Pokok Herba

articles about plants that have or potential medicinal values for reference.

Pokok Subang Nenek

Pokok subang nenek merupakan tumbuhan herba yang sangat bagus untuk rawatan bagi sakit gigi. Ia mampu meredakan sakit disebabkan oleh rasa kebas yang dihasilkan melalu bahagian bunga nya. Ia diletakkan di bahagian gigi yang bermasalah untuk mengurangkan rasa sakit. Di Malaysia, ia turut dgunakan untuk merawat sakit perut, ulser mulut dan juga sakit tekak. Herba ini mempunyai aktiviti teraputik seperti anti microbial dan anti oksidan yang baik. Biasanya

Pokok Subang Nenek Baca selanjutnya»

subang nenek sesuai untuk merawat sakit gigi

Pokok Asin-Asin

Pokok ini bukan asing di kalangan penggemar makanan melayu. Ia sering dijadikan sebagai sajian dalam hidangan. Pokok asin-asin juga mengandungi pelbagai kandungan yang baik untuk kesihatan antaranya ialah provitamin A karetinoid. Kandungan ini dapat diperolehi melalui daun yang baru dipetik dan masih segar. Berdasarkan hasil kajian, semakin tua usia daun asin-asin, semakin tinggi kandungan nutrient yang bagus untuk kesihatan

Pokok Asin-Asin Baca selanjutnya»

Pucuk asin-asin sering digunakan dalam masakan

Pokok Jambu Air

Pokok jambu air sangat sinonim antara buah yang digemari oleh pelbagai lapisan masyarakat. Tidak banyak yang diketahui tentang manfaat buah ini. Akan tetapi, masyarakat percaya yang buah jambu air sangat bagus bagi menjaga kesihatan gusi dan gigi, mencegah strok, mengatasi radang, meningkatkan imun badan, mengawal berat badan. Ia juga mampu mengurangkan risiko penyakit kanser dan juga jantung.

Pokok Jambu Air Baca selanjutnya»

Buah jambu air mempunyai khasiat serat yang sangat baik

Pokok Bunga Cina

Mempunyai bunga yang cantik dan juga berbau harum. Sering digunakan sebagai wangian. Setiap bahagian pokok bunga Cina ini mempunyai banyak kegunaan. Daunnya jika dihancurkan dikatakan boleh ditampal pada kepala untuk merawat sakit kepala. Daun ini juga dikatakan boleh ditampal pada buah dada yang bengkak. Bagi merawat demam panas pula, bolehlah mencuba merebus daun dan akarnya.

Pokok Bunga Cina Baca selanjutnya»

Pokok bunga cina mempunyai warna bunga yang menarik dan cantik

Pokok Petai

Sering tergantung dan dijual di tepi jalan. Pokok petai sinonim sebagai hidangan ulam dalam masyarakat melayu. Adakalanya, ia disediakan dalam bentuk jeruk kerana ia mampu disimpan untuk tempoh yang lama. Ia dimakan samada mentah atau rebus. Akan tetapi, senarionya buah ini menghasilkan bau yang kurang menyenangkan kerana ia agak busuk dan menyebabkan seseorang menjadi tidak selesa.

Pokok Petai Baca selanjutnya»

pokok petai sejenis pokok bermusim

Pokok Gandarusa

Sering dijadikan sebagai tumbuhan hiasan. Pokok Gandarusa juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan herba yang tersendiri. Antaranya ialah ia dikatakan dapat merawat bengkak yang terseliuh, merawat cacing, kembung perut dan muntah. Cara merawat kembung perut ialah daunnya dihancurkan bersama asam limau dan ditampalkan pada perut. Selain itu, ia turut digunakan untuk merawat lumpuh dan melegakan lenguh badan.

Pokok Gandarusa Baca selanjutnya»

pokok gandarusa digunakan untuk merawat cacing

Pokok Kapal Terbang

Pokok kapal terbang biasanya digunakan secara luaran sahaja bagi rawatan tradisional. Antaranya untuk merawat kayap, kudis, mengurangkan jerawat dan banyak lagi. Banyak yang percaya daun ini mampu untuk mengawal kencing manis dan juga mengawal tekanan darah tinggi. Akan tetapi, ia masih belum disokong oleh kajian secara saintifik kerana dipercayai daun ini boleh mendatangkan mual dan pening kepala sekiranya diambil secara oral dan berlebihan.

Pokok Kapal Terbang Baca selanjutnya»

pokok kapal terbang mudah ditemui di kawasan rendah

Pokok Dedukung Anak

Pokok dedukung anak hampir menyerupai daun semalu melainkan ciri daunnya berwarna hijau keseluruhan. Manakala daun semalu berwarna merah kehijauan. Banyak negara di Asia menggunakan pokok ini sebagai sumber rawatan alternatf seperti negara Taiwan, Brunei, Thailand dan banyak lagi. Ia menunjukkan dedukung anak mempunyai nilai teraputik yang tinggi. Antaranya ialah untuk melegakan demam, meredakan bengkak, merawat sakit mata dan juga mengawal tekanan darah tinggi.

Pokok Dedukung Anak Baca selanjutnya»

Pokok dedukung anak hampir menyamai pokok daun semalu

Pokok Halia Bara

Rizom pokok halia bara sering menjadi pilihan dalam masyarakat umum untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Antara kegunaannya ialah untuk melegakan lenguh badan, mengurangkan sakit sendi, membuang angin di dalam badan. Ia juga dikatakan mampu untuk mengawal tekanan darah tinggi di dalam badan. Pokok halia bara agak berbeza dengan halia yang sering digunakan dalam masakan. Ia mempunyai rizom yang agak kemerahan.

Pokok Halia Bara Baca selanjutnya»

Pokok Halia bara menjadi tanaman seri di kawasan perumahan

Temu Lawak

Sekali pandang, daun temu lawak boleh tertukar dengan daun kunyit. Hampir sama. Baunya agak wangi pada keseluruhan bahagian terutama rizomnya. Ia sangat popular dalam industri kosmetik dengan kebanyakan produk kecantikan banyak menggunakan kandungan temu lawak sebagai bahan utamanya. Initipatinya mampu melambatkan proses penuaan. Permintaan terhadap temu lawak masih kekal tinggi sehingga ke hari ini.

Temu Lawak Baca selanjutnya»

Daun temu lawak hampir menyamai dengan pokok kunyit

Pokok Serai Kayu

Dalam norma masyarakat Melayu, mereka gemar menggunakan pucuk pokok untuk dijadikan hidangan dalam makanan. Pokok serai kayu salah satu daripadnya. Ia digunakan dalam penyediaan nasi kerabu. Dalam menentukan khasiat tumbuhan ini, ia tidaklah susah kerana lazimnya pokok ini dipercayai mampu mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Pokok Serai Kayu Baca selanjutnya»

pucuk serai kayu sangat lembut

Pokok Tebu Hitam

Gula proses yang dihasilkan industri mempunyai banyak keburukan. Satu daripada ialah kencing manis. Akan tetapi gula yang diperolehi daripada tebu hitam dikatakan mampu mengawal aras glukosa di dalam badan. Ia juga mampu untuk mengawal tekanan darah rendah. Masyarakat melayu suka menanam tebu hitam kerana ianya mampu menjana sumber ekonomi kerana permintaan yang tinggi.

Pokok Tebu Hitam Baca selanjutnya»

banyak khasiat tebu hitam antaranya mengawal tekanan darah rendah
Scroll to Top