Perlukan ubat dengan segera
Puan Nor dari Tanah Merah, Kelantan meminta kami segera menghantar ubat untuk merawat kucing serta diri dan anaknya. Ini kerana tiga ekor kucingnya disahkan oleh Doktor veterinar terkena penyakit sporo yang teruk di sarankan agar dimatikan (PTS). Oleh sebab tiada pilihan dan atas nasihat Dr, dua ekor kucing sporo Puan Nor telah dimatikan, namun beliau tidak sampai hati untuk mematikan kucing yang ketiga dan bertekad merawatnya. Dalam masa yang sama, Puan Noraini dan anak juga dijangkiti penyakit sporo.
Kami pun segerakan penghantaran ubat sporo Spray F7 dan Krim S3. Barang sampai kepada Puan Nor pada 30 Januari 2018.
Seminggu Spray F7 Kucing Sporo Sembuh
Hari ini, 11 Feb 2018, saya dapat mesej daripada Puan Nor, memberi khabar gembira. Mengikut Puan Noraini, kucingnya telah sembuh selepas dua minggu dirawat dengan ubat spray F7 keluaran PS Herbs.
Puan Noraini dan anak dijangkiti sporo
Puan Nor juga memaklumkan bahawa beliau sangat panik kerana dirinya dan anaknya juga telah dijangkiti sporo. Tapi Alhamdulillah, dua beranak juga sudah sembuh apabila disapu krim S3 keluaran PS Herbs.
Faktor jangkitan inilah yang menyebabkan kami sentiasa memberi ingatan kepada pelanggan kami supaya berhati-hati merawat kucing sporo. Kami ada memberi sedikit panduan merawat kucing sporo di sini. Kami juga memberi panduan langkah keselamatan diri dan keluarga yang perlu diambil di sini
Rawatan Awal Lebih Baik
Penyakit sporo adalah penyakit sistemik. Merebak ke seluruh badan, termasuk anggota dalaman dengan kadar yang cepat. Jadi, adalah dinasihati agar segera mengubat kucing yang luka atau berkudis.
Puan Nor dapat tahu pasal ubat keluaran PS Herbs ini melalui rakan dalam grup pencinta kucing. Kami di PS Herbs mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana perkenalkan ubat keluaran kami.
Mohd Amin, PS Herbs
Terima Kasih Pn Nor kerana memberi kebenaran kepada kami untuk berkongsi pengalaman ini. Sesungguhnya pengalaman ini sangat berguna kepada kami dan peminat kucing keseluruhannya.
Mohd Amin, PS Herbs
Share artikel