Daun Moringa

Bau daunnya agak busuk. Moringa digunakan sebagai penambah zat bagi masalah kekurangan vitamin, terutamanya kepada ibu hamil dan ibu yang menyusukan bayi. Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A.

Selain itu, minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.

Klasifikasi

Family :  Moringaceae

Genus : Moringa

Species : M.Oleifera

Nama Saintifik

Moringa M. oleifera

Nama lain

Pokok kelur, merunggai, rambungai, rembungai, lemunggai, moringa, pokok benzoil

habitat

Pokok ini berasal dari bahagian selatan kaki pergunungan Himalaya barat laut India, namun sudah biasa tumbuh di kawasan tropika dan separa tropika.

sifat

Merupakan pokok cepat tumbuh boleh mencapai ketinggian 10-12 m manakala batangnya boleh mencapai diameter 45 cm. Kulit batang pokok kelor mempunyai warna yang putih-kelabu dan dikelilingi oleh gabus tebal. Pucuk muda mempunyai kulit keunguan kehijauan-putih, berbulu.

Pokok ini memiliki silara luas dan merundup, dahan rapuh dan dedaun yang ringan tiga sekelompok tripinnat. Pokok ini tumbuh dengan dedaun yang begitu lebat..

Bunganya wangi dan dwijenis dikelilingi oleh lima kelopak kuning-putih tidak sama rata, dengan urat yang sedikit. Bunganya sekitar 1-1.5 cm panjang dan 2.0 cm lebar. Ia tumbuh di batang berbulu halus dalam kelompok tersebar atau merundup dengan kelompok bunga yang mempunyai panjang 10-25 cm.

Buahnya muncul dalam lenggai bertantung, kapsul perang tiga segi dengan saiz 20-45, setiap kapsul mampu memuatkan benih bulat sekitar 1 cm. Tiga biji benih di dalamnya mempunyai sayap nipis putih dan disebarkan oleh angin dan air.

cara pembiakan

Batang dan akar


Daun moringa bagus untuk kesihatan mata

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian terkini mendapati moringa mempunyai kandungan nutrisi yang tinggi. Bahagian yang paling berkhasiat pada pokok moringa adalah daunnya. Daun moringa kaya dengan vitamin B, vitamin C dan provitamin A.

Moringa mengandungi antioksidan yang dipanggil flavonoid, polyfenols, dan asid ascorbik dalam daun, bunga, dan benih. Antioksidan dapat melawan radikal bebas dan molekul yang menyebabkan tekanan oksidatif, kerosakan sel atau keradangan.

Dalam daun dan bunga moringa, kajian menunjukkan ia mengandungi kepekatan polyfenols yang tinggi. Ia berfungsi melindungi hati daripada pengoksidaan, keracunan, dan kerosakan. Minyak moringa juga boleh memulihkan enzim hati kepada tahap normal, mengurangkan tekanan oksidatif serta meningkatkan kandungan protein dalam hati.

Kandungan vitamin E dan vitamin C dapat melawan pengoksidaan yang membawa kepada kemerosotan neuron. Ia juga mampu menstabilkan neurotransmitters serotonin, dopamine dan noradrenalin dalam otak manusia.

Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.

Beberapa penelitian menunjukkan bahawa makan  daun kelor dapat membantu mengurangi gejala menopause seperti hot flashes dan gangguan tidur. Kandungan kalsium dan fosfor dalam daun kelor baik untuk  kesihatan tulang, membantu mencegah osteoporosis dan menjaga kepadatan tulang.

Serat dalam daun  moringa baik untuk kesihatan saluran pencernaan dengan melancarkan pencernaan dan mencegah sembelit. Kandungan anti-inflamasi dalam daun moringa dapat membantu mengurangi peradangan dan gejala arthritis.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti flavanoids, asid askorbik, vitamin B, vitamin C, polyfenols.

Farmakologi Tradisional Moringa

Daun ini membantu meningkatkan metabolisma dan membakar lemak dalam tubuh. Ia juga memberikan rasa kenyang yang lebih lama, membantu mengawal nafsu makan berlebih

Ia membantu menjaga penglihatan yang tajam dan melindungi mata daripada kerosakan yang disebabkan oleh faktor-faktor luaran.

Di Malaysia, daun moringga memberikan manfaat yang besar kepada mereka yang menghadapi masalah kawalan gula darah. Ia membantu mengawal tahap gula darah dengan mengurangkan penyerapan glukosa dalam tubuh.

Selain itu, kandungan nutrien dan sifat anti-bakteria yang terdapat dalam daun ini membantu mempercepat proses penyembuhan luka. Ia juga membantu mengurangkan jangkitan dan meningkatkan pertumbuhan tisu baru. Dengan menggunakan daun moringga sebagai rawatan semulajadi, ia dapat memastikan pemulihan yang lebih cepat dan kesan sampingan yang minima.

Masyarakat melayu menggunakan daun moringa untuk membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu selepas melahirkan anak.

Cara guna (perubatan traditional)

Mengawal kandungan gula dalam darah

Mengawal kandungan gula dalam darah

Mencuci mata

Ambil beberapa lembar daun moringa, lalu cuci dengan air mengalir. Panaskan sekitar 600 ml air hingga mendidih. Masukkan daun kelor yang telah dicuci ke dalam air mendidih. Rebus selama lebih kurang 15 minit. Keluarkan daun moringa dari air rebusan. Tunggu hingga air menjadi sejuk. Air rabusan disapu di bahagian mata.

Penjagaan kesihatan

Daun Moringa dicuci dan dibersihkan.  Jemur di udara terbuka. Daun Moringga yang kering dikisar tanpa ditambahkan air daun yang sudah kering dengan cara diblender.  Ambil 1–2 sudu teh daun moringa dan masukkan ke dalam gelas atau cangkir. Campur dengan air panas, lalu tambahkan madu untuk diminum.

Rawatan luka

Secawan daun segar moringa ditumbuk dan dilumatkan sehingga menjadi hancur. Ia kemudiannya ditampal di bahagian yang mengalami luka. Ia turut boleh digunakan bersama sama dengan serbuk kunyit.

Mengawal berat badan

Pilih  daun kelor yang segar dan muda. Kemudian rendam dan cuci sehingga bersih. Jemur daun tersebut sehingga kering.  Didihkan 1 liter air dalam periuk. Masukkan dua senduk kering ke dalam periuk. Rebuskannya selama lebih kurang 5 minit. Tapiskan air rebusan tadi ke dalam gelas dan di minum.

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Wikipedia

Dusun tua.com

Medical news

Scroll to Top