Lempuyang Gajah
(Zingiber Zerumet)

Lempuyang gajah, atau halia syampo, merupakan pokok jenis halia. Rizomnya digunakan dalam perubatan herba untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Pokok ini juga boleh dimakan sebagai pembuka selera.

 

Pokok Lempuyang atau Zingiber Zerumbet

Klasifikasi

Family: Zingiberaceae

Genus: Zingiber

Spesis: Z. zerumbet val

Ada tiga spesis: Gajah (Zerumbet), Emprit (Amaricans), Wangi (Aromaticum Val)

Nama Saintifik

Zingiber Zerumbet Lin

Nama lain pokok lempuyang gajah

Lempoyang daun besar, bitter ginger, shampoo ginger, pinecone ginger, Shampoo ginger, Zerumbet ginger, Hong qiu jiang (Chin.)

habitat pokok Lempuyang gajah

Tumbuhan tropika. Tumbuh di kawasan semak samun. Asal dari Asi. Tumbuh liar di kebanyakan negara-negara tropika.

sifat

Pokok berbatang basah, tidak berkayu, ukuran lilitan dan ketinggian lebih besar daripada halia, tingginya boleh mencapai sehingga 1.5 meter.

Daunnya tunggal berbentuk bulat panjang, hujung dan pangkal runcing, tepi rata, permukaan licin, panjang 24-40 cm, lebar 10-15 cm, warna hijau muda.

cara pembiakan

Risom dan pecahan rumpun

pokok lempuyang gajah Zingiber Zerumbet buahnya berwarna merah
Risom Lempuyang gajah

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian sains dan akademik menunjukkan risom pokok lempoyang gajah boleh merawat kanser pangkal rahim, sesak nafas dan bau badan.

Boleh dimakan. Tiada laporan kes kata pokok ini merbahaya. Orang Melayu mengunakan untuk perasa masakan dan dimakan sebagi appetizer

Ingredien Aktif

Zerumbon, humulene dan camprene, fenol, tanin, asid amino dan alkaloid, saponin dan terpenoid.

Farmakologi Tradisional

  • Cirit-birit, batuk, sakit perut, asma, parasit, dan pelbagai penyakit kulit. luka, kanak-kanak kecacingan, meredakan bengkak, sesak nafas, barah pangkal rahim, menambah susu badan, sembelit dan mengatasi masalah bau badan.
  • Cecair yang diperah keluar daripada hujung benjolan bunga digunakan sebagai syampu.
  • Memecah angin dalam perut (antiflatulent) – Thailand
  • Di India, serbuk rizom dicampur dengan mengkudu (Morinda citrifolia) sebagai penahan menahan sakit. Rizom yang telah dimasak hingga lembut digunakan untuk sakit gigi, asma, batuk, cacing, kusta dan penyakit kulit lain.
  • Di Asia Tenggara, ia digunakan untuk merawat demam, sakit gigi, kehilangan selera makan, sembelit dan kesakitan.
  • Tabib bangsa Latin di New York menggunakan Lempuyang gajah untuk merawat penyakit fibroid rahim (uterine fibroids).
  • Mengubat kurang nafsu makan, sesak nafas dan bau badan. Merawat penyakit kanser serviks (pangkal rahim) serta dapat juga memperbanyakkan air susu badan. Rujukan: UTM Urban Garden Project

Cara guna (perubatan traditional)

Sakit perut

Parut atau hancurkan 7cm panjang risom lempuyang gajah. Masukkan secawan air dan perah-perah, dan peram semalaman. Esuknya tapis parutan dan ambil airnya. Minum keseluruhan. Ulang hari berikutnya jika belum reda.

Membersih dan Mencantikkan kulit

Minum air perahan kulit ubi diparut dan dicampur sedikit madu.

Rujukan: UTM Urban garden Project

Meredakan bengkak

Parutan risom pokok lempuyang digaulkan dengan minyak kelapa dan abu. Balut campuran ini pada anggota yang bengkak.

Kaki bengkak selepas bersalin

Cara 1

Ambil 2 jari risom lempuyang gajah, dicuci tanpa buang kulit. Parut dan campur gula merah secukup rasa. Rebus dengan 3 gelas air sehingga tinggal segelas. Setelah sejuk, minum sekaligus. Ulangi beberapa kali.

Cara 2

Ambil 14cm lempuyang, cuci dan tumbuk halus. Rebus dengan 2 gelas air hingga segelas. Minum setengah sekali  minum. Minum dua kali sehari.

Gatal gatal

Parut 3cm risom lempoyang dicampur setengah gelas air dan perah upaya patinya bercampur air. Biarkan mendap. Air diminum sekali sehari hingga sembuh.

Untuk masalah gatal, PS Herbs ada keluarkan ubat Spray F7 dan Krim S3. Kedua-duanya ubat 100% herba. 

Kesan sampingan

Belum ada laporan sampingan yang memudaradkan.

Share

Maklumat tambahan

Berminat mengedar produk PS Herbs?

Scroll to Top