Berabad abad manusia menggunakan akar pokok Alek Besi atau Smilax ornata untuk merawat pelbagai penyakit. Mereka menggunakan akarnya untuk masalah sakit sendi, arthritis dan penyakit kulit.
Di Malaysia, orang Melayu menggunakan pokok ini untuk merawat sakit sendi, resdung, panas badan dan tenaga batin lelaki.
Kajian moden mendapati pokok ini tiada kesan sampingan jika diambil dalam tempoh yang lama.
Klasifikasi
Family: Smilacaceae
Genus: Smilax; L
Species: Smilax spp ; smilax ornata
(Terdapat 300-350 species).
Nama Saintifik
Smilax spp.
Nama lain
Rancang besi, Jamaica sarsaparilla, sarsaparilla, catbriers, greenbriers, smilaxes
habitat
Pokok smilax ornata tumbuh di kawasan tropika dan sub-tropika seleuruh dunia. Di Malaysia, pokok ini tumbuh di kawasan hutan pamah rendah hingga hutan gunung.
sifat
Jenis shrubs. Tumbuh menjalar pada pokok lain. Boleh mencapai 10 meter tinggi. Daun tebal, eliptik atau oblong, hujung tidak tirus, dasar membulat, daun pada batang utama biasanya lebih besar. Tngkai daun berukuran 20cm panjang, bunga lansing, buat tebal, 2cm daripada tangkai dan satu sm panjang, bunga berwarna putih.
cara pembiakan
Keratan batang atau biji benih, risom
Penemuan dan kajian saintifik/akademik
Kajian sains menunjukkan ekstaks Smilax ornata Lem. atau Similax spp mempunyai aktiviti anti-inflammatory dan analgesic yang ketara, menghalang pertumbuhan sel kanser. Tiada kesan sampingan jika dimakan dalam tempoh yang lama.
Ingredien Aktif
Steroidal saponins, arsaparilloside, sarsaparilloside,
Farmakologi Tradisional
Negeri Terengganu: Sengal sendi, panas badan (Akar), seduan (resdung), tenaga batin.
Buahnya boleh dikamakn mentah atau dimasak (Cuba). Juga digunakan untuk merawat arthritis atau gout (Negara2 Amerika Latin); merawat psoriasis dan eczema.
Cara guna (perubatan traditional)
Menguat tenaga batin (lelaki)
Rebus akar alek besi dan minum
Merawat Resdung
Keringkan batang dibuat rokok dan dihisap melalui mulut dan dihembus melalui hidung.
Gout, arthritis
Rebus risom alek besi yang dikeringkan dan minum.
Sengal sendi atau sakit badan
Rebus akan rancang besi dan minum.
Kesan sampingan
Tiada kesan sampingan yang diketahui. Tetapi jika makan atau minum, hendaklah berpada pada.
Rujukan
Sumber Rujukan:
Herbal Ubatan Negeri Terengganu,Edisi 1, Jabatan Hutan Negeri terengganu, 2006.
Autralian Rainforest Tropical Plants