Kawan saya, Wan Shukri dari Terengganu, memberi maklum balas. Katanya, selepas lima hari menggunakan ubat spray F7, luka kucingnya sembuh. Wow, cepatnya!.
Ceritanya begini. Pada suatu hari Wan Shukri upload gambar dalam grup Whatsapp. Kucingnya putus ekor kerana berada dalam enjin kereta. Walaupun dah berubat, tapi tidak mau sembuh. Kawan saya, En Abdul Ghani rekomen guna F7. Cadangan ini dibuat kerana sebelum ini beberapa ekornya yang berpenyakit sporo sembuh selepas dirawat dengan ubat spray F7.
Bagaimana pun, oleh sebab sudah guna ubat, beliau biarkan dulu. Tetapi luka semakin merebak. Akibatnya Dr Veterinar terpaksa potong buang seluruh ekor. Tetapi masalahnya luka tidak juga mahu sembuh. Risau dengan keadaan ini dia pun memesan ubat F7 keluaran PS Herbs.
Selepas lima hari Spray F7 sebagaimana peraturan guna, beliau menghantar lagi gambar. Kini dengan kabar gembira. Kucingnya telah sembuh!
Sememangnya ubat spray F7 dibuat untuk pelbagai guna. Boleh merawat pelbagai masalah seperti penyakit luka, kudis, infeksi bakteria dan fungus. Tetapi sangat popular sebagai ubat penyakit sporo di kalangan pelanggan. Sehingga terlupa fungsinya yang lain. Antaranya inilah fungsinya. Yakni melawan infeksi bakteria dengan berkesan. Jika peliharaan pet anda terluka atau berkudis atau kurap, gunalah ubat F7. Ubat seratus peratus herbal keluaran PS Herbs.