Pada bulan April 2019, seorang pelanggan kami (Pn Tasya) beritahu yang anaknya ada masalah kepala berkudis. Penyakit ini sudah empat bulan dihidapi. Walaupun pelbagai ubat telah digunakan, tetapi kudis kepala tidak juga sembuh. Puan Tasya mohon untuk cuba guna Krim S3 keluaran PS Herbs. Kami bersetuju.
"Krim S3 adalah krim herba anti bakteria dan anti fungus. Sekiranya kudis atau infeksen disebabkan salah satu atau kedua-duanya, ada kemungkinan ia berkesan untuk rawatan.
Kesan Penggunaan
Pn Tasya melaporkan, hanya dalam masa seminggu, kudis di kepala anaknya telah kering dan rambut mula tumbuh. Beliau kata akan teruskan rawatan dengan Krim S3. Lepas tu kami terputus hubungan sehinggalah saya hubungi beliau hari ini, 18hb Disember 19 untuk bertanya khabar.
Kudis kepala sembuh sepenuhnya
Mengikut Pn Tasya, kudis di kepala anaknya kini telah lama sembuh sepenuhnya selepas dirawat dengan Krim S3. Rambut kembali lebat seperti sediakala.
Kepala berkudis rawat dengan Krim S3
Krim S3 adalah ubat herba yang diperbuat daripada pokok herba yang ada properties melawan fungus dan bakteria. Dengan itu, kudis atau infeksi yang disebabkan oleh kedua-duanya berpotensi untuk disembuhkan dengan Krim S3.