Ubat sporo manusia
(Cara rawatan sporo manusia)

Sporotrikosis, atau penyakit sporo, adalah penyakit yang sangat berbahaya. Oleh itu, jika terdapat tanda-tanda penyakit ini, maka tindakan segera sangat perlu untuk mencegah komplikasi lanjut.

Walaupun berbahaya, kudis sporo dapat sembuh dengan cepat apabila dirawat menggunakan ubat sporo PS Herbs. Cara rawatannya juga mudah, dan tempoh pemulihannya jauh lebih singkat.

Ubat sporo manusia PS Herbs

PS Herbs mengeluarkan tiga jenis ubat untuk merawat penyakit sporo pada manusia, iaitu Spray H2, Cream S3, dan Serbuk FP1. Penggunaan ubat-ubatan ini bergantung kepada tahap dan keadaan jangkitan, dan tidak semestinya memerlukan ketiga-tiganya.

Set ubat rawatan sporo PS Herbs

Cara Rawatan

jika Baru terkena

Jika baru dijangkiti atau mengesyaki terkena fungus sporo, basuh kawasan tersebut dengan air bersih dan sapukan krim S3 dua kali sehari. Biasanya, kesan luka akan hilang dalam tempoh 3 hingga 7 hari.

Kulit terbuka terdedah kepada fungus sporotricchosis. Jika kebetulan tersentuh objek atau haiwan yang ada fungus sporo, maka jankitan sporotrichosis mungkin berlaku
Terkena gigit kucing
kesan cakaran.
Kesan cakaran kucing
kesan cakaran oleh kucing atau terkena duri
Kesan cakaran kucing

Kita boleh mengesyaki jangkitan penyakit sporotrichosis apabila dicakar atau digigit oleh kucing atau haiwan lain yang dijangkiti sporo. Selain daripada haiwan, jangkitan juga boleh berlaku daripada alam sekitar, contohnya semasa aktiviti harian seperti berkebun atau beriadah.

Belum pecah – Fasa inkubasi

Satu hingga tiga minggu selepas jangkitan awal, kawasan yang terjejas mula menunjukkan tanda-tanda seperti kemerahan, berbiji keras, berbonjol, dan memiliki puncak kekuningan. Gejala ini merupakan salah satu simptom penyakit sporotrikosis (sporo) yang sedang berada dalam fasa inkubasi.

Biji macam digigit nyamuk
Puncak kekuningan
Biji berjujukan

Cara Merawat: Sapukan krim S3 sekurang-kurangnya dua kali sehari. Pastikan krim disapu pada benjolan serta kawasan sekitarnya secara meluas, seperti cara menyapu minyak angin. Lebih luas kawasan sapuan, lebih baik hasilnya. Sebagai contoh, jika benjolan muncul di lengan bawah, sapukan krim hingga ke siku. Jika benjolan berada di atas siku, sapukan hingga ke ketiak.

Kedis hampir pecah
Mula berkawah
Ada nanah.

Ambil Perhatian: Penyakit Sporo merupakan penyakit sistemik yang merebak melalui nod limfa (lymph nodes). Ia membentuk biji-biji kecil di dalam tisu yang sering tidak kelihatan malah tidak disedari. Untuk mengesannya, tekan dan rasakan perlahan-lahan di sepanjang anggota badan, terutama pada lengan atau betis. Jika terdapat benjolan, rawatan perlu dilakukan dengan menyapu krim S3 sepanjang kawasan lengan atau betis. Sapukan secara meluas seperti menyapu minyak angin, bukan hanya pada kawasan yang terdapat benjolan sahaja.

Merawat sporotrichosis yang telah pecah

Gunakan ubat spray H2 dan krim S3. Mula-mula, semburkan ubat H2 pada kudis dan biarkan hingga kering. Selepas itu, sapukan krim S3 pada serta kawasan sekitarnya. Pastikan kawasan sapuan diperluaskan seperti cara menyapu minyak angin. Sebagai contoh, jika infeksi berlaku pada tangan, sapukan krim pada tangan dan sepanjang lengan hingga ke siku. Jika kudis terdapat pada lengan bawah, sapukan hingga ke lengan atas dan ketiak.

Cuba periksa dengan meraba perlahan-lahan sepanjang lengan. Jika terasa biji-biji kecil keras yang biasanya berbaris di dalam tisu, maka kawasan ini juga perlu dirawat.

Jika biji-biji dirasakan hingga ke siku, sapukan krim ke seluruh lengan bawah dan lengan atas. Jika biji-biji dirasakan di lengan atas, teruskan sapuan hingga ke kawasan ketiak.

Perhatian: Pastikan krim disapu meliputi seluruh kawasan lengan, bukan hanya di tempat yang terdapat biji-biji tersebut.

Jangan balut

Hindari membalut atau menutup kudis dan biarkan ia terbuka untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Jika perlu membalut, seperti untuk tujuan kerja atau mengelakkan sentuhan dengan bahan berbahaya, gunakan kain kasa agar kudis kekal kering. Jangan gunakan balutan atau plaster kedap udara, kerana ini boleh menyebabkan kudis menjadi lembap dan melambatkan penyembuhan.

Cara betul – tutup tidakkedap udara
Jangan tutup kedap udara
Jangan tutup kedap udara
Jangan plaster

Bila Guna Serbuk FP1

Serbuk FP1 adalah opsional. Elok guna jika bukaan kudis sangat besar.

Spray dengan F7 pada kudis yang terbuka sehingga lembab. Lekapkan serbuk dan biarkan kering. Tak perlu balut. Berhenti guna serbuk apabila kudis sudah kering dan teruskan dengan ubat spray H2 dan Cream S3.

Kudis terbuka luas
Letak serbuk supaya mudah kering

Rawatan sporo manusia selepas sembuh klinikal

Sembuh klinikal bermaksud kudis tampak sembuh dan simpton penyakit sporo sudah hilang. Mungkin yang tinggal hanya kesan parut.

Fungus sporo degil dan ada dalam darah. Walaupun kudis sporo sudah nampak sudah sembuh tetapi fungus mugkin masih ada. Dengan itu, rawatan sporotrichosis hendak diteruskan sekurang-kurangnya satu bulan lagi selepas sembuh klinikal bagi memastikan fungus benar-benar hilang. Untuk puas hati, boleh juga buat ujian makmal.

Dalam tempoh sebulan selepas sembuh klinikal, sapu Cream S3 satu atau dua kali sehari pada kesan kudis dan juga kawasan sekitar. Tidak perlu tebal.

ubat sporo manusia konvensional

Ubat oral (ubat makan)

Ubat makan seperti ubat inox atau sporanox boleh digunakan bersama dengan ubat PS Herbs. Ambil perhatian, ubat oral penyakit ini ada kesan sampingan yang kuat. Terutama kepada mereka yang ada penyakit kronik, tua atau mengandung. Hanya ambil ubat dengan nasihat doktor.

Ubat antibiotik dan Krim antiseptik

Penyakit sporo disebabkan oleh fungus, bukan angkara bakteria. Jadi ubat makan antibiotik atau ubat krim antiseptik tidak berkesan.

tempoh rawatan Sporo

Jika guna ubat sporo PS herbs sahaja

Purata tempoh rawatan antara 14 hingga 90 hari. Ada juga kes tertentu yang jangkitan sudah terlalu serius, mungkin lebih panjang. Sebagai rujukan, boleh lihat testimoni rawatan pada manusia.

Jika guna Makan sahaja

Mengikut kajian, tempoh rawatan dengan ubat makan konvensional sahaja, seperti ubat inox atau sporanok, ialah antara 3 hingga 12 bulan.

Jika guna ubat sporo Konvensional bersama ubat sporo PS Herbs

Tempoh rawatan lebih singkat jika ubat makan konvensional (itraconazole) diguna bersama dengan ubat PS Herbs . Perhatian: Ubat konvensional perlu diambil dengan pengawasan doktor.

Soalan lazim

Ada pantang makan tak?

Kami tidak buat kajian tentang perkara ini. Tetapi ikut maklum balas pelanggan, bila makan ikan tongkol kudis semakin marak. Makan ayam pula, kudis jadi gatal. Jadi elok tinggalkan sehingga benar-benar sembuh.

Boleh guna bersama ubat makan doktor tak?

Boleh. Ubat yang nak digunakan hendaklah dengan nasihat doktor.

Boleh tak campur dengan ubat topikal lain?

Jangan campur atau gilir gilir guna ubat topikal lain (sperti krim sapu) dengan ubat PS Herbs.

Boleh basuh atau kena air tak?

Ya, kudis sporo boleh saja dibasuh, cuci atau bersihkan semasa mandi samada guna sabun atau tidak. Tidak perlu bahan pencuci khas.

Mengapa nampak macam semakin teruk?

Kudis sporo ni pelik. Jika tak rawat, ia kelihatan berkuping macam nak sembuh. Tetapi hakikatnya, dia semakin marak (dalam diam). Jika rawat dengan ubat PS Herbs pada kudis yang telah pecah dan bernanah, kudis kelihatan semakin merah untuk beberapa hari pertama.

Fenomena semakin merah dalam beberapa hari pertama ini adalah simptom biasa kerana isi baru mula tumbuh. Jadi tidak perlu risau, kena teruskan rawatan.

Kena buat dressing tak?

Tidak perlu dressing. Hanya cuci masa mandi pun sudah cukup.

Bolehkah saya sapu atau spray ubat banyak kali

Boleh. Tiada masalah. Cuma mungkin ubat cepat habis. 🙂

Scroll to Top