Pokok Herba

articles about plants that have or potential medicinal values for reference.

Salderi

Khasiat saderi diketahui sebagai sumber yang terbaik bagi antioksidan serta enzim. Tambahan pula vitamin dan mineral seperti vitamin K, vitamin C, Kalium, folat dan vitamin B6 juga turut ada. Saderi juga memberikan serat yang diperlukan dalam diet lebih-lebih lagi apabila anda makan lebih daripada sukatan satu cawan dalam satu-satu masa. Ia akan membantu meningkatkan proses pencernaan serta membantu menurunkan berat badan.

Salderi Baca selanjutnya»

Kandungan serat yang tinggi dalam salderi baik untuk kesihatan

Selasih

Selasih merupakan tumbuhan herba yang mudah ditanam samada menggunakan keratan batang mahupun biji benih. Dari segi kegunaan, ia boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan.Daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang.

Selasih Baca selanjutnya»

Daun selasih mempunyai aroma yang harum

Tongkat Ali Hitam

Tongkat ali hitam dikelompokkan kedalam keluarga yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan perubatan tetapi keutamaan faedahnya lebih tertumpu pada akarnya. Antara kegunaanya ialah bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan wanita, meningkatkan tenaga batin, ramuan minyak urut, melegakan sakit saraf, dan penjagaan bagi ibu selepas bersalin.

Tongkat Ali Hitam Baca selanjutnya»

tongkat ali hitam mempunyai pelbagai khasiat

Kecubung

Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Dalam rawatan tradisional, kecubung digunakan untuk merawat kayap, merawat resdung, meredakan angin pasang, melegakan sakit lutut, dan merawat buasir

Kecubung Baca selanjutnya»

Buah Kecubung Beracun jika diambil banyak

Jering

Jering sering dimakan dengan cara direbus dan dimakan bersama-sama parutan kelapa bersama sedikit gula dan garam. Ia juga dimakan secara mentah, dipanggang atau digoreng. Akan tetapi, pengambilan jering secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalam jering.

Jering Baca selanjutnya»

jering menghasilkan bau yang kurang menyenangkan

Cermai

Buah pala sinonim dengan jeruk pala. Ia menjadi makanan kegemaran terutama di Pulau Pinang. Ia sering dijadikan sebagai buah tangan apabila melawat negeri tersebut. Ia turut digunakan dalam bidang masakan sebagai rempah sama ada Asia atau Eropah. Ia pernah menjadi dagangan rempah utama suatu ketika dahulu. Banyak khasiat yang didapati daripada buah pala antaranya antikanser dan anti radang.

Cermai Baca selanjutnya»

Pokok cermai menghasilkan banyak buat dalam satu pokok

Kangkung

Sayur ini tidaklah susah untuk dijumpai. Mudah ditanam. Ini menjadikan sayur kangkung sebagai pilihan untuk dalam diet harian. Ia dipercayai mempunya banyak khasiat. Antaranya dikatakan mampu untuk mengawal paras glukosa darah, mengawal kadar kolesterol badan, menjadikan badan lebih tenaga. Ia disebabkan kandungan serat dan air yang tinggi yang ada di dalam kangkung. Rugi sekiranya sayuran ini tidak dimasukkan dalam pilihan diet yang ada.

Kangkung Baca selanjutnya»

Kangkung boleh mengurangkan kolesterol badan

Ulam Raja

Ulam raja adalah herba yang terkenal dengan kesannya yang bermanfaat terhadap kesihatan manusia.
Pada masa kini, popularitinya semakin berkembang di banyak negara terutamanya Malaysia yang mana penggunaan herba ini untuk merawat penyakit semakin meningkat. Antaranya manfaat herba ini ialah mengawal paras glukosa di dalam darah, mengurangkan tekanan darah tinggi, perlindungan terhadap tulang dan juga bertindak sebagai anti kulat dan anti mikrob.

Ulam Raja Baca selanjutnya»

Ulam raja sangat sinonim sebagai ulaman

Putat

Banyak khasiat yang boleh didapati daripada pengambilan pucuk atau buah putat ini. Walaupun rasanya agak pahit namun ia mengandungi khasiat yang baik untuk mencuci darah, menghilangkan rasa pening kepala, mengecutkan rahim serta baik untuk darah tinggi. Ia juga boleh mengurangkan jerawat, merawat buasir, kudis dan mengawal aras glukosa dalam darah.

Putat Baca selanjutnya»

buah putat juga digunakan dalam perubatan tradisional

Pokok Ketapang

Ramai yang tidak mengetahui sebenarnya buah ketapang ini boleh dimakan samada kulit luar atau bijinya. Bijinya perlu dipanggang terlebih dahulu sebelum dimakan. Minyak yang terhasil daripada biji buah ketapang ini boleh dijadikan minyak masak turut diminati oleh Sang kelawar dan musang. Akar pokok ketapang yang direbus dan airnya diminum dipercayai mampu merawat masalah hati, hempedu, cirit-birit dan demam panas. Ia juga dapat merawat kudis, bisul dan sakit payu dara bagi ibu yang menyusukan bayi.

Pokok Ketapang Baca selanjutnya»

pokok ketapang mampu untuk merawat pelbagai jenis penyakit

Pandan

Jika diperhatikan makanan yang dibungkus menggunakan daun pandan pasti mampu meningkatkan selera makan. Maka, tidak hairanlah dalam kebanyakan masakan menggunakan daun ini menjadikan makanan terasa lebih wangi. Ia juga mampu menjaga kesihatan sistem penghadaman. Ia mampu mengelakkan cirit-birit atau sembelit. Sering dijadikan teh untu mengurangkan sakit kepala

Pandan Baca selanjutnya»

daun pandan selalu digunakan dalam masakan

Tomato

Tomato sangat kaya dengan pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan dan kecantikan. Ia kaya dengan serat, vitamin A dan vitamin C dan kajian ke atas peningkatan pengambilan tomato dapat mengurangkan risiko penyakit jantung dan juga kanser. Ia boleh dinikmati samada secara segar mahupun produk tomato yang telah diproses. Ia hanya perlu disimpan pada suhu bilik bagi mengelakkan kehilangan rasa yang ada pada buah ini.

Tomato Baca selanjutnya»

Buah tomato kaya dengan vitamin
Scroll to Top