini telah menjadi inspirasi kuat untuk saya terus berusaha membuat ubat herba.
Mohd Amin
Founder PS Herbs

Ubat Dicari

Nun, di Kota Bharu, Mohd Amin Abdullah sedang mereka cipta ubat untuk penyakit haiwan dengan menggunakan herba yang ada di sekitar kota bharu. Sudah berbulan juga diusahakan. Akhirnya ditemui penawar penyakit kulit haiwan. Setelah diyakini ubat ini berkesan, maka ditubuhkan syarikat untuk menguruskan ubat ini. Nama syarikat ini, PS HERBS. Memberi tumpuan kepada penyembuhan penyakit melalui bahan bahan alami (natural).

Mencari cari orang yng sanggup untuk mencubanya. Tersiar hal Jack, si kecil malang di Kuala TErengganu di dalam FB. Muatan naik oleh Seri Herdawati. Atas rasa ingin membantu dan membuktikan ubat herba sememangnya berkesan, maka PS Herbs pun menghantar melalui pos satu botol ubat herba. Nama ubat ini F7.

Kreativiti

Seri Herdawati, memang kreatif. Dia tahu bahawa penyakit Jack sudah sampai tahap kritikal. Lazimnya bila penyakit ini sudah sampai tahap ini, fungus sporo memang sudah sampai ke organ dalaman. Dia mengambil keputusan untuk memberi jack Ubat untuk menjaga hatinya (sebelum ini pun Jack telah diberi pelbagai ubat semasa satu bulan berada di ward Veterina) dan dalam masa yang sama menyembur (spray) ubat F7 PS Herbs yang diterimanya. 

 

Begitu Takdirnya

Dengan takdir Allah, keajaiban sudah berlaku. Selepas sebulan, Jack sudah hampir sembuh. Daripada keadaan tahap yang memang sudah tidak ada harapan dan menjadi boleh hampir sembuh sepenuhnya dalam masa sebulan adalah sesuatu yang menakjubkan. Kerana penyakit sporo yang pada tahap ini, lazimnya enam bulan pun belum boleh baik lagi. Belanjanya pun besar. Sebab itu lazimnya dinasihati supaya di PTS (Put To Sleep sahaja).

Begitu kuat Jack berkeinginan untuk terus hidup. Mungkin kerana namanya hampir serupa dengan Jack Sparrow watak movie yang terkenal kuat semangatnya :-). Apa pun dia telah mengembirakan Emak Angkat nya. Dan mungkin menimbulkan penyesalan kepada Emak Kandung yang membuangnya atas sebab penyakitnya itu. Kini Seri Herdawati tidak sabar sabar menunggu Jack sihat sepenuhnya. Ingin sekali dia melihat Jack berlari lari bebas lepas.

Apapun, hal kisah Jack ini menambahkan inspirasi kepada PS Herbs untuk terus mengkaji dan mengeluarkan ubatan berdasarkan herba. Menggunakan anugerah Allah sebaik mungkin untuk dimanfaati oleh manusia dan haiwan

Scroll to Top