Gelang pasir

Tumbuhan ini sering dianggap sebagai rumpai, tetapi dalam banyak budaya ia digunakan sebagai sumber makanan dan perubatan tradisional. Gelang pasir kaya dengan pelbagai nutrien penting seperti asid lemak omega-3, vitamin A, C, dan E, serta mineral seperti magnesium dan zat besi. Selain itu, ia juga mengandungi sebatian bioaktif seperti flavonoid dan alkaloid yang memberikan manfaat kesihatan. Dengan sejarah penggunaan yang luas, pokok ini semakin mendapat perhatian dalam kajian saintifik moden untuk potensi perubatannya.

Klasifikasi

Family :  Portulacaceae

Genus Portulaca

Species : Oleracea

Nama Saintifik

Portulaca oleracea

Nama lain

Rumput beremi, segan jantan, hemilang

habitat

Pokok gelang pasir mudah menyesuaikan diri dan boleh ditemui di tanah berpasir dan lapang. Turut tumbuh di padang terbiar dan tepi jalan.

sifat

Merupakan tumbuhan herba yang tumbuh secara menjalar dan rendah. Biasanya tumbuh sekitar 10-30 cm tinggi dan boleh merayap sehingga 50 cm panjang

Batangnya lembut, berair, dan berdaging dengan tekstur yang licin. Berwarna hijau kemerahan bergantung kepada persekitaran. Batang bersifat menjalar dan bercabang dari pangkal, membentuk kelompok padat di atas tanah

Daunnya berbentuk bujur hingga bulat telur dengan hujung tumpul. Susunan daun bertentangan di hujung batang. Berwarna hijau terang dan tebal untuk menyimpan air.

Bunganya berbentuk kecil dan bewarna kuning. ia muncul di hujung batang atau di celah-celah dah. Ia mempunyai akar serabut yang pendek tetapi kuat, membolehkannya tumbuh subur di kawasan yang kurang subur

cara pembiakan

Akar dan keratan batang

 

Gelang pasir turut digunakan untuk rawatan kulit seperti ekzema
gelang pasir mempunyai manfaat dalam perubatan tradisional

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian moden telah membuktikan bahawa pokok gelang pasir mengandungi pelbagai sebatian aktif dengan manfaat kesihatan yang signifikan. Flavonoid dan polisakarida yang terdapat dalam tumbuhan ini menunjukkan kesan antioksidan yang kuat, membantu mengurangkan tekanan oksidatif dalam badan.

Kajian yang diterbitkan dalam Journal of Ethnopharmacology, ekstrak pokok gelang pasir menunjukkan aktiviti antioksidan yang tinggi, membantu melindungi sel daripada kerosakan akibat radikal bebas.

Dalam laporan lain pula melaporkan bahawa ekstrak polisakarida dari tumbuhan ini berupaya meningkatkan daya ketahanan tubuh dengan merangsang aktiviti sel imun.

Satu kajian di China juga mendapati bahawa ia mempunyai kesan antidiabetik yang ketara, di mana ekstraknya membantu mengurangkan kadar glukosa dalam darah dan meningkatkan sensitiviti insulin.

Penyelidikan makmal mendapati bahawa ekstrak metanolnya menunjukkan aktiviti antibakteria terhadap Escherichia coli dan Staphylococcus aureus, menjadikannya berpotensi sebagai rawatan alternatif bagi jangkitan bakteria.

Tambahan pula, kajian haiwan menunjukkan bahawa ekstrak pokok gelang pasir mempunyai sifat anti-radang yang berkesan, membantu mengurangkan bengkak dan kesakitan melalui penghambatan laluan isyarat pro-radang dalam sel. Kesemua bukti ini menyokong potensi pokok gelang pasir sebagai sumber perubatan semula jadi yang penting.

Ingredien Aktif

Pokok gelang pasir mengandungi sebatian bioaktif seperti flavonoid, alkaloid, polisakarida, dan asid lemak omega-3. Selain itu, ia juga kaya dengan antioksidan, vitamin A, C, dan E, serta mineral seperti magnesium dan zat besi.

Farmakologi Tradisional Gelang Pasir

Dalam perubatan tradisional, pokok gelang pasir telah digunakan sejak berabad-abad lamanya untuk pelbagai rawatan kesihatan. Manakala negara China, ia sering digunakan untuk meredakan demam, merawat cirit-birit, serta mengatasi masalah keradangan

Ia menjadi sebahagian daripada rawatan Ayurveda untuk menyejukkan badan dan meningkatkan kesihatan pencernaan. Di Timur Tengah pula, tumbuhan ini digunakan sebagai tonik untuk meningkatkan tenaga dan menguatkan sistem imun.

Daun dan batang gelang pasir yang kaya dengan lendir digunakan untuk meredakan iritasi dalam saluran pencernaan serta merawat luka dan gigitan serangga.

Air rebusan daunnya pula diamalkan sebagai minuman untuk membantu penghadaman dan menurunkan tekanan darah. Selain itu, sapuan daun yang ditumbuk dipercayai dapat membantu dalam penyembuhan luka dan bengkak.

Cara guna (perubatan traditional)

Mengawal kandungan gula dalam darah

Ambil 2 genggam daun dan batang gelang pasir. Rebus dengan 1 liter air sehingga tinggal separuh. Minum secawan sehari

Mencuci mata

Air rebusan boleh digunakan untuk mencuci mata yang merah atau mengalami iritasi. Pastikan air telah ditapis bersih dan disejukkan terlebih dahulu sebelum digunakan

Merawat kesan gigitan serangga

Daun dan batang ditumbuk sehingga lumat dan ditampal terus di bahagian terkena gigitan serangga

Rawatan luka dan ruam

Daun dan batang ditumbuk hingga lumat dan ditampal pada bahagian luka dan ruam

Mandian herba untuk penyakit kulit

Untuk merawat ruam, ekzema dan kurap, boleh gunakan air rebusan gelang pasir. Rebus secekak daun dan batang dalam 3 liter air. Gunakan air rebusan ini untuk mandian atau merendam kaki bagi melegakan kegatalan kulit

Teh Herba

Daun dan batang dikeringkan dan dijadikan teh herba. Ambil satu sudu besar daun kering dan rendam dalam air panas selama 10 minit. Minum untuk kesihatan hati, buah pinggang dan tekanan darah tinggi.

Kesan sampingan

Pengambilan dalam jumlah sederhana adalah selamat, tetapi penggunaan berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit atau ketidakselesaan perut. Wanita hamil tidak digalakkan mengambil secara berlebihan kerana ia boleh merangsang kontraksi rahim.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top