Penyakit Sporo kucing

Sporo kucing atau Sporotrichosis in cats adalah penyakit akibat jangkitan fungus sporothrix schenckii. Penyakit ini sering berlaku dan sangat merbahaya sehingga kucing boleh mati kerananya. Selain itu penyakit ini juga boleh berjangkit kepada manusia. Seperti juga pada kucing, penyakit sporotrichosis pada manusia juga bahaya 

Tanda penyakit sporo kucing

Pada peringkat awal simptom penyakit hampir sama dengan penyakit lain. Jadi ramai yang keliru dan tersalah guna ubat. Doktor Veterinar pun kadang-kadang tersilap diagnose.

Lazimnya luka sporo berbentuk bukaan kulit seperti ulcer yang berkawah, berdarah dan bernanah. Jika berlaku jangkitan pada hidung dan saluran pernafasan, hidung akan bengkak dan berkudis. Lubang hidung tersumbat atau ada ketulan dalam hidung sehingga kucing sukar bernafas. 

Peringkat akhir badan kucing akan berdarah-darah, daging luruh, busuk dan akhirnya mati.

Jangkitan banyak berlaku di kepala, hidung, telinga, testicle, kaki dan ekor kerana anggota inilah yang sering luka apabila kucing bergaduh. Kemudian, kudis sporo boleh berjangkit pada hidung atau mulut kerana kucing suka menjilat.

Luka Sporo pada muka dan kepala

Kudis sporo pada Anggota Lain

Tanda-tanda lain

Selain luka, kucing sporo ada gejala yang bukan dalam bentuk kudis atau luka. Tidak semua simptom ini ada pada setiap kucing yang sakit sporo, tetapi boleh dijadikan panduan: 

  • Kudis sporo tidak respons kepada terapi antibiotik atau antiseptik.
  • Timbul benjol dibawah kulit atau bengkak nod limfa. Tanda ini sukar dilihat kerana kucing berbulu dan hanya disedari setelah benjolnya pecah.
  • Kerap bersin dan keluar percikan air atau percikan darah.
  • Mata berair dan kelopak mata kemerahan.
  • Sesetengah kucing akan disertai dengan tanda-tanda demam dan kelesuan.
  • Hilang selera kerana mulut berkudis atau hidung tersumbat.
  • Pada peringkat serius, kucing menjadi sangat kurus, sukar bergerak (Lemah).
  • Badan berbau busuk.

Bagaimana Jangkitan berlaku

Bergaduh

Bergaduh dengan kucing sudah berpenyakit sporo. Semasa berumbah, kulitnya terluka sehingga fungus sporo masuk ke badan kucing. 

Berkawan

Jangkitan melalui aktiviti berkawan, tidur bersama atau saling grooming dengan kucing yang berpenyakit sporo. Jangkitan melalui cara ini selalunya bermula pada saluran pernafasan. Tanda-tandanya seperti hidung bengkak, kerap bersin dan sukar bernafas. Diikuti dengan bersin keluar percikan darah.

Jangkit daripada persekitaran

Fungus sporothrix schenckii sentiasa ada di persekitaran dan hidup pada kayu, rumput buruk atau semak. Jika kucing berlari atau bermain di tempat yang kebetulan ada fungus ini dan badannya terkoyak, maka fungus masuk ke badannya.

Dengan cara tidur bersama, penyakit sporo kucing boleh berjangkit
Tidur bersama
Penyakit sporo kucing boleh berlaku melalui pergaduhan
Bergaduh
Jangkitan penyakit sporo kucing berlaku kerana berkawan
Berkawan

kucing sahaja yang kena penyakit sporo?

Selain kucing, haiwan lain seperti anjing, kambing, arnab pun kena. Namun, mengikut rekod, kucinglah yang paling kerap dijangkiti.

Mengapa Kucing kerap dijangkiti penyakit sporo

Aktiviti lasak

Fungus sporotrichosis berjangkit melalui bukaan kulit (luka atau kudis). Sifat semula kucing yang suka bergurau, berkeliaran dan berkejaran kerap menyebabkan kulit cedera dan terbuka. Jika luka terkena objek yang kebetulan ada fungus sporo, maka fungus hinggap pada luka dan berlaku jangkitan.

Bersosial

Kucing adalah haiwan sosial. Tabiat kucing saling grooming, bercium atau bersentuhan juga menyebabkan berlalku jangkitan. Fungus sporo mudah masuk melalui saluran pernafasan. Jika kucing berpenyakit sakit sporo dibiarkan bergaul dengan kucing lain maka mungkin seluruh kucing yang bersamanya akan dijangkiti.

Luka yang terdedah

Kulit kucing terluka kerana bedah, kudis, cedera kemalangan atau digigit binatang mudah dijangkiti apabila terdedah kepada fungus sporo. 

Merawat sporo kucing

Penyakit sporo boleh dirawat dan mudah sembuh jika menggunakan ubat dan cara merawat yang betul. Semakin cepat rawat, semakin mudah dan semakin tinggi peluang sembuh. Yang penting ialah segera buat rawatan sebaik sahaja kucing ada tanda-tanda penyakit sporo.

Merawat sendiri kucing sporo dirumah mudah dan murah. Sila rujuk cara merawat kucing sporo dengan ubat herba PS Herbs.

Mengawal jangkitan

kurung

Penyakit sporo sangat mudah berjangkit kepada kucing lain dan manusia. Bagi mengelakkan jangkitan, kucing yang sakit perlu diasingkan. PS Herbs ada keluarkan panduan mengurung kucing sporo untuk rujukan.

Mengapa kucing sporo perlu segera ditangani

sistemik

Jangkitan sporo besifat sistemik, iaitu merebak ke seluruh badan melalui sistem saluran limfa. Dengan itu jangkitan bukan sahaja luaran, malah anggota dalaman seperti paru-paru, jantung, otak dan lain-lain. Sebab itu, ada keadaan yang walaupun kudis luaran nampak sikit, tetapi dalamannya sudah serius.

Mudah merebak

Penyakit sporo sangat cepat merebak ke bahagian lain badan. Dalam beberapa bulan sahaja kudis sporo menjadi kronik sehingga sukar untuk dirawat dan peluang untuk sembuh sangat tipis.

mengelakkan jangkitan

Penyakit sporo sangat mudah berjangkit kepada kucing lain. Tindakan segera untuk merawat dan mengasingkan kucing dapat menyelamatkan kucing-kucing lain daripada terkena jangkitan.

zoonotik

Penyakit sporo bersifat zoonotik, yakni boleh berjangkit kepada manusia. Seperti juga jangkitan pada kucing, penyakit ini juga bahaya kepada manusia. Dengan itu, lebih cepat kucing sporo dirawat, maka lebih rendah risiko berjangkit kepada manusia.

jangkitan kudis sporo pada jari
Jangkitan pada jari
jangkitan sporo pada kepala
Jangkitan pada kepala

Keselamatan diri dan keluarga

Penyakit sporotrichosis kucing adalah penyakit zoonotik. Dengan itu langkah keselamatan perlu diberi perhatian agar risiko diminimumkan. Walaupun risikonya kecil, tetapi elok berjaga-jaga. Sebagai panduan, elok juga membaca artikel langkah mengelak jangkitan sporo kucing

Hi, nak jadi stokis PS Herbs?

Bacaan tambahan

Tanda penyakit sporo pada manusia

Sporotrichosis adalah penyakit disebabkan fungus sporothrix schenckii. Penyakit bahaya ini bersifat sistemik. Ia menular ke anggota melalui kelenjar limfa ke anggota dalaman seperti hati, paru-paru, otak dll. .

Read More »
merawat kucing sporo dengan ubat PS Herbs

Ubat sporo kucing dan cara merawat

Ubat sporo kucing keluaran PS Herbs sangat mujarab untuk merawat penyakit sporo kucing. Tempoh rawatan hanya 14 hingga 90 hari. Kos rawatan juga murah. Berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa 3 hingga 12 bulan dan kos rawatan terlalu tinggi.

Read More »
Kucing sporo perlu dikurung

Cara Kurung Kucing Sporo

Kucing berpenyakit sporo perlu dikurung mengikut kaedah tertentu. Ini sangat penting kerana ada kaitan dengan tempoh rawatan. Juga untuk keselamatan orang dan kucing lain.

Read More »
Scroll to Top