Khasiat pucuk paku midin juga dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi masalah penyakit gout. Hal ini diperolehi dari banyaknya kandungan dalam sayuran ini untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu serta mengganggu aktiviti. Sayuran ini membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka seseorang. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.
Klasifikasi
Family: Blechnaceae
Genus: Stenochlaena
Species: Palustris
Nama Saintifik
Stenochlaena palustris
Nama lain
Paku midin (Kedah), paku pakis merah (Selangor), paku miding, lamding, memiding, lemidi, lemiding, miding, rembidi, paku mesin, paku ramu, akar paku
habitat
Biasanya ditemui di kawasan lembap, kawasan terbuka seperti kawasan ladang kelapa sawit atau kawasan hutan sekunder di hutan tanah rendah atau hutan bukit.
sifat
Pakis tanah yang bersifat menjalar dan memanjat, mencapai panjang 10m. Mempunyai rizom berwarna hijau yang kurang bersisik apabila matang.
Pelepah daun majmuk, jenis pinat, mempunyai 8-15 pasang anak daun dan mempunyai anak daun terminal, daun muda berwarna merah jambu-merah dan tekstur lebih lembut berbanding daun matang yang berwarna hijau, keras dan berkilat.
Terdapat dua jenis pelepah iaitu steril dan fertil. Pelepah daun steril mempunyai anak daun berbentuk ovat ke ovat-lanseolat manakala pelepah daun fertil berbentuk tirus kecil. Sporangia terdapat pada margin anak daun. Spora tidak berwarna, telus, mempunyai dua belah bahagian yang simetri.
cara pembiakan
Pucuk
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Pengambilan sayur midin sebagai makanan dijamin selamat dan mengandungi pelbagai khasiat dengan setiap 100 gram pucuk muda mengandungi 4.8 mg zat besi, selain mengandungi vitamin A (beta karotene) yang penting bagi menguatkan penglihatan dan mencegah rabun malam.
Selain itu, tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya Pucuk Paku Midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit cirit birit dan daunnya direbus baik dimakan secara ulam-ulaman.
Ingredien Aktif
Kandungan bahan aktif ialah vitamin A, C, Beta karotena, flavonoid
Farmakologi Tradisional Pucuk Midin
Khasiat pucuk paku midin juga dapat menjadi sumber makanan untuk mengatasi masalah penyakit Gout. Hal ini diperolehi dari banyaknya kandungan dalam sayuran ini untuk meredakan gejala gout yang sering menyerang sendi dan juga tulang dengan rasa ngilu serta mengganggu aktiviti.
Ia juga sayuran yang mampu menyembuhkan luka dengan pantas. Sayuran unik ini membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka seseorang. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.
Cara guna (perubatan traditional)
Merawat buasir
Pucuk pokok miding dimakan sebagai ulam (Kedah).
Mengawal tekanan darah
Daun paku midin dijadikan satu daripada sayur dalam masakan (Selangor).
Kesan sampingan
Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.
Sumber Rujukan
Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)