cara kurung kucing sporo

Jika kucing ada tanda penyakit sporo, maka segera kurung kucing tersebut. Bukan sekadar kurung. tetapi hendaklah mengikut cara yang betul. Kurung kucing sporo dengan cara yang salah akan lebih mudarat kepada kucing dan rawatan sukar berkesan.

mengapa perlu kurung kucing sporo

Keselamatan diri dan keluarga

Penyakit sporo bersifat zoonotik (zoonotic) iaitu boleh berjangkit kepada manusia. Jadi adalah sangat penting untuk mengendalikan kucing sporo dengan cara yang betul untuk menjaga keselamatan diri dan keluarga.

Rawatan konsisten

Kucing sporo perlu dirawat secara konsisten. Tidak boleh senggang ubat. Jika tidak kurung, kucing mungkin hilangkan diri bebrapa hari. Tempoh hilang tanpa rawatan itu menyebabkan fungus kembali membiak. Jadi peluang untuk sembuh tipis.

elakkan ulangan jangkitan

Jika dibiarkan bebas, kucing akan merayau dan kudisnya mungkin sentiasa terkena fungus daripada alam sekitar. Juga kucing mungkin bergaduh atau berkawan dengn kucing lain yang ada penyakit yang sama. Keadaan ini menyebabkan kudisnya sentiasa dihinggap fungus dan sukar sembuh. 

Elak jangkitan

Penyakit sporo atau sporotrichosis sangat mudah berjangkit kepada kucing lain. Jangkitan berlaku kerana bergaduh, saling grooming atau berkawan. Kucing yang sakit, boleh jangkitkan kepada seluruh kawan dia. Oleh itu, jika dapati ada tanda-tanda penyakit sporo segera kurung kucing sporo tersebut. 

Penyakit sporo boleh berjangkit kepada kucing jika dibiarkan kucing yang sakit berkawan atau tidur bersama
Jangan biarkan bergaul
Jangan bebaskan kucing sporo kerana mungkin penyakitnya akan jangkit kepada kucing lain
Jangan lepas bebas dalam rumah

Cara kurung kucing sporo

Lapik Sangkar

Lapik seluruh lantai sangkar. Jangan biarkan kucing pijak atau baring pada jaring besi. Tujuannya untuk elakkan fungus sporo melekat pada jaring. Jaring besi juga menyebabkan kaki dan badan kucing luka (walaupun tidak nampak dengan mata kasar). Fungus pada jaring akan jangkit kembali pada kucing. Proses jangkitan ini berterusan dan sukar sembuh.

Alas sangkar kurung kucing sporo dengan akbar sepenuhnya
Lapik seluruh sangkar
Alas keseluruhan lantai sangkar apabila kurung kucing sporo
Jangan lapik sebahagian

Material Lapik Sangkar

Lapik sangkar dengan kertas akhbar sahaja. Tukar kertas lapik apabila kotor, terutama apabila kucing berak atau kencing. Jika dibiarkan, fungus yang terlekat pada alas akan jangkit kembali pada kucing.

Jangan alas lantai sangkar material yang mudah lembab seperti kain, tilam, towel, pet met, tikar getah, kertas minyak atau seumpama. Bahan ini menjadi tempat fungus membiak terutama alas dibiarkan lama sebelum tukar yang baru. Ini memberi peluang kepada fungus untuk membiak dan menjangkti kembali.

Lapik sangkar kucing sporo dengan kain tidak sesuai
jangan guna pet met
Penggunaan Pet Met tidak sesuai untuk kurung kucing sporo
lapik kain tidak sesuai

Kurung kucing sporo dalam sangkar besar

Kurung kucing sporo dalam sangkar yang besar. Berapa besar?. Lebih besar lebih baik tetapi memadai jika saiznya membolehkan kucing beralih tempat apabila dia kencing atau berak. Dengan itu, dia tidak pijak atau tidur atas najis. Tujuannya untuk elakkan jangkitan silang sehingga penyakit lambat atau sukar sembuh.

Alas sangkar kurung kucing sporo dengan akbar sepenuhnya
Sangkar luas
sangkar sempit tidak sesuai untuk kurung kucing sporo
sangkar terlalu sempit

Letak Sangkar Di tempat Kering

Letak sangkar di tempat yang sentiasa kering dan tidak tertutup. Jangan letak di kawasan yang sentiasa lembab. Contohnya dalam tandas, dekat longkang atau mudah terkena tempias hujan. 

Kurung kucing sporo Berasingan

Jika ada lebih daripada satu ekor kucing sakit sporo, elakkan kuring dalam satu sangkar bagi keadaan saling jangkit (cross contamination). Ini kerana kucing saling bersentuhan dan saling grooming. Akibatnya, fungus baru sentiasa jangkit dan menyebabkan penyakit tidak sembuh.

kurung kucing secara berasingan
Sangkar berasingan

Jangan Letak Pasir Najis

Pasir najis menjadi lembab apabila digunakan. Jika lambat ditukar, fungus membiak dan berpindah kembali ke badan kucing. Akibatnya, fungus berterusan jangkiti kepada kucing. Oleh sebab kudis sentiasa dijangkiti fungus baru, maka rawatan kurang atau tidak berkesan. Dengan itu sukar sembuh, malah tidak sembuh. Satu lagi, bahayanya ialah akan berlaku jangkitan ke saluran pernafasan kerana kucing sentiasa hidu pasir yang ada fungus. Memang tabiat kucing suka menghidu sebelum berak atau kencing.

Jangan guna Sangkar Bertingkat

Elakkan guna sangkar bertingkat. Bahagian bawah dilapik akhbar untuk kucing makan dan berak, bahagian atas dibiarkan tidak berlapik. Jaring besi dan tangga menyebabkan kaki dan badan luka semasa baring atau panjat tangga. Akibatnya kaki kucing akan berkudis dan dijangkiti fungus.

Kurung kucing sporo dalam sangkar dua tingkat tidak sesuai, terutama tangga besi kerana kaki kucing terluka dan akan ada jangkitan di kaki
sangkar bertingkat
Kaki kucing sporo luka jika sangkar tidak berlapik atau naik tangga besi.
Kaki terluka

Menutup Keliling Sangkar

Elakkan menutup sekeliling sangkar dengan material yang kedap udara sehingga sangkar tidak cukup pengudaraan. Akibatnya tempat kucing sentiasa lembab, sesuai untuk pembiakan fungus. Jika ingin tutup bagi menghindar serangga, gunakan jaring.

Kaedah rawatan

PS Herbs ada keluarkan ubat untuk rawat kucing sporo. Ubat ini diperbuat daripada 100% herba edibel. Tidak mudarat kepada haiwan atau manusia. Tiada kesan sampingan. Cara merawat kucing sporo sangat mudah. Hanya spray atau sapu sekali sehari atau dua hari sekali. 

Tempoh rawatan

Dengan ubat PS Herbs, peluang sembuh lebih tinggi dan lebih cepat. Tempoh rawatan juga singkat, iaitu antara 14 hingga 90 hari. Berbanding tempoh rawatan konvensional (ubat inox atau sporanox) antara 3 hingga 12 bulan untuk sembuh. 

Kredit: gambar-gambar ini ada gambar yang dihantar oleh pelanggan PS Herbs kepada kami. 

Share

Berminat Jadi Stokis PS Herbs?

Bacaaan tambahan

merawat kucing sporo dengan ubat PS Herbs

Ubat sporo kucing dan cara merawat

Ubat sporo kucing keluaran PS Herbs sangat mujarab untuk merawat penyakit sporo kucing. Tempoh rawatan hanya 14 hingga 90 hari. Kos rawatan juga murah. Berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa 3 hingga 12 bulan dan kos rawatan terlalu tinggi.

Read More »

Elak jangkitan penyakit sporo kucing

Penyakit sporo kucing bersifat zoonotik, yakni boleh jangkit kepada manusia. Namun risiko jangkitan sangat kecil jika mengamalkan langkah kesalamatan semasa mengendali kucing sporo. Jadi jangan takut untuk rawat sendiri.

Read More »

Cara Mengurus Kucing Sporo

Penyakit sporo mudah merebak dan boleh berjangkit kepada manusia dan kucing lain. Ikuti cara mengurus kucing sporo yagn baik boleh elakkan risiko jangkitan dan mencepatkan tempoh rawatan.

Read More »

Share artikel

Scroll to Top