Jaga Keselamatan Keluarga
Elak jangkitan Penyakit Sporo kucing
Penyakit sporo adalah penyakit zoonotik. Yakni boleh jangkit daripada haiwan kepada manusia. Seperti juga pada haiwan, sporo juga bahaya kepada manusia. Dengan itu, langkah terbaik ialah mengambil langkah mengelak berlaku jangkitan. Risiko Jangkitan penyakit sporo kucing boleh dielakkan sekiranya kucing sporo dikendalikan dengan cara yang betul. Dengan itu kita tidak perlu takut dengan kucing yang berpenyakit sporo, boleh saja merawatnya sendiri.
Ramai pemilik terkena penyakit sporo daripada kucing kerana mereka tidak kenal penyakit sporo kucing, lalu tidak ambil langkah keselamatan.
Saya salah seorang yang kendalikan kucing berpenyakit sporo seperti seperti biasa. Akibatnya, saya sendiri terkena penyakit sporo. Kerana tak tahu bahawa penyakit ini bahaya, maka saya abaikan (tak rawat awal) sehingga merebak sampai ke tahap kronik.
Langkah Keselamatan elak jangkitan penyakit sporo kucing
Kenali Penyakit Sporo Kucing
Langkah pertama menjaga keselamatan ialah, kenal mengenal penyakit sporo kucing. Sekiranya kucing ada tanda tanda berpenyakit sporo, maka ambil langkah keselamatan diri dan keluarga, malah orang lain juga.
Langkah berjaga-jaga bukan bermaksud membuang atau membunuhnya kucing (PTS; Put To Sleep), sebaliknya mengambil langkah meminimum atau mengelak risiko jangkitan sporo kucing.
Segera Rawat Kucing
Segerakan rawatan. Semakin lama dibiarkan, semakin tinggi risiko jangkitan. Ini kerana penyakit semakin merebak dan kemungkinan fungus tersebar meningkat, terutama kepada haiwan lain (Juga manusia). Jika rawatan segera diambil, penyakit sporo boleh sembuh. Cara merawat sendiri penyakit sporo boleh dirujuk di sini.
Asingkan dan Kuarantin
Segera kuarantin kucing yang sakit daripada kucing lain. Ini sangat penting agar kucing tidak bergaul dengan kucing lain serta juga keluarga anda. Cara kurung kucing sporo ada di sini.
Periksa Kucing Lain
Jika anda ada lebih daripada seekor kucing, periksa kucing lain. Periksa anggota badan seperti tapak kaki, sikut atau hidung untuk melihat tanda-tanda penyakit sporo. Kucing yang dijangkiti sporo juga kadang-kadang akan sentiasa bersin dan hidung berair.
Mengapa perlu semak yang lain?. Ini kerana semasa kecil, penyakit ini tersembunyi, susah kelihatan. Jadi kita tidak tahu sama ada kucing sudah dijangkiti atau tidak. jika dibiarkan bermanja-manja atau bergurau dengan ahli keluarga kita jangkitan boleh berlaku (juga kepada kucing lain).
Gunakan Sarung Tangan, Apron dan Penutup Muka
Semasa mengendali atau merawat kucing, elok pakai sarung tangan, apron dan penutup muka. Jangkitan melalui pernafasan sangat jarang berlaku, tetapi elok ambil langkah berjaga-jaga.
Tutup Luka atau Bukaan Kulit
Fungus sporo berjangkit melalui bukaan kulit. Oleh itu, tutup semua bukaan kulit seperti luka, kudis, kulit terguris atau nelas, sebelum mengendali kucing sporo. Misalnya menutup dengan plaster kedap air agar fungus tidak boleh hinggap pada bukaan kulit anda.
Bersihkan Diri Selepas kendali kucing
Selepas mengendalikan kucing sporo, bersihkan diri dan tukar pakaian.
Elakkan Dicakar atau Digigit
Elakkan daripada dicakar atau digigit kucing sporo. Satu gigitan sahaja sudah cukup untuk membolehkan fungus sporo menjangkiti anda.
Jika terkena cakar atau gigit, segera bersihkan, sapu Krim S3. Jumpa doktor jika tidak sembuh dalam masa seminggu. Anda juga boleh terus mendapat rawatan doktor. Beritahu doktor, kata anda kena cakar atau gigit kucing berpenyakit sporo.
Jangan Bermain-main atau bermanja
Jangan bermain-main dengan kucing berpenyakit sporo, terutamanya kanak-kanak. Bergurau, mendakap, mencium atau membawa tidur boleh menyebabkan risiko jangkitan.
Jangan lepaskan Kucing sporo dalam Rumah
Kucing sporo ada membawa fungus sporo, jadi fungus mungkin melekat pada kain, kerusi, tilam dan lain-lain. Jadi elok mengambil langkah elak risiko.
Langkah Keselamatan Jika Dicakar atau Digigit Kucing Sporo
Cuci tempat kena gigit atau cakar, biarkan kering. sapu krim anti fungus. PS Herbs ada keluarkan krim anti fungus pelbagai guna yang dinamakan Krim S3. Gunakan krim ini sekiranya digigit atau dicakar kucing.
Biasanya kesan gigitan akan beransur baik dan sembuh dalam masa seminggu. Sekiranya selepas seminggu kesan gigit atau cakar tidak hilang atau semakin teruk, dapatkan rawatan doktor. Juga jika cakaran atau gigitan teruk, terus jumpa doktor.
Jadi Adakah Tak Boleh Bela Kucing?
Boleh saja bela kucing. Kucing sejak dulu pun telah ada, penyakit sporo pun sejak dulu sudah ada. Bukanlah satu masalah besar, tetapi seperti juga risiko lain, elok ambil langkah berjaga-jaga.
Lagipun penyakit sporo ini bukan sahaja kucing, haiwan lain juga ada jangkitan ini. Malah manusia pun boleh mendapat penyakit ini melalui aktiviti harian seperti berkebun, terutama kebus bunga ros. Sebab itu, penyakit ini dikenali juga sebagai Rose Gardeners disease.
Hakikatnya, bela apa pun, atau buat aktiviti apa pun ada risiko. Naik basikal, main bola, masak, bawa motosikal malah kerja sebagai misi pun apa risiko. Mengapa kita masih teruskan buat aktiviti?. Sebabnya? kerana kita nak buat. Kan? 🙂
Walaupun saya sudah pernah jangkitan sporo daripada kucing, takder pulak saya serik atau takut. Sekarang, saya sering pegang dan rawat kucing sporo. Mengapa saya tak takut?. Sebab saya sudah tahu kaedah nak jaga keselamatan dan elakkan risiko jangkitan. Saya harap, anda pun begitu jua.
Share
Hi, nak jadi stokis PS Herbs?
Bacaan Tambahan
Merawat sporotrichosis manusia
Penyakit sporo pada manusia merbahaya sehingga perlu rawatan segera. Rawatan dengan ubat konvensional ambil masa yang panjang, tetapi dengan ubat PS Herbs rawatan lebih mudah dan lebih cepat sembuh.
Pengalaman saya kena penyakit sporo
Saya terkena penyakit sporo daripada kucing. Penyakit ini cepat merebak dan sangat sakit. Apabila tidak sembuh dengan ubat konvensional, saya cuba rawat dengan pokok herba. Alhamdullilah sembuh. Ramuan herba ini kemudian saya perbaiki untuk merawat haiwan dan manusia.
Penyakit Sporotrichosis bahaya – jangan pandang remeh
Penyakit sporo bahaya – jangan pandang remeh Ramai pemilik kucing tidak tahu tentang bahaya penyakit