Pokok Herba

articles about plants that have or potential medicinal values for reference.

Pokok Cempaka

Sekiranya di sesuatu kawasan menghasilkan bau wangi yang kuat, ini lah pokoknya. Pokok cempaka memiliki kandungan bahan yang boleh dijadikan sebagai wangian. Bunganya dijadikan sebagai mandian bagi tujuan kesegaran badan..

Pokok Cempaka Baca selanjutnya»

Bunga cempaka mempunyai bau wangi yang kuat

Pokok Asam Gelugor

Agak susah untuk tidak mengenali pokok asam gelugor kerana ia sering digunakan dalam banyak sajian masakan. Rasanya sedikit masam dan kandungan bagi khasiatnya sangat bagus untuk meredakan demam, meredakan sakit kepala dan merawat sakit kulit

Pokok Asam Gelugor Baca selanjutnya»

Asam gelugor juga dikenali sebagai asam kandis

Pokok Ribu-Ribu

Pokok ribu-ribu sejenis paku pakis di mana ia tumbuh melilit di pokok yang lain. Banyak penemuan hasil kajian menunjukkan ia boleh digunakan untuk merawat luka, masalah eczema dan juga untuk mengatasi masalah kesuburun. Ia turut mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mana pokok ribu-ribu sering digunakan untuk menghasilkan produk anyaman kraftangan.

Pokok Ribu-Ribu Baca selanjutnya»

Pokok ribu-ribu mempunyai nilai ekonomi dan juga perubatan

Pokok Rempah Padang

Rempah padang sejenis pokok yang sangat mudah dikenali kerana ia mempunyai bunga yang menarik. Ia biasanya tumbuh dicelah-celah rumput. Juga dikenali sebagai jarum mas. Pokoknya renek dan berbatang lembut. Sering digunakan dalam rawatan awal secara tradisional bagi melegakan sakit perut, sakit kepala, merawat buasir.

Pokok Rempah Padang Baca selanjutnya»

Pokok rempah padang mudah tumbuh dicelah-celah kawasan rumput

Pokok Kari

Pokok kari sangat sinonim dalam masakan terutamanya masyarakat India. Penggunaannya turut mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang kerana kajian membuktikan pokok kari mempunyai banyak khasiat antaranya sebagai tonik, merawat sakit perut dan muntah.

Pokok Kari Baca selanjutnya»

Daun pokok kari banyak digunakan dalam masakan

Pokok Tahi Ayam

Nama pokoknya sahaja sudah unik didengari iaitu pokok tahi ayam dan ditambah dengan khasiat yang diperolehi dari penggunaannya menjadikan pokok ini berharga dalam rawatan tradisional. Antaranya ialah mengawal tekanan darah rendah dan melegakan sakit urat.

Pokok Tahi Ayam Baca selanjutnya»

Pokok bunga tahi ayam yang ditanam

Pokok Bismillah

Pokok Bismillah mempunyai kemampuan yang tinggi bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan juga aras gula. Ia juga dikenali sebagai pokok sabung nyawa di kalangan masyrakat tempatan. Pokok ini sangat pahit dan lebih sesuai diproses bagi mengurangkan kepahitannya.

Pokok Bismillah Baca selanjutnya»

Pokok Bismillah menjadi pilihan dalam perubatan tradisional

Pokok Bidara

Buah bidara kelihatan seperti buah epal cuma ianya bersaiz lebih kecil. Buah bidara terkenal di kalangan buah tempatan yang mempunyai banyak khasiat. Buah bidara tidak mempunyai lemak dan kandungan serat yang tinggi sangat sesuai bagi mereka yang sedang diet.

Pokok Bidara Baca selanjutnya»

Buah pokok bidara

Pokok Pecah Beling

Pokok pecah beling mudah dikenali di mana daunnya menghasilkan bunyi seperti kaca pecah apabila dihancurkan. Pokok ini digunakan dalam rawatan anti kanser dan juga bagi mencegah pembentukan kanser. Ia juga bersifat anti diabetik. Pokok pecah kaca banyak digunakan dalam rawatan tradisional yang lain seperti melegakan sakit sendi dan banyak lagi.

Pokok Pecah Beling Baca selanjutnya»

Pokok pecah beling

Pokok Bayam Duri

Pokok yang banyak menjadi pilihan dalam perubatan oleh pengamal perubatan tradisional. Pokok bayam duri juga mempunyai bahan aktif yang banyak bagi tujuan rawatan antimikrobial, anti oksidan, anti diabetik dan banyak lagi. Pokok bayam duri jarang diberi perhatian oleh masyarakat umum Malaysia kerana ia tumbuh melata di pelbagai kawasan dan tetapi di luar negara, ia mempunyai nilai yang tinggi bagi tujuan rawatan.

Pokok Bayam Duri Baca selanjutnya»

Scroll to Top