Penyakit kucing kurap scabies atau mange perlu segera dirawat. Ini kerana penyakit ini senang merebak dan mudah berjangkit kepada kucing lain. Penyakit ini juga boleh membawa maut kepada kucing. Di sini kami berikan panduan cara merawat dengan menggunakan ubat keluaran PS Herbs. Maklumat lanjut tentang penyakit kurap kucing ada di sini.
ubat kucing kurap scabies
PS Herbs ada keluarkan ubat 100% herba untuk merawat penyakit kucing kurap scabies. Ada dua jenis ubat, iaitu ubat Spray F9 dan Krim S3. Kedua-dua ubat ini boleh digunakan bersama (serentak) atau salah satu. Bergantung kepada keadaan penyakit.
Cara merawat kurap scabies
Jika kurap pada peringkat awal
Jika penyakit masih di peringkat awal dimana kurapnya masih nipis di bahagian muka seperti telinga, muka, hidung atau sekitar mata maka memadai dengan meletakkan krim S3 satu atau dua kalu sehari.
Jika kurap sudah tebal
Guna Spray F9 jika kurap scabies sudah serius dan tebal berkerak. Spray sehingga lembab supaya ubat dapat sampai/kena pada kulit. Lumur krim S3 pada bahagian muka, mata dan hidung.
kekerapan rawatan
Rawat sekali atau dua hari sekali. Rawatlah sehingga semua simptom hilang (sembuh).