Kundur

Buah ini juga dikenal dengan sebutan labu putih. Ada juga yang menyebut wax gourd kerana permukaan kulit luarnya seperti dilapisi lapisan lilin berwarna putih. Pucuk dan daun muda kundur  dimakan sebagai sayuran segar. Biji kundur di keringkan dan di proses untuk dijadikan makanan ringan (snack food) yang di panggil senagai ‘Kuaci’. Dari segi perubatan didapati buah kundur dapat menyejukan suhu badan dan baik untuk sistem penghadaman serta mereka yang menghidapi masalah kencing manis.

Klasifikasi

Family: Cucurbitaceae

Genus: Benincasa

Species: Hispida

Nama Saintifik

Benincasa hispida

Nama lain

Kundur (Perlis, Selangor), beligu

habitat

Di Semenanjung Malaysia, kundur ini ditanam sebagai sayuran (buah)

sifat

Herba merayap dan separa memanjat serta mempunyai salur paut. Batangnya berbentuk bersegi, berwarna hijau kekuningan berbulu hispid.

Daunnya tersusun secara berselang, berbentuk palmat, lobus bebentuk ovat hingga orbicular. Tepi daun sedikit berombak hingga sedikit dentat, hujung daun berbentuk akuminat, pangkal daun berbentuk kordat, dan bersifat pubesen pada bahagian atas. Tangkai daun agak panjang dan berbulu hispid.

Berbunga tunggal, berbentuk loceng, berwarna kuning, berlobus lima, dan mempunyai pedisel yang panjang.

Buah bersifat indehisen, biasanya bersaiz besar, berbentuk oblongoid, dan permukaan buah glaucus atau berwarna hijau. Bijinya banyak, berbentuk ovoid dan berwarna putih hingga kuning pucat.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji

Buah kundur kelihatan seperti labu air
Buah kundur mempunyai banyak manfaat kesihatan

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa buah kundur mempunyai kandungan polifenol, flavonoid, dan antosianin. Buah labu satu ini merupakan salah satu makanan tradisional yang dapat mengurangi keradangan dan melawan kerosakan sel akibat radikal bebas. Antioksidan memainkan peranan protektif dalam tubuh kita dengan melawan senyawa radikal bebas yang dapat menyebabkan kerosakan yang serius.

Mengkonsumsi buah dan sayuran yang kaya antioksidan membantu mencegah kerosakan sel yang dapat menyebabkan pelbagai jenis penyakit. Satu kajian yang diterbitkan dalam Indian Journal of Pharmacology juga menemukan bahawa ekstrak dari buah ini memiliki kesan antioksidan, anti-inflamasi.

Buah kundur mengandung vitamin C yang mampu  meningkatkan daya tahan tubuh. Vitamin C merangsang pembentukan sel darah dalam tubuh. Ia juga mengandungi zink, yang merupakan kunci kepada sistem kekebalan tubuh.

Kandungan riboflavin di buah ini dapat memberi manfaat untuk menjaga kesihatan mata. Riboflavin juga dapat mencegah penyakit mata seperti keratoconus, katarak, dan glaukoma.

Rumusan dalam kajian International Journal of Peptide Research and Therapeutics tahun 2014 menunjukkan bahawa ekstrak buah kundur bersifat anti-mikrobial di mana ia dapat melindungi tubuh dari bakteria.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti polifenol, flavonoid, antosianin, vitamin C, riboflavin

Farmakologi Tradisional Kundur

Kaum Cina merupakan paling suka dengan kundur dimana buah kundir yang memasak atau mengukus (steam) buah kundur bersama daging, udang, cendawan, biji lotus dan rebung. Terdapat juga buah kundur yang di jadikan ‘candy’ manis dengan memasaknya dengan gula dipanggil sebagai ‘tangkwe’

Sumber menyatakan buah kundur mampu untuk menyejukkan badan, memudahkan buang air kecil dan buang air besar serta manafaat lain. Bagaimana pun air minuman berasaskan buah kundur pastinya akan menghilangkan dahaga dan mampu mengubati massalah buasir, demam panas, sakit usus dan sebagainya.

Makanan ini banyak digunakan di negara China sebagai jenis makanan yang boleh menyejukkan badan dan menurunkan suhu mereka yang demam.

Cara guna (perubatan traditional)

Meredakan demam panas

Akar pokok kundur direbus bersama-sama akar kacang kelisa dan akar kacang bendi sehingga mendidih. Air rebusan dibiarkan suam dan diminum sebanyak setengah cawan, tiga kali sehari selepas makan (Perlis).

Merawat demam kuning

Buah kundur dimasak sehingga mendidih, kemudian ditapis dan dikukus. Air jus kundur diminum mengikut keperluan sehingga sembuh (Selangor).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top