Pokok kepala sari sungguh luar biasa. Banyak gunanya untuk perubatan dan kesihatan. Bahagian yang berlainan pokok ada gunanya yang tersendiri.
Orang Melayu gunakan pokok ini untuk merawat penyakit kudis, panau dan kurap. Di Thailand dan beberapa negara lain, gunakan untuk merawat darah tinggi, eczema, psoriasis, gigitan berbisa (ular).
Pokok palasari juga boleh dijadikan teh untuk diminum untuk merawat demam, gigitan beracun dan penyakit kulit.
Klasifikasi
Family: Acanthanceae
Genus: Rhinacanthus
Species: R. nasutus
Jumlah species: 25
Nama Saintifik
Rhinacanthus nasutus (L.) Kurz
Nama lain
Palasari, pulosari, cabai mas, akar teriba, snake jasmin, white crane herb
habitat
Tumbuh di kawasan terbuka di kawasan tropika dan sub-tropika. Di Malaysia, banyak tumbuh di utara semenjanjung.
sifat
Tiggi boleh mencapai 2 meter. Batang berbentuk segi empat, berwarna hijau dan berbulu. daunnya bujur dan bertepi licin berwarna hijau kekuningan.
perennial shrub growing to 60-76 cm in height with tender stem.
cara pembiakan
Keratan batang dan biji benih.
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kajian sains ada menyatakan bahawa mengubat penyakit secara tradisional dengan pokok ini ada benarnya. Penemuan kajian sepadan dengan praktis perubatan indigenus.
Ingredien Aktif
Farmakologi Tradisional
Orang indigenus menggunakan bahagian-bahagian pokok untuk rawatan penyakit. Misalnya panau, kurap, kudis, maalah hati, bengkak, kegemukan, eczema, gastrik, tekanan darah, membaiki blood circulation (Thailand), rawat bisa ular (Thailand dan India)
Cara guna (perubatan traditional)
Merawat kurap
Cara 1
Ikat beberapa helai daun kepala sari dan celup dalam minyak tanah. Gosok dengan kuat (gahar) pada kurap. Gahar hingga hancur daun. Buatlah dua kali sehari sehingga kurap sembuh (Kelantan)
Kurap atau ringworm mudah dirawat dengan ubat herba Cream S3 keluaran PS Herbs.
Cara 2
Ambil keseluruhan pokok dan dicampurkan dengan sedikit minya kelapa. Sapu pada kurap dua kali sehari sehingga sembuh (Kelantan)
Cara 2
Ambil daun segar dan bersihkan. Tumbuk hingga hancur. Tempek pada kawasan infeksyen. Ulang buat hingga sembuh.
Merawat Panau
Ikat beberapa helai daun kepala sari dan celup dalam minyak tanah. Gosok dengan kuat (gahar) pada kurap. Gahar hingga hancur daun. Buatlah dua kali sehari sehingga kurap sembuh (Kelantan).
Merawat kudis
Merawat darah tinggi
Rendam daun snake jasmin dalam secawan air dan minum.
Merawat eczema dan psoriasis
Campur daun neem, daun kepala sari dan kunyit hidup sama banyak. Tumbuk dan sapu pada kawasan infeksi. Ulang buat hari-hari sehingga kesan hilang.
merawat gititan beracun, demam dan penyakit kulit
cara 1
Rebus 10 gram daun segar dalam 200 ml air. Rebus sehingga 100 ml dan minum. Buatlah dua kali sehari.
he leaf decoction made by boiling 10 grams in a cup of water (200 ml) till it is reduced to half it’s quantity can be given twice a day for treating poison bites, skin infections and even for fever. You can also use dried leaves or the powder of the whole plant for making the tea which is very very effective for treating poison bites….
cara 2
Buat teh daripada daun yang dikeringkan atau serbuk campuran seluruh pokok.
Kesan sampingan
Tahap toksid rendah dan selamat dimakan pada jumalah sederhana. Mungkin menyebabkan loya dan sakit perut bagi orang yang sensitif kepada herba,
Sumber Rujukan
Khazanah perubatan Melayu – Tumbuhan Ubatan, Jilid 1; FRIM, Nil Musa’adah etl.