Ketapang sangat penting dalam ekosistem. Daunnya dapat menambahkan bahan organik seperti humic dan tannin untuk dapat menurunkan pH air, dan menyerap bahan-kimia berbahaya dan memberikan kondisi air yang sesuai bagi ikan. Buah ketapang yang direbus dan diminum dapat merawat demam panas, cirit birit dan asma. Daunnya direbus dan diminum dipercayai dapat menghentikan cirit birit dan batuk berdarah. Selain itu, Air rebusan daun ketapang disapu pada bahagian berkenaan untuk mengubati bisul dan mengurangkan sakit puting payudara bagi ibu yang menyusukan bayi.
Klasifikasi
Family: Combretaceae
Genus: Terminalla
Species: Catappa
Nama Saintifik
Terminalla catappa
Nama lain
Ketapang, lingtak
habitat
Biasanya tumbuh di kawasan pantai yang berpasir atau berbatu. Terdapat juga yang ditanam sebagai hiasan atau lanskap.
sifat
Pokok sederhana besar yang boleh mencapai ketinggia sehingga 35 m. Batang mempunyai akar banir, kulit berwarna kelabu perang, merekah, dahan tersusun bertingkat-tingkat, panjang dan mendatar.
Silara daun berbentuk pagoda. Daun tersusun berselang, kebiasaannya berkelompok oada hujung dahan, daun berbentuk obovat atau kadang-kadang hampir eliptik, tepi daun licin, hujung daun membulat atau sedikit akuminat, pangkal daun berbentuk hampir kordat, tangkal daun pendek dan permukaan daun berkilat.
Jambak bunga pada aksilari, jenis spika Panjang. Bunga biseks, bersaiz kecil, berwarna putih kehijauan, kaliks bunga mempunyai lima cuping, biasanya mempunyai 10 stamen, satu stil dan tiada petal.
Buah jenis drup, berbentuk ovoid atau elipsoid, permukaan glabrus, berwarna hijau hingga kuning dan bertukar menjadi merah apabila masak. Biji dilitupi dengan lapisan kulit buah bernabu.
cara pembiakan
Keratan batang dan biji
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kajian di makmal mendapati kulit kayu pokok ketapang mengandungi taninn yang tinggi (11-23%). Bahagian buah juga mengandungi Tanin sebanyak 6-20% begiitu juga dengan bahagian akar, daun dan kulit pokok.
Kajian makmal juga mendapati daun ketapang mengandungi 12 jenis tanin yang boleh di proses melalui hidrolisis. Kandungan asid galik, asid clagik, korinlagen serta asid carbicylic, revifolin juga terdapat pada bahagian daun.
Kulit pokok pula mengandungi katecin, epikateen, asid gilik, asid elagik dan leucosianidin. Biji buah ketapang kaya dengan minyak (54%), Asid Palmitik (52%) dan Protin (27%). Isi biji kering pula mengandungi 25% protein, 6% Gula dan 16 jenis kumpulan asid amino.
Selain itu menurut pakar, daun ketapang mengandungi antioksidan yang tinggi dan memiliki sifat antiradang.
Tidak hanya itu, daun ketapang juga memiliki kandungan flavonoid. Senyawa ini dikenal baik untuk melindungi tubuh dari berbagai macam jenis penyakit.
Ingredien Aktif
Ingredien aktif wujud seperti flavonoid, tannin, asid galik, asid clagik, korinlagen serta asid carbicylic, revifolin
Farmakologi Tradisional Pokok Ketapang
Kegunaan pokok biasanya melibatkan bahagian akar pokok yang direbus dan airnya diminum untuk untuk rawatan deman panas, masaalah hati, masalah hempedu, cirit birit dan disenteri. Air ini juga boleh disapu pada kudis, bisul atau sakit puting payu dara bagi ibu yang menyusukan anak.
Buah ketapang adalah apabila direbus dan diminum akan merawat demam panas, cirit birit dan juga masaalah asma (semput).
Satu lagi khasiat biji ketapang yang dimakan boleh melawaskan buang air besar dan merangsang air susu tetapi sekiranya dimakan terlalu banyak akan mengakibatkan cirit birit pula.
Dikatakan juga apabila makan biji ketapang bersama sarang lebah mampu menghilangkan bau busuk kentut dan mengelakkan najis berdarah.
Ada juga menggunakan daun ketapang bagi mengatasi masalah sakit tulang. Daun Ketapang boleh menggurangkan masalah ruam pada badan. Air rebusan daun Ketapang juga bertindak sebagai tonik yang mampu menghentikan masalah cirit.
Menjadi amalan masyarakat menggunakan daun ketapang bagi menghentikan batuk berdarah. Selain itu, ia turut digunakan untuk mengatasi masalah cacing dalam perut dan usus.
Cara guna (perubatan traditional)
Melegakan lenguh badan
Akar kering pokok ketapang dan kayu gaharu dimasak menggunakan minyak kelapa untuk dijadikan sebagai minyak urut. Minyak ini disapu pada badan secara urutan (Selangor).
Meningkatkan tenaga batin
Akar kering pokok ketapang dan kayu gaharu dimasak menggunakan minyak kelapa untuk dijadikan sebagai minyak urut. Minyak ini disapu pada badan secara urutan (Selangor).
Kesan sampingan
Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.
Sumber Rujukan
Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)