Pokok cermai menghasilkan buah yang digemari oleh ramai orang. Rasanya masam dan sering dimakan bersama colek. Ia biasanya ditanam. Ia mempunyai banyak kegunaan antaranya meredakan pening kepala (selepas keguguran), melawaskan kencing, meredakan demam campak dan demam kuning, mengawal tekanan darah, rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara, jantung, dan masalah batu karang, mengawal aras glukosa dan aras kolesterol dalam darah.
Klasifikasi
Family: Phyllanthaceae
Genus: Phyllanthus
Species: Acidus
Nama Saintifik
Phyllanthus acidus
Nama lain
Cermai (Kedah, Perak, Pahang,Kelantan,Terengganu, Selangor), ceremai, cermela, camin-camin, kemangor
habitat
Pokok ini ditanam di kawasan kampung, sering dijumpai di kawasan tanah lembap atau di kawasan bukit dengan ketinggian 1000 m. Buah boleh dimakan.
sifat
Pokok kecil atau renek dengan ketinggian mencapai 10 m. Permukaan batang kasar, berwarna kelabu.
Daun ringkas, tersusun secara selang-seli, susunan seakan pinat sepanjang percabangan. Percabangan menghala ke bahagian bawah dengan 25-40 helai daun. Ia berbentuk ovat kepada ovat-lanseolat, hujung daun berbentuk akut dan pangkal daun bulat, tepi daun licin. Stipul berbentuk segi tiga-ovat.
Mempunyai jambak bunga pada aksilari, bunga adalah padat jenis simos dan berada di percabangan batang yang tua. Berwarna hijau pucat hingga kemerahan. Bunga jantan mempunyai empat sepal, filamen dan anter adalah bebas. Bunga betina berada di pembengkakan pedisel, empat sepal.
Buah jenis drup,berbentuk globos, mempunyai 6-8 lobus, berwarna kuning kehijauan hingga putih-krim. Biji adalah licin dan terdiri daripada 4-6 biji.
cara pembiakan
Keratan batang dan biji benih
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Hasil kajian mendapati cermai mengekalkan kadar kolesterol darah dengan menurunkan LDL (kolesterol jahat). Ia turut mencegah aterosklerosis (mendapan plak di arteri) karena memiliki antioksidan yang kuat, sehingga dapat melindungi dari penyakit jantung.
Selain itu, cermai mengandung kadar polifenol yang tinggi yang mana dapat melindungi tubuh dari sifat oksidatif gula darah yang tinggi dan mencegah resistensi urin. Buah ini juga dapat membantu dalam penyerapan insulin yang membantu penurunan gula darah pada penghidap diabetes.
Cermai juga dikayakan dengan vitamin A yang penting dalam penghasilan kolagen. Kolagen adalah bahan yang diperlukan oleh kulit untuk tetap muda dan elastik.
Tambahan, ia kaya serat, polifenol dan air. Hal itu membuat cermai memiliki sifat anti-inflamasi yang membuatnya sebagai penawar dari sakit perut. Mengambil satu sudu teh jus cermai pada waktu perut kosong, dapat mengubati sakit perut.
Ingredien Aktif
Ingredien aktif wujud seperti polifenol, flavonoid, asid tanin, crystalline, prolifenol, vitamin A dan lupeol.
Farmakologi Tradisional Cermai
Kegunaan lain pokok ini adalah bahagian kayu dan dahan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan api. Kandungan nutrien dalam cermai boleh digunakan dalam perubatan tradisional sebagai tonik untuk memperbaiki saliran darah.
Di Malaysia, akar pokok cermai yang direbus dengan air bersih dan diminum akan dapat mengubati batuk dan menyejukkan badan. Rawatan ini juga dapat menghilangkan sakit atau pening kepala. Akar cermai yang digigit juga dapat mengubati asma. Kulit pokok cermai yang mengandungi asid tanin, crystalline dan lupeol serta getahnya digunakan sebagai racun yang berkesan.
Selain itu, Ia mempunyai banyak kegunaan antaranya meredakan pening kepala (selepas keguguran), melawaskan kencing, meredakan demam campak dan demam kuning, mengawal tekanan darah, rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara, jantung, dan masalah batu karang, mengawal aras glukosa dan aras kolesterol dalam darah.
Cara guna (perubatan traditional)
Meredakan demam kuning
Cara 1
Beberapa tangkai daun cermai diramas di dalam air. Air tersebut digunakan sebagai air mandian dua kali sehari (Perak).
Cara 2
Secekak daun cermai direbus selama 20 minit. Air rebusan dijadikan mandian(Pahang)
Cara 3
Secekak daun cermai dan daun inai direbus dengan separuh baldi air sehingga mendidih. Air rebusan dibiarkan sehingga suam dan dijadikan mandian (Kelantan).
Cara 4
Segenggam daun cermai direbus bersama-sama segenggam daun belimbing buluh. Air rebusan digunakan sebagai air mandian tiga kali sehari selama tiga hari berturut-turut (Terengganu, Selangor).
Meredakan demam campak
Segenggam daun cermai digiling bersama-sama segenggam isi sagu dan sedikit beras. Sediaan disapukan pada seluruh badan, sekali sehari sehingga demam berkurangan (Pahang).
Melawaskan kencing
Akar cermai sebesar ibu jari direbus dengan sedikit akar misai kucing bersama-sama tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan air. Air rebusan diminum sehingga sembuh (Kedah).
Meredakan pening kepala (selepas keguguran)
Segenggam daun cermai digiling bersama-sama segenggam isi sagu dan sedikit beras. Sediaan disapukan pada seluruh badan, sekali sehari sehingga demam berkurangan (Pahang).
Mengawal tekanan darah
Cara 1
Kulit pokok cermai dibersihkan bersama-sama sejengkal akar amra,akar belimbing buluh,dan kulit pokok binjai. Kesemua bahan direbus dan air rebusan diminum sekali sehari (Kedah).
Cara 2
Pokok cermai dijadikan satu daripada campuran ramuan dalam penyediaan ubat kapsul (Kelantan).
Cara 3
Tujuh pelepah daun cermai direbus sehingga mendidih kemudian air rebusan diminum setiap hari (Terengganu).
Rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan payudara
Daun cermai ditumbuk bersama-sama pisang kelat, guci, tudung periuk putih. beras, dan sedikit air. Campuran yang telah ditumbuk disapu pada bahagian payudara yang sakit (Kelantan).
Rawatan komplemen kepada masalah jantung
Keseluruhan pokok cermai dicampurkan bersama-sama pengandak rimau, petai belalang, dan durian tua yang dijadikan satu daripada campuran ramuan dalam penyediaan kapsul atau direbus. Kapsul dimakan dua kali sehari dan air rebusan diminum tiga kali sehari (Kedah).
Rawatan komplemen kepada masalah batu karang
Pokok cermai direbus bersama-sama daun hantu, jarak, akar lalang,tebu teberau, belimbing pasir, dan serai wangi. Air rebusan diminum (Pahang).
Mengawal aras glukosa dalam darah
Secekak daun cermai dibersihkan dan direbus. Air rebusan diminum tiga kali sehari selama tiga hari berturut-turut (Pahang).
Mengawal aras kolesterol
Secekak daun cermai direbus dengan tiga cawan air sehingga menjadi satu cawan air. Air rebusan diminum tiga kali sehari dan diminum selepas makan (Pahang).
Kesan sampingan
Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.
Sumber Rujukan
Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)