Terkena Penyakit Sporo

Kucing Halimatul Saqdiah yang bernama Ety, berumur 3 tahun, terkena penyakit sporo (Penyakit Sporotrichosis). Kudis sporo telah berulat besar-besar. Bahagian telinga dan muka juga berkudis. Keluar darah bila bersin. Sudah cuba rawat, tetapi tidak sembuh.

Semasa mencari ubat lain melalui internet, Saqdiah terjumpa kami PSHerbs. Beliau terus buat pesanan. Kucing mula dirawat pada 2 Julai 2019 dan pada 20 Ogos 2019, kira-kira 48 hari rawatan, beliau melaporkan Ety telah sembuh.

Dalam tempoh merawat, beliau sentiasa hubungi kami untuk mendapat pandangan dan panduan merawat. Semua panduan diikuti sepenuhnya. Yang menariknya, Saqdiah membuat dokumentasi lengkap perkembangan rawatan.

Keadaan Kudis Sporo Ety

Ety ada kudis sporo di banyak tempat. Paling besar di bahagian peha. Kudis ini nampak kecil sahaja daripada pandangan luar. Tetapi sebenarnya telah banyak dan serius bawah kulit.

Selain peha, kudis juga ada di lengan dan telinga. Hidung sedikit bengkak. Walau pun bengkak sedikit, tetapi jangkitan sporo sudah serius . Ety kerap bersin keluar darah. Ini tanda fungus sporo telah masuk ke saluran pernafasan.

Rawatan

Rawatan diberikan dengan menggunakan ubat Spray F7, Krim S3 keluaran PSHerbs dan ubat itraconazole jenama inox. Ubat Inox diberi pada dos rendah. Dengan itu ubat hati tidak diperlukan. Dos rendah bukan sahaja menyelamatkan kucing daripada penyakit hati, malah menjimatkan kos kerana tidak perlu ubat tambahan.

Sememangnya kami sentiasa sarankan ubat makan Inox atau sporanox diberi pada dos rendah apabila diguna bersama ubat PSHerbs.

Pada permulaan kudis sporo disembur ubat Spray F7, ada kelihatan ulat. Saqdiah menggunakan ubat Mag-Spray (Bexton). Apabila Mag-Spray disembur, didapati ulat keluar. Selepas ulat keluar, rawatan diteruskan dengan ubat Spray F7 sehingga sembuh.

Sembuh Dalam Masa Singkat

Ety telah memberi respons yang baik kepada rawatan. Hanya selama 48 hari penyakit sporo sembuh. Kalau ikut kepada keadaan kudis, sepatutnya tempoh rawatan lebih panjang. Tetapi dengan ubat yang sesuai serta ketekunan dan disiplin merawat mengikut panduan sepenuhnya, kudis sembuh dengan cepat.

Spray f7 + Krim s3 memang berkesan

Saya pengguna Spray f7 dan Krim s3 keluaran PSHerbs sejak bulan 7. Saya nak share feedback inox ( 2x sehari utk 2 hari ) + spray f7 + cream s3 memang berkesan. Aalhamdulillah mase mula2 kena saya hampir hampir berputus asa fikir. Spray f7 memang jimat, tak sempat habis. Ade separuh botol lagi, Krim s3 pun same.
 
Pengguna Ubat PSHerbs

Pengajaran

  • Kudis sporo yang serius boleh segera sembuh jika dirawat mengikut kaedah yang betul.
  • Ubat maggot (ulat) boleh digunakan jika kudis sporo berulat.
  • Ubat makan jika diberikan boleh cepatkan sembuh.
  • Penyakit sporo memang mudah dan cepat sembuh. Jadi tidak perlu risau dan ragu-ragu untuk merawat sendiri.
Scroll to Top