Panadol bahaya untuk kucing - boleh menyebabkan keracunan dan mati

Panadol Bahaya Untuk Kucing

Ramai orang tidak tahu bahawa Panadol bahaya untuk kucing. Ini kerana panadol mengandungi paracetamol. Kucing sangat sensitif terhadap toksik paracetamol. Jika termakan, dalam beberapa jam sahaja kucing boleh keracunan. Kucing kelihatan sesak nafas dan koma kerana kekurangan oksijen dan membawa kepada kematian. Jadi walau apa jua keadaan, jangan beri panadol atau ubat yang mengandungi paracetamol kepada kucing.

Maklumat ini memberi jawapan kepada beberapa soalan pencinta kucing dalam media sosial sebagaimana berikut: 

  • “Bolehkah saya beri kucing saya makan panadol?”.
  • “Mengapa kucing saya tiba-tiba jadi macam ni. Sesak nafas, badan pucat, lidah biru, coklat ….”

Adakah panadol sahaja ada paracetamol?

Panadol hanya satu jenama ubat. Ubat jenama lain juga ada mengandungi paracetamol. Misalnya Tesco, ubat keluaran KKM, paracil, pamol dan lain-lain. Selalunya perkataan paracetamol jelas ditulis pada bungkusan. Jika ada, pastikan tidak diberi kepada kucing.

Mengapa kucing makan paracetamol?

Sengaja diberi

Ada pemilik kucing menganggap, ubat manusia boleh diberi kepada haiwan. Jadi bila, kucing demam atau sakit, mereka secara sucihati memberi ubat ini. Ambil perhatian, 100mg hingga 200mg sudah cukup untuk membunuh kucing. Satu tablet panadol selalunya ada 500mg pacaretamol.

Termakan

Ada juga termakan secara tidak sengaja. Mengapa?. Ini kerana paracetamol ada dalam pelbagai bentuk. Misalnya bentuk serbuk, tablet atau cecair yang bersirap. Kucing mungkin secara tidak sengaja menjilat ubat yang tertumpah atau anak kita secara suka-suka “menjamu” ubat tanpa mengetehaui bahayanya. Ada juga kucing sendiri terjumpa dan memakannya.

Mengapa Panadol bahaya untuk kucing

Tidak seperti manusia, hati kucing tiada enzim untuk pecahkan kompoun paracetamol dan keluarkan daripada badannya. Oleh itu, paracetamol berkumpul dalam badannya dan menjadi toksid yang bahaya. Akibatnya hati dan ginjal rosak. Selain itu darah kurang oksijen dan saluran darah rosak hingga tidak dapat dibaiki lagi. Akibat daripada kekurangan oksijen, kucing menjadi pucat, berlaku kegagalan organ dan mati perlahan-lahan.

Tanda kucing keracunan paracetamol

Jika ada tanda-tanda berikut, kucing ada mungkin mengalami keracunan kerana makan paracetamol.

  • Lidah dan gusi menjadi cokolat perang (chocolate brown),
  • sesak nafas atau bernafas laju.
  • Jantung berdenyut kencang,
  • Nampak macam tertekan (depress),
  • Lemah atau tidak bermaya,
  • Bengkak-bengkak pada muka dan tangan/kaki,
  • Macam kekuningan (kelihatan pada mata putih) kerana hatinya rosak.
  • Muntah-muntah,
  • Bibir dan gusi pucat (coklat muda).
  • Air kencing berwarna perang gelap.
  • Mati.

Apa nak buat jika kucing termakan paracetomol?

Jika kucing anda termakan ubat yang mengadungi paracetamol seperti panadol, sirap panadol atau ubat lain, bersegera bawa ke Vet. Jangan cuba rawat sendiri. Keracunan ini sangat fatal. Dalam beberapa jam sahaja kucing boleh mati.

Langkah pencegahan

Ambil perhatian, panadol bahaya untuk kucing. Jangan anggap selamat untuk manusia, maka selamat juga untuk kucing. Ambi; langkah berjaga-jaga.

  • Jangan beri kucing makan panadol
  • Simpan ubat di tempat selamat untuk kucing.
  • Elakkan kanak-kanak akses kepada ubat. Terutama ubat cecair atau sirap panadol

Share artikel

Berminat jadi stokis/pengedar PS Herbs?

BACAAN TAMBAHAN

Scroll to Top