Pokok Herba

articles about plants that have or potential medicinal values for reference.

Bunga Telang

Bunganya berwarna biru gelap. Selalunya dijadikan pewarna dalam masakan. Bunga telang digunakan sebagai bahan untuk membuat nasi kerabu ini sebenarnya mempunyai banyak manfaat terhadap kesihatan. Malah, pakar juga mengakui tentang khasiatnya dalam mengawal penyakit kencing manis. Ia turut digunakan untuk menghitamkan rambut, menjaga kesihatan mata dan mengurangkan jerawat

Bunga Telang Baca selanjutnya»

Bunga telang selalu digunakan dalam makanan seperti nasi kerabu

Timun

Timun sering dijadikan sebagai ulam dalam makanan biasanya dimakan bersama sambal untuk menambahkan selera. Ia juga boleh dibuat jus. Jika diminum ketika cuaca panas, pastinya ia satu nikmat yang membahagiakan tekak. Bagi memaksimumkan kandungan nutriennya, timun seharusnya dimakan tanpa dibuang kulit. Mengupas kulit akan mengurangkan jumlah serat dan vitamin. Antara khasiat timun ialah untuk awet muda, mengawal masalah obesiti dan membantu sistem pencernaan.

Timun Baca selanjutnya»

timun merupakan tumbuhan jenis menjalar dan tumbuh menegak

Kunyit Hitam

Khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secara tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya. Dalam perubatan, mereka menggunakan rizom kunyit hitam untuk merawat oelbagai penyakit seperti buasir, asma, bronchitis, kanser, sawan, demam, luka, mati pucuk, sakit gigi dan lain-lain.

Kunyit Hitam Baca selanjutnya»

kunyit hitam sering digunakan untuk mengurangkan jerawat dan merawat patah

Buah Pala

Buah pala sinonim dengan jeruk pala. Ia menjadi makanan kegemaran terutama di Pulau Pinang. Ia sering dijadikan sebagai buah tangan apabila melawat negeri tersebut. Ia turut digunakan dalam bidang masakan sebagai rempah sama ada Asia atau Eropah. Ia pernah menjadi dagangan rempah utama suatu ketika dahulu. Banyak khasiat yang didapati daripada buah pala antaranya antikanser dan anti radang.

Buah Pala Baca selanjutnya»

buah pala sering dijadikan makanan ringan seperti jeruk

Pokok Patawali

Batang pokok akar patawali digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional antaranya untuk rawatan diabetes, darah tinggi, menaikkan selera makan, dan perlindungan dari gigitan nyamuk. Di luar negara, ia juga digunakan untuk rawatan kulit gatal, lumpuh, jaundis, leprosy, scabies dan septicemia. Akan tetapi, berdasarkan Jabatan Pertanian Malaysia, pengambilan air rebusan patawali dalam jangka masa yang panjang dan berlebihan boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang.

Pokok Patawali Baca selanjutnya»

patawali biasa ditanam di halaman rumah

nona

Buah nona agak menggerutu. Akan tetapi, rasa buah ini amat sedap bagi penggemarnya. Buah nona biasanya ditanam di halaman rumah. Buah yang mempunyai banyak biji ini selalunya digunakan untuk meredakan demam panas kerana ia mampu menyejukkan badan. Selain itu, rawatan tradisional bagi gout dan sawan turut menggunakan buah nona.

nona Baca selanjutnya»

buah nona mempunyai rasa lemak manis

Tutup Bumi

Selalunya tumbuhan ini mudah tumbuh di kawasan terbuka. Keseluruhan bahagian pokok tutup bumi boleh digunakan untuk pelbagai rawatan tradisional antaranya untuk meredakan bengkak, merawat patah, melegakan sakit lutut, merawat senggugut, melegakan sakit pinggang. Tumbuhan ini digunakan sebagai diuretik iaitu mengurangkan demam dan mengurangkan kencing tak lawas (anuria) dan mengurangkan pengeluaran mukusa (blennorrhagia). Lain -lain penggunaan adalah sebagai bahan antibiotik, mengurangkan bengkak, anti radang dan untuk melicinkan kulit.

Tutup Bumi Baca selanjutnya»

tutup bumi mempunyai khasiat yang banyak seperti meredakan bengkak dan merawat patah

Limau Purut

Dari segi rupa, ia agak menggerutu dan berkedut. Ia berbeza dengan buah-buah limau yang lain seperti limau nipis dan limau kasturi. Masyarakat sering tertukar di antara limau purut dan limau nipis. Buah ini tidak mempunyai banyak jus seperti mana yang lain. Akan tetapi, kegunaannya sangat banyak dalam aspek kecantikan kerana produk yang dihasilkan berasaskan ramuan utamanya ialah buah limau purut. Contohnya ialah syampu rambut. Buah ini kurang sesuai untuk dijadikan sebagai jus minuman kerana ia tidak mempunyai banyak jus seperti mana buah limau yang lain.

Limau Purut Baca selanjutnya»

buah limau purut menggerutu berbanding limau nipis

Jambu Batu

Pokok jambu batu selalunya ditanam oleh masyarakat terutamanya Melayu. Sekarang, ia menjadi satu perniagaan di mana permintaannya boleh dikatakan tinggi bagi buah jambu batu. Ia dipercayai mempunyai banyak khasiat samada melalui kajian saintifik yang dijalankan mahupun amalan masyarakat lama. Ia dikatakan mampu menurunkan paras gula dalam darah, mencegah skurvi, mengelakkan sembelit dan mengurangkan paras kolesterol badan.

Jambu Batu Baca selanjutnya»

Buah jambu batu boleh merawat cirit birit

Pokok Lada Pahit

Pokok lada pahit tidaklah asing dalam perubatan tradisional. Ia digunakan untuk menurunkan aras glukosa di dalam darah, mengawal tekanan darah tinggi, merawat bisul dan nanah. Rasanya sangat pahit terutama bahagian bijinya. Ini menjadikan ia lebih berkesan dalam merawat pelbagai jenis masalah kesihatan yang lain. Kandungan bahan aktif yang hadir juga banyak dan sesuai bertindak sebagai antioksidan dan antinematod.

Pokok Lada Pahit Baca selanjutnya»

Pokok lada pahit mempunyai banyak buah yang bersaiz kecil

Pokok Bunga Raya

Bunga raya merupakan tumbuhan yang ditanam dan kebanyakkannya di halaman rumah dan juga dijadikan sebagai tanaman lanskap. Bunga raya merupakan bunga kebangsaan Malaysia. Selain daripada keindahan semulajadinya, ia juga mempunyai sifat-sifat perawatan yang sangat penting seperti melegakan sakit kepala. Ia telah digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional Cina dan India di mana semua bahagian tumbuhan yang dianggap berguna dalam perawatan pelbagai jenis penyakit.

Pokok Bunga Raya Baca selanjutnya»

Bunga Raya bunga bunga kebangsaan Malaysia

Pokok Nipah

Pokok nipah mudah ditemui di kawasan air seperti muara. Pokok yang mempunyai sangat banyak kegunaan antaranya daun dijadikan sebagai rokok dan atap rumah. Sering menjadi tumpuan ialah tandan pokok nipah mampu menghasilkan nira @ air tuak. Ia menjadi minuman kegemaran kerana dipercayai mempunyai banyak manfaat. Manfaat utama nipah ialah apabila dihasilkan sebagai cuka kerana ia mampu mengawal kandungan gula dan juga darah tinggi dalam badan.

Pokok Nipah Baca selanjutnya»

buah nipah mempunyai saiz yang agak besar.
Scroll to Top